Pelita Brunei Rabu 24 Ogos 2016

Page 1

''SALAH satu kaedah kawalan dan pencegahan itu ialah melalui pengamalan cara hidup sihat, termasuk mengekalkan persekitaran yang bersih lagi selamat. Amalan-amalan baik seperti ini amatlah dituntut oleh ugama Islam. Demikian juga, Islam menekankan supaya kita tidak berlebihlebihan dalam pemakanan.'' - Titah Sempena Perasmian Majlis Ilmu 2012 Sempena Hari Keputeraan Baginda Ke-66 Tahun.

''DARI Ibnu Abbas Radhiallahuanhu berkata, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : janganlah seseorang itu melakukan kemudaratan dan mengenakan kemudaratan itu kepada orang lain.'' - (Hadis riwayat Al-Imam Ibnu Majah).

4.47

TAHUN 61 / BILANGAN 102

4.57

6.15

24 OGOS 2016 / 1437

6.38

21

12.24

3.35

6.30

7.40

JABATAN PENERANGAN

EDISI RABU / PERCUMA

Sistem perhubungan, pengangkutan cemerlang sejajar syari'at Islam Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali, Muhammad Asri Haji Awang Abas BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 23 Ogos. - Sistem perhubungan dan pengangkutan yang cemerlang adalah sejajar dengan kehendak syari'at Islam, untuk memudahkan ummah bertebaran di muka bumi bagi mencari ilmu dan rezeki. Justeru itu, tidak diragukan lagi, perhubungan yang sihat, berkat dan selamat akan membawa kepada kejayaan dan kesejahteraan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah demikian pada Perasmian Majlis Ilmu 2016 sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda Ke-70 Tahun di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini. Namun begitu, tegas baginda, perlu juga diingat bahawa ledakan teknologi kini tidak kurang membawa kepelbagaian gaya hidup di kalangan masyarakat sejagat. Ada yang baik dan ada juga yang buruk. Kerana itu, semuanya mesti dilihat dan dikendalikan dengan bijaksana. Dari itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah setiap negara membangun, pasti memerlukan masyarakat dinamik, social mobility dan ekonomi yang kental lagi kompetitif. Matlamat ini jelas baginda, hanya boleh dicapai dengan adanya sistem perhubungan yang berkesan untuk mengendalikan pelbagai pergerakan, barangan perkhidmatan dan maklumat. Ke muka 2 KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan titah pada Perasmian Majlis Ilmu 2016. - Foto : Mohamad Azmi Awang Damit (Lihat muka 2, 3 dan 4).

Berkenan hantar utusan takziah BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 23 Ogos. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan takziah kepada Presiden Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Tony Tan Keng Yam dan Perdana Menteri Singapura, Tuan Yang Terutama Lee Hsien Loong, berikutan dengan meninggalnya Mr. S.R. Nathan, bekas Presiden Republik Singapura baru-baru ini. Dalam titah perutusan kepada Presiden Republik Singapura, TYT

Dr. Tony Tan Keng Yam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri berasa sedih mengetahui tentang meninggalnya Mr. S.R. Nathan yang akan sentiasa diingati sebagai sahabat rapat yang sentiasa menyumbang dalam mempertingkatkan hubungan peribadi dan hubungan dua hala yang akrab di antara Negara Brunei Darussalam dengan Singapura. Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri juga akan sentiasa mempunyai ingatan mesra terhadap mendiang Mr. Nathan dan juga isterinya, Madam Urmila, terutama sekali semasa mereka membuat Lawatan Negara

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn

ke Negara Brunei Darussalam dalam tahun 2004. Manakala dalam perutusan takziah yang sama kepada Perdana Menteri Singapura, TYT Lee Hsien Loong, Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri berasa sedih mengetahui tentang meninggalnya Mr. S.R. Nathan bekas Presiden Republik Singapura, yang setentunya akan diingati di atas kepimpinan dan komitmennya yang mendalam terhadap hal ehwal rakyat Singapura. Dedikasi dan pencapaiannya dalam Perkhidmatan Awam pula akan sentiasa menjadi ingatan dan ristaan kepada Singapura. Dalam mengakhiri titah-titah perutusan tersebut, Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri dan ahli kerabat baginda serta juga kerajaan dan rakyat Negara Brunei Darussalam menghulurkan ucapan simpati yang amat mendalam dan takziah kepada TYT-TYT dan juga kepada keluarga mendiang bekas Presiden Republik Singapura serta juga kerajaan dan rakyat Singapura.

Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217

MAKLUMAN MENGEMAS KINI MAKLUMAT PENDAFTARAN PEMILIK TANAH BAGI TANAH-TANAH YANG TIDAK AKTIF DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEJAK projek peralihan Sistem Pendaftaran Tanah secara manual ke Sistem Pendaftaran Tanah berkomputer pada tahun 1985, didapati sebahagian daripada pemilik-pemilik tanah berdaftar yang tidak diketahui bilangan kad pengenalannya telah didaftar menggunakan kod pengenalan sementara seperti berikut : 1. Kod D : pemilik tanah yang meninggal semasa pendaftaran. 2. Kod Z : pemilik tanah yang masih hidup semasa pendaftaran. Penggunaan kod pengenalan sementara ini adalah bagi melicinkan pelaksanaan projek berkenaan dan masih digunakan hingga sekarang. Maklumat pendaftaran pemilikan tanah tidak dapat dikemas kini dan tidak ada pengemaskinian dibuat disebabkan oleh perkara-perkara berikut. (Maklumat lebih lanjut lihat muka surat 15).

Muka 5

KEBAWAH DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri berkenan menerima mengadap

Faksimile: 2381004

Muka 6

LEDAKAN teknologi ubah sistem komunikasi luar biasa

Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.