PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
''SEBAGAI bangsa yang bermaruah, kita juga tidak ada pilihan lain kecuali dengan tegas memberitahu rakan-rakan dan bahkan dunia, bahawa kita tidak mampu untuk membenarkan sebarang provokasi terhadap hak-hak kita dalam beragama atau bernegara.'' - Titah Sempena Majlis Bersama Rakyat dan Penduduk Negara Brunei Darussalam Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 2013.
''MAKA apabila sembahyang telah disempurnakan maka bertebaranlah kamu di muka bumi untuk menjalankan urusan masing-masing dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beroleh kemenangan.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Jumu'ah ayat 10).
TAHUN 60 / BILANGAN 75
24 FEBRUARI 24 JUN 2015 2015/ /1436
7
JABATAN PENERANGAN
EDISI RABU / PERCUMA
PPB dukung usaha mahirkan belia Oleh : Haniza Abdul Latif Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah TANAH JAMBU, Selasa, 23 Jun. - Pusat Pembangunan Belia (PPB) sedikit sebanyak telah dapat menampung dan mendukung usaha-usaha Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain dalam usaha memberikan kemahiran, peluang pekerjaan dan memulakan perusahaan bukan sahaja kepada golongan belia lepasan sekolah, tetapi juga golongan yang menerima Bantuan Kebajikan Bulanan, Bantuan Majlis Ugama Islam dan juga lepasan daripada pusat Al-Islah. Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah menyatakan perkara tersebut pada Majlis Penyampaian Sijil Kursus Singkat Aram-Aram (Scaffolding) Ke-4, bertempat di Dewan Binadiri PPB, di sini. Menurut Yang Berhormat, sejak dari tahun 2010 hingga 2015 seramai 1,067 orang telah dilatih dan menamatkan kursus di PPB dan dari jumlah berkenaan seramai 318 orang adalah terdiri daripada mereka yang menerima Bantuan Kebajikan Bulanan dan Penerima Asnaf Zakat (PROPAZ) Majlis Ugama Islam dan Pusat Pemulihan Al-Islah melalui program Perkasa Komuniti, PROPAZ dan As-Syifa. Dari jumlah 1,067 yang tamat menjalani latihan PPB, tambahnya, seramai 74 peratus telah berjaya sama ada mendapatkan pekerjaan, berniaga dan menyambung belajar, sementara selebihnya 24 peratus masih mencari pekerjaan. Jelasnya, ke arah usaha berterusan untuk memperkenalkan kursus-kursus kemahiran yang dapat memberikan peluang pekerjaan yang segera dan berdaya tahan kepada golongan belia Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui PPB akan terus meneroka usaha sama secara sinergi dan kerjasama dengan syarikatsyarikat swasta dengan terlebih dahulu mengenal pasti bidang pekerjaan yang mempunyai potensi permintaan yang tinggi di pasaran.
Kementerian Kesihatan eratkan warganya dengan Majlis Bertadarus
MENTERI Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof mengepalai bacaan Surah Al Faatihah dan seterusnya bertadarus bersama warga Kementerian Kesihatan.
Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Hernie Suliana Haji Othman TUTONG, Isnin, 22 Jun. - Kementerian Kesihatan mengadakan satu lagi Majlis Bertadarus yang diselajurkan dengan tahlil dan doa arwah serta Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah di ruang legar Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB) Tutong, di sini. Mengetuai rombongan Kementerian Kesihatan ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof. Acara sedemikian merupakan antara acara-acara tahunan Kementerian Kesihatan dalam usaha untuk menyemarakkan lagi bulan Ramadan yang penuh rahmat ini serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara warga Kementerian Kesihatan dan warga hospital berkenaan.
Antara atur cara yang dimuatkan dalam majlis tersebut ialah penyampaian derma kepada sembilan orang anak yatim warga perkhidmatan hospital tersebut dan Pusat Kesihatan Daerah Tutong serta pengagihan sumbangan kepada 10 pesakit-pesakit di bawah pengendalian Unit Kebajikan Perubatan Hospital PMMPMHAMB, Tutong. Majlis bertadarus ini merupakan kesinambungan bagi kunjungan rombongan Kementerian Kesihatan di keempat-empat hospital kerajaan di Negara Brunei Darussalam secara bergilir pada sepanjang bulan Ramadan bagi tahun ini. Hospital PMMPMHAMB, Tutong merupakan hospital kedua dikunjungi oleh rombongan kementerian ini. Sebelum ini rombongan Kementerian Kesihatan telah mengadakan majlis yang serupa di Hospital Pengiran Isteri Hajah Mariam, Temburong pada 20 Jun 2015 yang lalu. Sesudah ini, rombongan akan berkunjung ke Hospital Suri Seri Begawan, Belait dan Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.
Ke muka 24
Jaga dan perbaiki sembahyang Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 22 Jun. - Umat Islam terutamanya para pelajar sejak daripada umur masih muda diseru agar berusaha menjaga dan memperbaiki sembahyang agar mampu menyempurnakan segala kewajipan dan rukun-rukun sembahyang. Selain itu juga, hati akan sentiasa ingat melaksanakan sembahyang yang sempurna daripada kelalaian. Demikian antara yang terkandung dalam tazkirah bertajuk 'Memperbaiki Kualiti dan Bersungguh-Sungguh Dalam Sembahyang' pada Program Keagamaan Senegara Persekolahan Ugama dan Arab Bagi Bulan Jun 1436
Hijrah / 2015 Masihi yang diadakan serentak di keempatempat lokasi di negara ini. Di Daerah Brunei dan Muara, program telah diadakan di Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna, Jalan Tutong dan dihadiri oleh Pemangku Pengarah Pengajian Islam, Dayang Hajah Rusita binti Haji Yahya, selaku tetamu kehormat majlis. Tazkirah keagamaan senegara dan juga tema program bagi bulan ini iaitu 'Memperbaiki Kualiti dan Bersungguh-Sungguh Dalam Sembahyang' telah disampaikan oleh Awang Abdul Mu'ez bin Misli yang turut membacakan doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam. Ke muka 24
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
Muka 3
Muka 6
MAJLIS Bertahlil di Kubah Makam Diraja
SKIM Perkhidmatan Penghulu, Ketua Kampung dibarigakan
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn