Pelita Brunei - Rabu 27 Ogos 2014

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

“PEKERJAAN bertani dan bercucuk tanam bukanlah satu kerja lekeh, tetapi amat dipuji dan digalakkan oleh agama, kerana manfaatnya bukan untuk individu tertentu saja, malahan bagi sekalian makhluk Allah Ta'ala, sebagaimana ada hadis yang bermaksud: “Bahawa seorang Muslim yang bertanam itu, kemudian hasil tanamannya dimakan oleh manusia, binatang dan burung, semuanya itu akan jadi sedekah baginya sehingga hari kiamat.” - Titah Sempena Majlis Pembukaan Rasmi Ekspo Pertanian dan Agrimakanan 2009 pada 1 Zulhijah 1430H/ 19 November 2009M.

“DAN perintahkanlah keluargamu mendirikan sembahyang dan bersabarlah dalam menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki daripadamu bahkan Kamilah yang mengurniakan rezeki kepadamu. Dan akibat kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.” - (Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Thaahaa ayat 132).

TAHUN 59 / BILANGAN 107

2727 FEBRUARI OGOS 2014 2014 / 1435 /

1

JABATAN PENERANGAN

EDISI RABU / PERCUMA

Berangkat Brunei - Thailand tingkatkan kerjasama hadiri UNAOC Oleh : Haniza Abdul Latif Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 25 Ogos. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat ke Bali, Republik Indonesia. Duli Yang Teramat Mulia akan menghadiri Forum Global Perikatan Tamadun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNAOC) Ke-6 bermula pada 29 hingga 30 Ogos. Berangkat di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi menyembahkan selamat berangkat ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan dan Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Jeneral Prayuth Chan-ocha, berikutan dengan pelantikannya sebagai Perdana Menteri Thailand baru-baru ini.

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 25 Ogos. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Jeneral Prayuth Chan-ocha, berikutan dengan pelantikannya sebagai Perdana Menteri Thailand baru-baru ini. Di dalam perutusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia

itu, baginda sukacita mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pelantikan Tuan Yang Terutama sebagai Perdana Menteri Thailand. Baginda seterusnya berharap semoga TYT akan mencapai kejayaan besar dan juga berharap untuk bekerja dengan TYT untuk meningkatkan persahabatan yang mesra serta kerjasama erat di antara kedua-dua buah negara. Pada mengakhiri perutusan tersebut, Kebawah DYMM menyampaikan salam muhibah kepada TYT Jeneral Paryuth Chan-ocha.

BTS ukur tahap prestasi guru Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Masri Osman BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 25 Ogos. - Standard Guru Brunei (Brunei Teachers Standards - BTS) bertujuan untuk mengukur tahap prestasi guru-guru menurut sukatsukat yang ditetapkan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka. Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong berkata, menerusi BTS guru akan

memastikan pendidikan pelajarpelajar mereka adalah tanggungjawab utama bagi mencapai mutu pendidikan yang tertinggi atau terbaik. Berucap semasa melancarkan Majlis Pelancaran BTS di Hotel Antarabangsa Rizqun, Yang Berhormat berharap agar objektif utama BTS akan dapat direalisasikan dengan jayanya dan impak standard itu akan membawa kepada peningkatan kualiti pengajaran dan

pembelajaran pelajar-pelajar. Yang Berhormat juga difahamkan bahawa proses penyediaan standard itu telah mengambil kira akan pandangan dan input para guru dan pemimpin-pemimpin sekolah. Para guru dan pemimpin, tegas Yang Berhormat, telah memberikan respons yang positif dan menyambut baik akan inisiatif standard itu dan berharap pelaksanaannya nanti di peringkat sekolah berjalan dengan jayanya sebagaimana jua dihasratkan.

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ’Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei sebelum berangkat ke Bali, Republik Indonesia bagi menghadiri Forum Global Perikatan Tamadun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNAOC) Ke-6.

Muka 3

Muka 5

KOMPLEKS Pengisaran Padi dirasmikan

PENCERAMAH undangan diraikan

Ke muka 24 Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Pelita Brunei - Rabu 27 Ogos 2014 by Putera Katak Brunei - Issuu