PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
“ILMU ugama dan Al-Qur'an adalah 'ilmu agung', perlu dicari dan dikarihi. Ia agak unik dan tersendiri, kerana itu memerlukan perhatian yang khusus lagi serius. Jika perhatian itu hanya ala kadar, maka hasilnya pun mungkin ala kadar juga.” - Titah Majlis Sambutan Isra' dan Mi'raj Peringkat Negara Bagi Tahun 1436 Hijrah / 2015 Masihi
“DARI Abi Hurairah Radiallahuanhu katanya : telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Roh seseorang mu'min itu tergantung-gantung (dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan.” - (Hadith Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam).
TAHUN 60 / BILANGAN 63
27 FEBRUARI 27 MEI 2015 2015/ 1436 /
JABATAN PENERANGAN
9
EDISI RABU / PERCUMA
Berkenan menerima mengadap Presiden MUIM Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Mohamad Azmi Awang Damit BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 26 Mei. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Presiden Majlis Universiti Islam Malaysia (MUIM), Yang Berbahagia Tan Sri Profesor Dr. Mohd Yusof Noor yang berlangsung di Istana Nurul Iman. Juga hadir di Majlis Mengadap tersebut ialah Pemangku Pendaftar (Pengarah Dana, Aset dan Wakaf) UIM, Yang Berbahagia Dato Haji Othman bin Desa dan Dekan Bahagian Akademik dan Perhubungan Antarabangsa UIM, Yang Berbahagia Profesor Dr. Mohamad bin Abdul Hamid. Yang Berbahagia Tan Sri Profesor Dr. Mohd Yusof Noor dan rombongan adalah dalam rangka lawatan ke negara ini. Turut hadir ialah Menteri Kewangan II (Kedua) di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim; Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned dan Setiausaha Tetap di JPM, Dato Paduka Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abd. Rashid.
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Presiden Majlis Universiti Islam Malaysia (MUIM), Yang Berbahagia Tan Sri Profesor Dr. Mohd Yusof Noor dan rombongan di Istana Nurul Iman.
Penggantungan bagi atlet positif doping BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 25 Mei. - Selain dari peka terhadap bahaya dan risiko kepada kesihatan, kesemua atlet negara yang akan bertanding di Sukan SEA diseru supaya peka dan sedar mengenai hukuman keras yang akan dikenakan ke atas atlet yang didapati positif doping, iaitu penggantungan penyertaan yang dikuatkuasakan oleh badan-badan sukan antarabangsa masing-masing. Jika ini terjadi sudah tentu usaha gigih bertahun-tahun akan menjadi sia-sia. Ke muka 4
Oleh : Abu Bakar Haji Abdul Rahman
Muka 3
Muka 4
DPMM berkenan menerima mengadap
SUKAN SEA Ke-28, atlet lakukan yang terbaik
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
Keselamatan, sekuriti pengaruh besar sektor penerbangan Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 25 Mei. - Pasaran dan komuniti dalam sektor penerbangan diperlukan dan dijangka bertindak tepat pada masanya kepada integrasi berterusan dan pesat dalam teknologi baru dengan keperluan tindak balas pihak berkuasa penerbangan dan industri. Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar berkata, keselamatan dan sekuriti mempunyai pengaruh besar dalam sektor penerbangan. Yang Berhormat berkata, untuk bertindak balas kepada jangkaan dan keperluan itu kita perlu mengambil pendekatan holistik dalam keselamatan di mana pendekatan itu ditubuhkan melalui koperasi, kerjasama dan usaha bersepadu dalam kalangan semua pihak yang berkepentingan, dengan bimbingan amalan terbaik antarabangsa seperti Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah (EASA). Ke muka 10
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn