Pelita Brunei - Rabu 27 Jan 2016

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

''PEMBANGUNAN yang terafdal dan terutama, ialah pembangunan jiwa dan mental bangsa. Pembangunan jenis ini akan melahirkan manusia-manusia yang berkualiti.'' - Titah Sempena Menyambut Perayaan Ke-11 Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam pada 23 Februari 1995.

''DARIPADA Adi bin Hatim katanya : Saya telah mendengar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Sesiapa di antara kamu berkemampuan untuk berlindung daripada neraka dengan melakukan sedekah walaupun hanya dengan setengah biji buah kurma, maka lakukanlah.'' (Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, riwayatAl-Imam Muslim).

TAHUN 61 / BILANGAN 12

2727FEBRUARI JANUARI 2016 / 1437

17

JABATAN PENERANGAN

EDISI RABU / PERCUMA

Berkenan menghantar perutusan tahniah

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Governor-General Komanwel Australia, The Honourable Sir General Peter Cosgrove, AK MC (Retired) dan Perdana Menteri Komanwel Australia, The Honourable Malcolm Turnbull bersempena dengan Hari Australia. Sementara itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam juga berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik India, Tuan Yang Terutama Shri Pranab Mukherjee dan Perdana Menteri Republik India, Tuan Yang Terutama Shri Narendra Modi bersempena dengan Hari Republik India.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 26 Januari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Governor-General Komanwel Australia, The Honourable Sir General Peter Cosgrove, AK MC (Retired) dan Perdana Menteri Komanwel Australia, The Honourable Malcolm Turnbull bersempena dengan Hari

Australia. Dalam titah perutusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia kepada Governor-General Komanwel Australia, The Honourable Sir General Peter Cosgrove dan Perdana Menteri Komanwel Australia, The Honourable Malcolm Turnbull, baginda merakamkan ucapan tahniah kepada Tuan Yang Terutama-Tuan Yang Terutama serta kerajaan dan rakyat Australia bersempena dengan Hari Australia dan seterusnya berharap akan dapat bekerjasama rapat dengan TYT-TYT dalam mengukuhkan lagi hubungan yang amat bernilai di antara kedua-dua buah negara di tahun-tahun

Pelantikan SUT, Timbalan SUT BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 25 Januari. - Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang

Muka 7 PROGRAM RRP suntik semangat kenegaraan pelajar

Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan ini Jabatan Perdana Menteri memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perkenan bagi pelantikan ke atas pegawai-pegawai kanan seperti berikut, iaitu Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Dr. Abdul Manaf bin Haji Metussin dilantik menjadi Setiausaha Tetap, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dan Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Dr. Dayang Hajah Maslina binti Haji Mohsin dilantik menjadi Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional dan Teknikal) di Kementerian Kesihatan. Tarikh pelantikan pegawai-pegawai berkenaan berkuat kuasa mulai hari Selasa, 16 Rabiulakhir 1437 Hijrah bersamaan 26 Januari 2016 Masihi.

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn

akan datang. Pada mengakhiri titah-titah perutusan baginda kepada GovernorGeneral Komanwel Australia, The Honourable Sir General Peter Cosgrove, AK MC (Retired) dan Perdana Menteri Komanwel Australia, The Honourable Malcolm Turnbull itu, baginda menyampaikan salam muhibah dan kegembiraan TYT-TYT dalam menyambut perayaan tersebut. Pada masa yang sama, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara

Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik India, Tuan Yang Terutama Shri Pranab Mukherjee dan Perdana Menteri Republik India, Tuan Yang Terutama Shri Narendra Modi bersempena dengan Hari Republik negara tersebut. Di dalam titah perutusan Kebawah DYMM kepada Presiden Republik India, TYT Shri Pranab Mukherjee dan juga kepada Perdana Menteri Republik India, TYT Shri Narendra Modi, baginda merakamkan ucapan tahniah kepada TYT-TYT serta kerajaan dan rakyat India sempena

dengan Hari Republik India tersebut dan seterusnya berharap akan dapat bekerjasama dengan TYT-TYT dalam mengukuhkan lagi persahabatan dan kerjasama yang telah dinikmati oleh kedua-dua buah negara, baik di peringkat dua hala mahupun di peringkat serantau dan antarabangsa. Pada mengakhiri perutusan tersebut, baginda menyampaikan salam muhibah kepada Presiden Republik India, TYT Shri Pranab Mukherjee dan juga kepada Perdana Menteri Republik India, TYT Shri Narendra Modi semoga mereka sentiasa berada dalam keadaan sihat dan kebahagiaan.

Institusi keluarga jamin kestabilan sosial Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 25 Januari. - Kestabilan sosial dan kesejahteraan sesebuah negara amat berkait rapat dengan keharmonian dan kualiti keluarga dan masyarakat. Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal

Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217

Bolkiah (YSHHB) berkata, keluarga yang sejahtera akan menghasilkan penduduk yang berkualiti dan produktif menjana pembangunan negara serta menjamin kesinambungan generasi seperti yang dihasratkan dalam Wawasan Negara 2035. ''Justeru, inisiatif Yayasan dalam menyediakan Program Latihan 'Training of Trainers - Parental Skills'

Faksimile: 2381004

ini adalah bertepatan dan merupakan sumbangan kepada pelbagai usaha kerajaan serta agensi-agensi bukan kerajaan dalam mewujudkan kestabilan sosial dan kesejahteraan melalui pengukuhan institusi keluarga di negara ini,'' ujar Yang Berhormat semasa melancarkan Program Training of Trainers Parental Skills bagi kaunselorkaunselor sekolah dan pegawaipegawai dari agensi-agensi kerajaan berlangsung di Dewan Serbaguna, Kompleks Bangunan YSHHB. Ke muka 3

Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.