Pelita Brunei - Rabu 26 Nov 2014

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

“BETA gembira difahamkan, terdapat usaha-usaha untuk melengkapkan tenaga akademik dengan pemegang-pemegang ijazah PhD dari kalangan anak-anak tempatan kita. Perkara ini telah pun mula membuahkan hasilnya dengan beberapa orang telah berjaya memperolehi ijazah tersebut dari pusat-pusat pengajian tinggi di dalam dan luar negara.” - Titah Sempena Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) Kali Keempat Tahun 2014, pada 27 Muharram 1436 Hijrah bersamaan 20 November 2014 Masihi.

“MULAILAH (nafkah itu) dengan dirimu, maka nafkahkanlah ke atas dirimu, jika ada lebih, maka kepada isterimu, dan jika ada lebih daripada isterimu, maka berikanlah kepada kerabatmu.” - (Hadis riwayat Muslim).

TAHUN 59 / BILANGAN 146

2626FEBRUARI NOVEMBER 2014 2014 / / 1436

3

JABATAN PENERANGAN

EDISI RABU / PERCUMA

Menerima mengadap Ketua Pegawai Eksekutif Royal Dutch Shell

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Ketua Pegawai Eksekutif Royal Dutch Shell, Tuan Ben Van Beurden, di Istana Nurul Iman. - Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor.

Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Sulaiman BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 25 November. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Ketua Pegawai Eksekutif Royal Dutch Shell, Tuan Ben Van Beurden, di Istana Nurul Iman, di sini.

Hadir pada Majlis Mengadap tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng, selaku Pengerusi Brunei Shell Joint Ventures Companies dan Menteri Tenaga di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar. Juga hadir Setiausaha Tetap (Hiliran dan Tenaga), Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Awang Haji Jamain bin Haji Julaihi, Timbalan Presiden Eksekutif Usahasama Royal Dutch Shell, Tuan De La Rey Venter dan Pengarah Urusan Syarikat Minyak Brunei Shell Sendirian Berhad, Tuan Ken Marnoch.

Proses memperkaya pembelajaran diteruskan Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman

Muka 8

Muka 12

PARA pelatih PKBN diraikan di Majlis Khatam Al-Qur'an

PKBN bentuk jati diri kebruneian

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 25 November. Kementerian Pendidikan akan terus berusaha merancang dan menyusun program yang bersesuaian untuk memperkayakan proses pembelajaran di sekolah. Unsur keusahawanan dalam kurikulum telah pun diperkenalkan di sekolah-sekolah melalui beberapa mata pelajaran yang relevan yang mana sejak tahun 2012 mata pelajaran Business, Art and Technology (BAT) telah ditawarkan kepada pelajar-pelajar Tahun 7 dan 8 dan mata pelajaran Design and Technology bagi pelajar-pelajar Tahun 9 telah diperluaskan ke beberapa sekolah menengah lain. “Semua mata pelajaran ini mengintegrasikan kemahiran keusahawanan kreatif dan juga teknologi,” jelas Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong semasa melancarkan Ekspo Pembangunan Keusahawanan Pelajar (SEDEx) 2014 Kali Ketiga bertempat di Dewan Riadah, Pusat Belia, di sini. Menurut Yang Berhormat, ianya tidak berhenti setakat itu sahaja, malahan mempunyai kesinambungan dengan

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

memperkenalkan program-program berbentuk keusahawanan di peringkat pasca menengah dan teknikal yang semuanya diharap untuk melahirkan pelajar berinovasi dan kreatif yang boleh memperkembangkan keusahawanan. Yang Berhormat berkata, satu perkampungan keusahawanan atau ‘Entrepreneurship Village’ telah ditubuhkan di Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan gembira mengetahui bahawa pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah juga telah diberikan peluang mengikuti program ini. “Saya berharap menerusi penglibatan mereka, ianya akan dapat membuka minda pelajar-pelajar supaya lebih memahami dan sekaligus memupuk minat dan motivasi dalam bidang keusahawanan,” ujar Yang Berhormat. Sehubungan itu tambahnya, pendidikan keusahawanan boleh didefinisikan sebagai satu proses pembelajaran sepanjang hayat untuk mendapatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keusahawanan melalui pengajaran atau pembelajaran secara formal atau tidak formal yang diraih dari pengalaman adalah aset yang dapat mengukuhkan lagi sikap keusahawanan. Ke muka 24

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.