PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
“ALLAH mengurniakan nikmat, sementara kita berkewajipan mensyukurinya. Syukur itulah pemangkin segala nikmat dan keberkatan. Tanpa syukur, nikmat akan hakis, tidak dapat bertahan lama.” - Titah Sempena Rombakan Keahlian Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet dan Pelantikan-Pelantikan Baru pada 9 Muharam 1437 Hijrah / 22 Oktober 2015 Masihi.
“HARTA dan anak pinak itu ialah perhiasan kehidupan dunia dan amalan-amalan soleh yang kekal itu lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu dan lebih baik menjadi harapan untuk kebahagiaan hidup di akhirat.” - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Kahfi, ayat 46).
TAHUN 60 / BILANGAN 129
28 28 FEBRUARI OKTOBER 2015 / 1437
15
JABATAN PENERANGAN
EDISI RABU / PERCUMA
Berkenan menerima mengadap MHELN Republik Singapura Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 26 Oktober. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Menteri Hal Ehwal Luar Negeri (MHELN) Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Vivian Balakrishnan. Tuan Yang Terutama sedang dalam rangka lawatan pengenalan ke Negara Brunei Darussalam. TYT Dr. Vivian Balakrishnan dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Republik Singapura pada awal bulan Oktober 2015. Turut hadir pada Majlis Mengadap tersebut ialah Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, TYT Mr. Jaya Ratnam. Juga hadir pada Majlis Mengadap tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng. Majlis tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman.
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Vivian Balakrishnan.
Makmal Genotyping dan DNA Sequencing UBD dirasmikan:
Strategi Hab Brunei Halal Oleh : Hajah Norizan Mahal Foto : Hernie Suliana Haji Othman BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 26 Oktober. - Sengenics, sebuah syarikat genomik dan penyelidikan pangkalan proteomik dan diagnostik yang menyediakan kemudahan Makmal Genotyping dan DNA Sequencing dirasmikan di Bangunan
Fakulti Integrated Technologies (FIT) Universiti Brunei Darussalam (UBD), di sini. Majlis perasmian makmal tersebut telah disempurnakan oleh Setiausaha Tetap (Hiliran dan Tenaga) Jabatan Perdana Menteri (JPM), Dato Paduka
Muka 15, 16 dan 17
MAJLIS Mengangkat Sumpah Kabinet Baru 2015 - 2020
Awang Haji Jamain bin Haji Julaihi sebagai wakil Menteri Tenaga (Energy) dan Perindustrian di JPM dan Pengerusi Majlis Penyelidikan Brunei, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar. Kemudahan baru tersebut adalah sebagai tindak balas kepada inisiatif Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia bagi meningkatkan aktiviti bioteknologi R & D yang berkaitan di negara ini. Jumlah nilai pelaburan projek dijangka melebihi USD11 juta dalam tempoh dua tahun akan datang. Sengenics akan memberi tumpuan kepada dua aktiviti teras dari kemudahan baharunya di Brunei, iaitu menawarkan perkhidmatan komersial dengan memanfaatkan platform profil 'Immunome Autoantibody' dan klinikal ExoMAX genomik saluran paip diagnosis. Dengan kerjasama UBD dan sokongan Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (LKEB) melalui Skim Insentif Penyelidikan Brunei (BRISc), Sengenics akan memulakan
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
dua projek penyelidikan dan pengkomersialan yang berkaitan dengan daging halal dan
pelbagai jenis makanan lagi. Ke muka 12
Islam sediakan etika pengurusan berkesan Oleh : Khartini Hamir BERAKAS, Selasa, 27 Oktober. - Seminar Pengurusan Islam adalah untuk memahami konsep dan kepentingan Amalan Pengurusan Islam dalam konteks kejayaan sesebuah organisasi, di samping ia juga membantu membezakan penyelesaian masalah etika pengurusan dengan kaedah konvensional dan Islam serta menggalakkan nilai-nilai dan norma-norma Islam untuk mencapai objektif pengurusan. Ke muka 32
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn