PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
''ADAPUN tunduk kepada Al-Qur'an dan al-Hadits itu, memang ia dituntut oleh ugama sebagai wajib. Kerana inilah sahaja satu-satunya jaminan, untuk memperolehi kebahagiaan di dunia dan di akhirat.'' - Titah Sempena Perasmian Majlis Ilmu 2015 sempena Hari Keputeraan Baginda Ke-69 pada 27 Muharram 1437 Hijrah / 9 November 2015 Masihi.
''ALLAH meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama dari kalangan kamu beberapa darjat. Dan ingatlah Allah maha mendalam pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Mujaadilah, ayat 11).
TAHUN 60 / BILANGAN 141
25 25 FEBRUARI NOVEMBER 2015 2015 / / 1437
13
JABATAN PENERANGAN
EDISI RABU / PERCUMA
Warga PA berperanan memperkemas urus tadbir negara Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 24 November. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah, selaku tulang belakang kerajaan, warga Perkhidmatan Awam berperanan besar untuk memperkemas dan memperlicin urus tadbir negara. Menurut Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, salah satu faktor ke arah itu, ialah dengan mengukuhkan kepimpinan. Dalam konteks Perkhidmatan Awam, titah baginda, kepimpinan adalah sangat penting di samping kemahiran. ''Pemimpin yang berkualiti bukan saja mempunyai wawasan dan hala tuju yang jelas, tetapi juga mempunyai kerajinan dan kesungguhan untuk melakukan apa saja pembaikan atau pembaharuan yang perlu,'' titah baginda pada Majlis Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Ke-22, Tahun 1437 Hijrah / 2015 Masihi
yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas. Baginda bertitah, pemimpin yang sanggup turun padang untuk melihat apa-apa yang perlu ditangani dan diperbaiki adalah sifat pemimpin atau pegawai yang bagus. Kejayaan pemimpin atau pegawai, titah baginda, dapat diukur dari cara mereka menangani tugas dan membimbing orang-orang di bawah mereka. Baginda bertitah, ini sangat penting, bagi memastikan segala rancangan dan matlamat dapat dicapai dengan sempurna. Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya bertitah, dalam aktiviti perekonomian umpamanya, warga Perkhidmatan Awam sangat perlu memahami keperluan orang ramai, terutama para usahawan dan pelabur. Mereka ini, titah baginda, sentiasa berhajatkan layanan dan pimpinan terbaik, sempurna dan cepat. Baginda bertitah, jika kita gagal, bererti ini adalah kegagalan kerajaan.
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Ke-22 di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. - Foto : Azmah Haji Ahad (Lihat muka 16, 17 dan 32).
NBD utamakan perlindungan, Terapkan budaya keselamatan kanak-kanak suka berubah Oleh : Khartini Hamir
BERAKAS, Sabtu, 21 November. Negara Brunei Darussalam tidak terkecuali dari mengalami kemajuan sains dan teknologi yang berkembang dengan cepat serta mudah, di mana perkembangan sains dan teknologi ini membawa negara ke arah era globalisasi yang mendatangkan kemajuan bermanfaat tinggi serta taraf kehidupan yang canggih seperti kemudahan internet dan komunikasi serta-merta digital.
Kemudahan-kemudahan seperti ini banyak mendatangkan faedah kepada semua lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak dan remaja yang menggunakannya bukan sahaja untuk menimba ilmu pengetahuan malah untuk kemudahan berinteraksi dengan rakan sebaya mereka. Melalui kemudahan ini juga membolehkan golongan yang vulnerable ini untuk berkomunikasi dan dihubungi oleh masyarakat di luar komuniti terdekat mereka, termasuklah orang-orang yang tidak mereka kenali dan lebih bahaya lagi
Muka 6
Brunei-Malaysia terokai bidang pembangunan belia dan sukan
pemangsa-pemangsa seksual. Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof menekankan mengenai perkara tersebut pada Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2015 yang berlangsung di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, di sini. Jelas Yang Berhormat, mengikut laporan dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia, kira-kira 80 peratus hingga 95 peratus kanak-kanak menderita dari pelbagai bentuk penderaan setiap tahun, manakala seramai 53 ribu kanak-kanak meninggal dunia setiap tahun akibat dari penderaan atau penganiayaan, iaitu kira-kira 150 juta kanak-kanak perempuan dan 73 juta kanak-kanak lelaki di bawah umur 18 mengalami penganiayaan seksual serta seramai 1.8 juta pula terlibat dalam pornografi dan 1.2 juta menjadi mangsa pemerdagangan manusia.
Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 24 November. - Penjawat-penjawat awam perlu menerapkan 'budaya suka berubah' sebagai kunci utama untuk negara benar-benar pro-business dan dikenali sebagai negara terbaik bagi perniagaan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah, jika budaya ini gagal diterapkan, maka agensi-agensi kerajaan tidak akan dapat memperkemas kerja masing-masing ke arah yang lebih baik dan cemerlang. ''Dunia kita sekarang sedang berada dalam kemelut ekonomi. Inilah masanya warga Perkhidmatan Awam mempelopori langkah berjimat cermat, di samping meningkatkan komitmen dan usaha memajukan negara untuk hari ini dan juga untuk masa depan anak cucu kita,'' titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada Majlis Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Ke-22, Tahun 1437 Hijrah / 2015 Masihi. Dari aspek pelaksanaan dasar-dasar negara pula, Kebawah Duli Yang Maha Mulia mengulangi lagi supaya kementerian-kementerian bersikap lebih proaktif dengan meningkatkan penyelarasan melalui pendekatan whole-of-nation di semua peringkat. Ke muka 32
Ke muka 5
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn