''DAN ingatlah ketika Tuhan kamu memberitahu dengan sejelas-jelasnya : ''Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur terhadap segala nikmat-Ku tentu Aku akan menambah nikmat itu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur terhadap nikmat itu, maka sesungguhnya azab-Ku sangat keras.'' - Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Ibrahim, ayat 7.
''PARA belialah benteng yang paling diharapkan. Kerana itu amat perlu bagi mereka untuk memiliki 'daya tahan diri' yang tinggi bagi menangkis segala gejala buruk dan jahat yang dicetuskan oleh globalisasi.'' - Titah Sempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-7 Tahun 2012.
4.37
TAHUN 62 / BILANGAN 128
4.47
6.05
6.28
25 OKTOBER 2017 / 1439
12.05
5
3.24
6.04
7.14
JABATAN PENERANGAN
EDISI RABU / PERCUMA
Kebawah DYMM berkenan utus tahniah kepada Perdana Menteri Jepun BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 23 Oktober. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Perdana Menteri Jepun, Tuan Yang Terutama Shinzo Abe berikutan dengan kemenangan Liberal Democratic Party dalam Pilihanraya Umum baru-baru ini. Dalam titah perutusan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menyatakan bahawa kemenangan Liberal Democratic Party tersebut menunjukkan
gambaran kuat akan kepercayaan dan keyakinan rakyat ke atas kepimpinan Tuan Yang Terutama. Kebawah DYMM seterusnya yakin TYT akan beroleh kejayaan dan berharap akan dapat terus bekerja dengan TYT dalam mengukuhkan hubungan yang amat bernilai di antara Negara Brunei Darussalam dengan Jepun, sama ada di peringkat dua hala mahupun sebagai rakan kongsi dalam rantau Asia- Pasifik. Pada mengakhiri titah perutusan itu, baginda menyampaikan salam muhibah kepada TYT dan semoga TYT akan sentiasa berada dalam sihat walafiat dan gembira.
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Perdana Menteri Jepun, Tuan Yang Terutama Shinzo Abe berikutan dengan kemenangan Liberal Democratic Party dalam Pilihanraya Umum baru-baru ini.
Generasi belia serantau perlu bersaing majukan diri dan ummah Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Masri Osman, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 24 Oktober. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri
bersabda menekankan betapa pentingnya peranan sistem pendidikan ugama yang diwajibkan itu bagi memastikan akhlak generasi muda boleh dijadikan sebagai sumber aset yang sangat bernilai dan teras kepada keperluan pembangunan negara dan sumber tenaga manusia yang mampan. Duli Yang Teramat Mulia
E-mel:: pelita.brunei@information.gov.bn E-mel pelita.brunei@information.gov.bn
Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah bersabda, belia yang beriman dan bertakwa adalah cermin masa hadapan negara dan kesatupaduan serantau. Ke arah itu, sabda Duli Yang Teramat Mulia, generasi belia serantau perlu menanamkan kesedaran untuk sentiasa berusaha dan sedia bersaing dalam memajukan diri dan ummah. Ke muka 3
Hotline:: 2382891 2382891 // 2383400 2383400 Smb. Smb: :217 Hotline 217
Muka 5
Muka 6
ADMM Ke-11 bincang isu keselamatan serantau
WAJAH Baharu Portal Kementerian Pendidikan dilancarkan
Faksimile:: 2381004 Faksimile 2381004
Web:: www.pelitabrunei.gov.bn Layari Laman Web www.pelitabrunei.gov.bn