Pelita Brunei - Rabu 28 Jan 2015

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

“TIDAK diragui lagi, kita di Brunei telah pun menjadi sebahagian daripada warga dunia yang sedang menikmati kemajuan pendidikan. Namun dalam keghairahan menikmati kemajuan itu, kita janganlah lupa terhadap asas-asas awal kita mencipta laluan kegemilangan pendidikan sehinggalah ke hari ini. Asas-asas awal tersebut ialah pendidikan Islam.” - Titah Sempena Sambutan Hari Guru Ke-24 Tahun 1435 Hijrah / 2014 Masihi dan 100 Tahun Pendidikan Formal Di Negara Brunei Darussalam.

“WAHAI orang-orang yang beriman! Janganlah kamu merosakkan pahala sedekah kamu dengan mengungkit dan menyakiti, seperti rosaknya pahala orang yang membelanjakan hartanya kerana riyak (menunjuk-nunjuk) kepada manusia, dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat.” - (Surah Al Baqarah ayat 264).

TAHUN 60 / BILANGAN 12

2828FEBRUARI JANUARI 2015 / 1436

7

JABATAN PENERANGAN

EDISI RABU / PERCUMA

Berkenan menerima mengadap Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Masri Osman BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 27 Januari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia, Yang Berhormat Dato' Sri Rohani binti Abdul Karim. Hadir pada Majlis Mengadap tersebut, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah; Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid dan Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Awang Haji Mohd. Hamid bin Haji Mohd. Jaafar. Juga hadir ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Tuan Yang Terutama Datuk Awang Sahak bin Awang Salleh dan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia, Yang Berbahagia Dato' Seri Sabariah binti Hassan. KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia, Yang Berhormat Dato' Sri Rohani binti Abdul Karim.

Peningkatan trend NCD lahirkan impak negatif TUTONG, Selasa, 27 Januari. - Majlis Forum Sempena Kempen Kebangsaan Membanteras Penyakit-Penyakit Tidak Berjangkit bagi Daerah Tutong diadakan di Dewan Utama Kompleks, Dewan Kemasyarakatan Tutong, di sini. Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Wahab bin Juned. Ketua Pegawai Eksekutif, Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji AI-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB) Tutong, Awang Mohammad Sabri bin Haji Anuar, selaku Pengerusi Bersama majlis dalam ucapan alu-aluannya menjelaskan Penyakit-penyakit Tidak Berjangkit atau 'Non-Communicable Diseases' (NCD) seperti kanser, penyakit jantung, strok, kencing manis (diabetis) dan penyakit-penyakit kronik pernafasan, telah melanda di peringkat global dan ianya semakin bertambah dari semasa ke semasa. Penyakit-penyakit tidak berjangkit itu, ujarnya, adalah merupakan punya penyebab kematian di dunia setiap tahun di mana menurut statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation-WHO), 63 peratus penyebab

Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim kematian seluruh dunia, iaitu 36 juta daripada 57 juta kematian seluruh dunia. Meningkatnya trend penyakit-penyakit itu, tambahnya, telah mendatangkan impak negatif serta bebanan yang signifikan khususnya sosioekonomi yang menjadi kebimbangan dan cabaran yang perlu diberikan perhatian yang serius. Kebimbangan dan cabaran-cabaran ini, jelasnya, juga turut dirasai di Negara

Brunei Darussalam yang mana negara kita juga tidak terkecuali daripada ancaman penyakit-penyakit kronik dan tidak berjangkit. Beliau menerangkan, pada tahun 2012, kanser, penyakit jantung, diabetis dan strok merupakan penyebab kematian utama di Negara Brunei Darussalam. Ke muka 6

Muka 3

Muka 6

MENERIMA mengadap empat perwakilan asing

AMM Retreat bincang isu serantau

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

Bantuan untuk mangsa banjir mencukupi Berita dan Foto : Hezlinawati Haji Abdul Karim TEMBURONG, Isnin, 26 Januari. - Hanya rasa syukur yang dapat dipanjatkan ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala serta ucapan terima kasih kepada pihak kerajaan atas bantuan segera yang diberikan kepada mangsa-mangsa banjir di daerah ini. Salah seorang mangsa banjir, Awang Yusri bin Haji Tengah berkata, bantuan seperti penempatan sementara di Dewan Kemasyarakatan Mukim Bokok amatlah beliau serta keluarga hargai. “Alhamdulillah, bantuan di penempatan sementara ini memang mencukupi bagi saya dan keluarga seperti makanan dan keperluan lain termasuklah tilam, bantal dan selimut,” jelas mangsa banjir Kampung Belais, Mukim Bokok ini. Ketika mengimbas kembali kejadian pada hari Sabtu, 24 Januari lalu, beliau menjelaskan air telah naik sehingga dua perpuluhan empat meter pada pukul 9.00 malam hingga 3.00 subuh disebabkan hujan lebat ketika itu. Keadaan hujan tanpa henti juga menimbulkan kerisauan di hatinya memandangkan rumah beliau terletak berhampiran sungai, di mana air terus naik sehingga paras leher. Beliau bersama isteri dan enam orang anaknya dipindahkan ke penempatan sementara kira-kira pukul 3.30 petang, hari Ahad, 25 Januari dengan bantuan anggota bomba dan penyelamat Cawangan Operasi ‘G’. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman telah membuat lawatan ke penempatan tersebut semasa membuat tinjauan ke kawasan-kawasan yang terjejas oleh banjir di daerah ini. Ke muka 12

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Pelita Brunei - Rabu 28 Jan 2015 by Putera Katak Brunei - Issuu