PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
''BAGI mendapatkan kesan yang memuaskan dalam pertumbuhan ekonomi negara, ianya adalah turut bergantung kepada jentera pentadbiran dan pengurusan. Ia perlulah lebih efisien dan proaktif, atau mungkin juga memerlukan perubahan-perubahan sistem pengurusan dan pembuatan keputusan dalam kerajaan.'' - Titah Sempena Menyambut Perayaan Ulang Tahun Ke-20 Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Tahun Masihi 2004 pada 2 Muharam 1425 Hijrah / 23 Februari 2004 Masihi.
''WAHAI orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul Allah dan kepada Ulil Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah An-Nisa', ayat 59).
TAHUN 61 / BILANGAN 24
24 FEBRUARI 2016 / 1437
15
Semangat patriotik realisasikan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-32
JABATAN PENERANGAN
EDISI RABU / PERCUMA
Hadapi cabaran dengan bijaksana - INTISARI TITAH Generasi Berwawasan bijak menangani cabaran. Semua rancangan dan tindakan mestilah berlandaskan MIB. Dasar yang kukuh, sempurna mampu memangkin pembangunan. Masyarakat yang baik adalah aset dan pasak bagi negara. Keamanan dan kestabilan penting untuk pembangunan. Negara sangat memerlukan peneroka yang berani, individu hebat untuk memulakan perusahaan. Kemerdekaan perangsang ke arah lebih super dan progressive.
Oleh : Pg. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor, Samle Haji Jait Foto : Mohamad Azmi Awang Damit
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ketika berkenan berangkat ke Upacara Perhimpunan Agung Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-32 di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan. - Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said (Lihat muka 5, 12 dan 13).
Muka 7 MAJLIS Doa Kesyukuran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-32
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn
Muka 8 LIMA sekeluarga Iban pilih Islam
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 22 Februari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah, dunia ini sentiasa diasak oleh perubahan dan pergolakan yang menjadikan semua negara termasuk Negara Brunei Darussalam tidak terlepas dari pelbagai cabaran. ''Cabaran sangat berpotensi untuk membawa kepada perubahan kerana itu janganlah takut kepada cabaran. Cuma, cabaran itu mestilah dihadapi dengan bijaksana. Kebijaksanaanlah yang menentukan corak perubahan kepada yang lebih baik,'' titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-32 Tahun, di Istana Nurul Iman. Baginda bertitah, rancangan-rancangan atau pelan-pelan tindakan, semuanya memerlukan kebijaksanaan kerana tanpa kebijaksanaan segala usaha boleh saja gagal atau tidak memuaskan. ''Dalam merancang dan bertindak juga memerlukan 'dasar' yang jelas, bukan sesuka hati sahaja. Dasar kita di negara ini ialah MIB. Maka semua rancangan dan tindakan itu mestilah
Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217
Faksimile: 2381004
berlandaskan MIB,'' titah baginda. Oleh yang demikian, baginda bertitah, dasar yang kukuh dan sempurna mampu untuk memangkin pembangunan, di samping juga mampu untuk melahirkan masyarakat yang baik kerana masyarakat yang baik adalah aset dan pasak bagi negara. Baginda bertitah, mengingatkan sifat-sifat masyarakat yang baik ialah seperti jujur, sabar, amanah dan baik hati. Daripada sifat-sifat itu akan membuahkan suasana dan keadaan yang disenangi, iaitu kehidupan bersatu padu dan harmoni. Terdahulu dari itu, Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah, melahirkan rasa gembira mengenai tema Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam, 'Generasi Berwawasan' yang masih diteruskan pada tahun ini. ''Ini bersesuaian, sebagai sebuah negara yang berhasrat untuk terus maju, yang benar-benar memerlukan generasinya yang berwawasan,'' titah baginda. Dalam pada itu, baginda menekankan satu persoalan penting mengenai apakah bentuk dan ramuan-ramuan utama Generasi Berwawasan itu? Ke muka 3
Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn