PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
''PADA hemat beta, perhatian kita terhadap Al-Quran setakat ini adalah sebagai tanda kita menunaikan tanggungjawab berugama dengan sempurna. Dalam masa yang sama kita juga bertabarruk atau mengambil berkat daripadanya. Kerana kitab suci Al-Quran itu adalah pembawa keberkatan daripada Allah Subhanahu Wata'ala.'' - Titah Sempena Majlis Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan pada 13 Rejab 1437 Hijrah / 21 April 2016 Masihi.
TAHUN 61 / BILANGAN 51
''MAKA ingatlah kamu kepada-Ku dengan melakukan sembahyang, berzikir dan lain-lain perbuatan taat nescaya Aku akan mengingati kamu. Dan bersyukurlah kepada-Ku dengan taat mengerjakan suruhan-Ku dan janganlah kamu mengingkari-Ku dengan berbuat derhaka dan maksiat.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Baqarah, ayat 152).
2727FEBRUARI APRIL 2016 2016 / 1437 /
19
JABATAN PENERANGAN
EDISI RABU / PERCUMA
Pembaziran wajib dielakkan Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Mohd. Sahrizal Haji Said, Azmah Haji Ahad
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan titah pada Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-70 bagi Tahun 2016. - Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said (Lihat muka 3 dan 4).
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 25 April. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah menegaskan bukan kerana ekonomi global bermasalah maka kita bercakap mengenai pembaziran, sama ada ekonomi bermasalah ataupun tidak, pembaziran tetap wajib dielakkan. ''Pada setiap tahun jawatankuasa bersidang atau bermesyuarat tetapi jarang atau mungkin juga belum pernah lagi ahli-ahli membincang secara serius tentang pembaziran dan juga belum pernah kita mendapati adanya idea untuk mensederhanakan persiapan-persiapan sambutan,'' baginda bertitah pada Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Ke-70 Tahun bagi Tahun 2016 berlangsung di Bilik Mesyuarat, Jabatan Perdana Menteri, di sini. Dalam titah baginda menekankan bahawa selama ini jawatankuasa hanya tahu berbelanja dan mengumpul wang untuk perayaan dengan apa juga cara mengumpul itu kita akan lakukan termasuklah dengan cara mengutip atau mengadakan dana derma bagi membiayai perayaan sehingga pada suatu masa dulu kita sering menyaksikan menteri atau lain-lain pegawai berkenaan menerima derma dari pelbagai pihak. Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya bertitah, ini sangatlah tidak menyenangkan walau bagaimanapun baginda terus memuji kemurahan para penderma, tetapi buat apalah mereka disusah-susahkan kerana perayaan, lainlah kalau mereka itu misalnya dipelawa untuk sama-sama meringankan beban rakyat yang susah itu lagi tetapi bukan diminta untuk menderma bagi mengadakan perayaan secara besar-besaran. ''Apa yang beta perhatikan apabila wang ada, ditambah lagi dengan adanya kemudahan untuk mendapatkan tajaan maka mulalah orang berbelanja sakan, gerbang-gerbang pun didirikan di sana sini dan gambar-gambar beta juga turut dipamer di merata tempat dengan pelbagai bentuk frame termasuk dengan memakai frame-frame iklan yang sedia ada. Tetapi gerbang bila-bila boleh dikurangkan tidak ada masalah atau kalau saiz gerbang yang dirancang sangat besar apa salahnya dikurangkan menjadi sederhana sahaja,'' titah baginda lagi. Ke muka 3
Sambut perayaan secara sederhana Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 25 April. Perhimpunan bersama rakyat suatu wadah unik untuk merapatkan bagi hubungan raja dengan rakyat dan memberi peluang kesempatan bagi rakyat berniaga malam hari semasa menyambut Hari Keputeraan seperti biasa. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah demikian semasa Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Ke-70 Tahun bagi Tahun 2016 berlangsung
di Bilik Mesyuarat, Jabatan Perdana Menteri, di sini. Dalam titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menekankan bahawa semua itu tidak diragukan adalah besar kepentingannya namun selaku bangsa yang berakidah dan berbudaya maka semua bentuk sambutan mestilah diperinci dan dikenal pasti agar sukat-sukat dan kriteria dalam makna ia tidaklah boleh 'selarah-larah' atau semata-mata hanya mengikut kemahuan hati sahaja. ''Tegasnya bersuka ria itu memerlukan ada batas. Atau peranggannya, tidak mesti dengan cara berabis kalau kita berjaya menghidupkan suasana keraian walau dengan bentuknya yang sederhana maka itu sudah cukup, bagus dan memadai,'' tegas baginda. Kebawah Duli Yang Maha Mulia
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn
menekankan berbelanja itu boleh ditakuti akan membawa kepada pembaziran sedang pembaziran itu dilarang keras oleh ugama, di sinilah pertimbangannya itu mustahak ada dan inilah antara tanggungjawab penting jawatankuasa. Terdahulu Kebawah DYMM bertitah, sambutan tradisi ini memanglah baik dan malah mustahak kerana itu ia perlu diteruskan di mana di dalamnya terdapat mesej yang perlu disampaikan terutama sekali melalui titah di singgahsana. Di samping itu, Kebawah DYMM juga sangat gembira berpeluang untuk duduk bersama-sama dengan para ahli jawatankuasa bagi membincangkan atau bermuzakarah mengenai persiapan-persiapan menyambut Hari Keputeraan baginda serta mengucapkan penghargaan dan terima kasih yang setinggi-tingginya kepada mereka.
Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217
Faksimile: 2381004
Muka 4 DYTM berkenan menerima mengadap
Muka 5 PANTAU pembacaan peserta Al-Quran 70 kali khatam
Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn