PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
“KITA haruslah berwaspada supaya ciri-ciri kehidupan sebuah bangsa yang kukuh dan bersatu padu itu tidak akan dapat digugat oleh apa juga bentuk pengaruh, baik yang datang dari dalam mahupun dari luar.” - Titah Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-43 pada 15 Julai 1989.
“SESIAPA yang mengerjakan amalan yang soleh sama ada lelaki atau perempuan sedang dia orang yang beriman, maka sesungguhnya Kami sudah tentu akan menghidupkannya dengan kehidupan yang baik dan Kami sudah tentu akan membalas mereka dengan ganjaran yang lebih baik daripada apa yang mereka telah kerjakan.” - (Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah An Nahl ayat 97).
TAHUN 60 / BILANGAN 24
2525FEBRUARI FEBRUARI2015 2015/ / 1436
6
JABATAN PENERANGAN
EDISI RABU / PERCUMA
Oleh : Samle Haji Jait BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 23 Februari. - Upacara Perhimpunan Agung Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-31 Tahun disambut penuh gilang-gemilang dengan semangat patriotik oleh segenap lapisan rakyat dan penduduk pada upacara yang berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menyertai rakyat dan penduduk di negara ini ke Upacara Perhimpunan dan Perbarisan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-31. Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM); Duli Yang
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ketika berkenan berangkat ke Upacara Perhimpunan Agung Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-31 di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan. - Foto : Masri Osman (Lagi berita dan gambar-gambar dimuatkan ke muka 7, 8, 9, 10, 11, 12 dan 13).
Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah. Ke muka 8
Pemberian perkhidmatan lebih berkesan Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani, Nur Faizzah Nawang Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman
Muka 3,4 & 5
Majlis Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-31
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 24 Februari.- Aplikasi Mudah Alih Sistem Keselamatan Amalan Pemandu (SiKAP Mobile Apps) dan Perkhidmatan Pesanan Ringkas Jabatan Pengangkutan Darat (JPD Push-SMS Service) merupakan inisiatif Kementerian Perhubungan yang menjurus kepada usaha ke arah keberkesanan sistem dan pemberian perkhidmatan yang lebih berkesan dan memudahcara urusan orang ramai. Sehubungan itu, Menteri
Perhubungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar menyarankan JPD untuk terus berusaha mengungkayahkan lebih banyak inisiatif-inisiatif yang menjurus kepada ‘Peningkatan Operasi’ jabatan demi kemudahan orang ramai. Yang Berhormat menegaskan demikian semasa melancarkan Aplikasi Mudah Alih SiKAP dan Perkhidmatan Pesanan Ringkas JPD yang berlangsung di Dewan Amar Pahlawan, Kementerian Perhubungan. “Usaha-usaha penaiktarafan Sistem Pengangkutan Darat (SPD) haruslah dipergiatkan kerana saya percaya dengan urusan dari rumah dan dari telefon bimbit secara Atas-Talian
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
(online) ini akan mempertingkatkan lagi produktiviti jabatan, orang ramai dan kesannya yang baik kepada produktiviti negara,” ujar Yang Berhormat. Seterusnya, Yang Berhormat berharap JPD akan terus meningkatkan usaha ke arah reaching out to the public melalui perkhidmatan-perkhidmatan inovatif seumpama itu, yang mana Perkhidmatan Pesanan Ringkas JPD akan memberikan peringatan awal mengenai dengan status Lesen Kenderaan dan Lesen Memandu sebulan sebelum tarikh mansuh. Menurut Yang Berhormat, dengan secara tidak langsung perkhidmatan tersebut akan memudahkan orang ramai supaya dapat mengelakkan kelewatan membaharui lesen masing-masing dan kaedah seumpama
itu pun sudah kita lihat di sektor perbankan, insuran dan juga kesihatan antara lainnya. Terdahulu, Yang Berhormat menjelaskan, bagi mengalu-alukan kedua projek yang merupakan antara beberapa lagi projek dan inisiatif yang akan dilaksanakan dalam mendukung visi dan hasrat Kementerian Perhubungan ‘Ke Arah Masyarakat Pintar Menjelang Tahun 2017’ nanti. Jelas Yang Berhormat, hasrat itu juga sekali gus menjana pertumbuhan, mengembangmajukan dan memudahcara sektor pengangkutan darat, laut dan udara berteraskan inovasi ICT dan mesra pengguna. Ke muka 24
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn