Pelita Brunei - Rabu 29 April 2015

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

“JIKA negara memenuhi etika perkhidmatannya yang telus tanpa pilih kasih dan rasuah, maka insya-Allah, apa jua yang dirancang dan diusahakan akan berjalan dengan lancar dan berkat.” - Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 2010, di Istana Nurul Iman.

TAHUN 60 / BILANGAN 51

“WAHAI orang-orang yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka.” - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah At Tahriim ayat 6).

2929FEBRUARI APRIL 2015 2015 / 1436 /

10

JABATAN PENERANGAN

EDISI RABU / PERCUMA

ASEAN perlu lebih strategik, terbuka

Laporan : Hezlinawati Haji Abdul Karim Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas dari Kuala Lumpur, Malaysia KUALA LUMPUR, MALAYSIA, Isnin, 27 April. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah menyatakan bahawa ASEAN perlu bertindak lebih strategik dan terbuka dalam penglibatan luarnya. Dengan ini, usaha ASEAN, titah baginda, akan terus mendatangkan manfaat dan memastikan rantau ini akan terus damai, stabil dan makmur pada dekad-dekad yang akan datang. Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah demikian pada Sesi Plenari Sidang Kemuncak ASEAN Ke-26, yang berlangsung di Pusat Persidangan Kuala Lumpur (KLCC), Malaysia. Ke muka 24

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan bergambar ramai bersama Ketua-ketua Negara dan Kerajaan ASEAN pada Majlis Pembukaan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-26. (Lihat muka 12 & 13).

Berpegang teguh kepada ajaran Islam

Oleh : Aimi Sani Foto : Masri Osman, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 28 April. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri bersabda, Majlis Musabaqah Membaca Al-Qur'an Bahagian Dewasa tidak syak lagi merupakan salah satu syiar kemuliaan Islam yang paling penting di negara ini.

“Alhamdulillah, setakat ini kita telah berjaya mengungkayahkannya secara berterusan sehingga kini mencapai tahun Ke-55. Usaha murni ini adalah sejajar dengan wawasan 'Negara Zikir' yang paduka ayahanda ilhamkan ke arah mendorong pembangunan masyarakat, bangsa dan generasi yang sentiasa berpegang teguh kepada ajaran Islam dan kitab suci Al-Qur'an, sebagai pembawa rahmat ke seluruh alam,” sabda Duli Yang Teramat Mulia pada Majlis Pembukaan Rasmi Musabaqah

Membaca Al-Qur'an Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1436 Hijrah / 2015 Masihi di Dewan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. Justeru, sabda DYTM, seiring dengan matlamat wawasan bagi melahirkan 'rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya', kita juga perlu memberikan fokus kepada pembangunan generasi yang berilmu, beramal dan berakhlak mulia serta memiliki minda yang terus berusaha

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

untuk memartabatkan kesucian Islam. Dalam erti kata lain, tambah sabda DYTM, kita mahu membentuk generasi yang mematuhi apa jua ajaran yang terkandung di dalam Al-Qur'an yang kaya dengan sumber rujukan dan khazanah pembelajaran sepanjang zaman yang syumul. Dengan wawasan yang berlandaskan Al-Qur'an tersebut sabda DYTM, negara kita dapat 'Membina Generasi Al-Qur'an' yang menjurus kepada kecemerlangan umat yang terbaik dan seimbang sebagai teladan kepada umat-umat lainnya.

Muka 5

BERKENAN berangkat hadiri Santap Malam

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.