PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
“KERANA itu janganlah leka dan mudah terpedaya, tetapi bentengilah diri dengan semangat kebruneian yang tulen serta sikap orang-orang Brunei yang kuat berugama, tanpa perlu kita terikut-ikut atau terpesona dengan sebarang propaganda.” - Titah Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 1436 Hijrah / 2015 Masihi.
“SEDEKAH tidaklah mengurangi harta. Tidaklah Allah menambahkan kepada seorang hamba sifat pemaaf melainkan akan semakin memuliakan dirinya. Dan juga tidaklah seseorang memiliki sifat tawaduk (rendah diri) kerana Allah melainkan Allah akan meninggikan darjatnya.” - (Riwayat Al-Imam Muslim).
TAHUN 60 / BILANGAN 90
29 FEBRUARI 29 JULAI 2015 2015/ /1436
12
JABATAN PENERANGAN
EDISI RABU / PERCUMA
Berangkat ke Majlis Bertahlil di Kubah Makam Diraja
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menjirus ayeng asah-asahan ke makam ayahanda dan bonda baginda, Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien (kiri) dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit (kanan) ketika berangkat ke Majlis Bertahlil di Kubah Makam Diraja. - Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor, Muhammad Asri Haji Awang Abas (Lihat muka 12 dan 13).
Pendidik agama berikan fahaman Islam yang betul Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 27 Julai. - Penekanan terhadap pengukuhan akidah perlu mendapat perhatian yang sewajarnya oleh Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), selaku sebuah institusi yang mengeluarkan warga pendidik agama. Dalam era globalisasi yang penuh cabaran ini, kecelaruan boleh sahaja berlaku di kalangan masyarakat akibat dari pemikiran-pemikiran luaran yang tidak dikawal dan tidak dihalang dari peringkat awal lagi. Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar berucap demikian pada Majlis Pembukaan Minggu Ta’aruf Pengambilan Ke-9 KUPU SB yang berlangsung di Dewan Tarbiyyah, KUPU SB, di sini. “Inilah antara cabaran yang boleh saja mengubah persepsi masyarakat terhadap Islam. Oleh itu, golongan pendidik agama perlulah memahami perubahan-perubahan ini seterusnya berusaha mengurus dan menjadi pengurus yang bijaksana supaya persepsi masyarakat terhadap ajaran agama itu adalah sentiasa betul dan di atas landasan yang lurus,” ujar Yang Mulia
Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom. Menurutnya, adalah menjadi tanggungjawab para pendidik agama untuk memberikan kefahaman dan gambaran yang betul tentang ajaran agama Islam kepada anak bangsa kita, agar agama Islam dengan kefahaman yang betul itu akan selamanya bertapak di negara ini dan generasi masa depan juga akan menjadi generasi yang beriman, berilmu dan beramal serta bertakwa dan berakhlak mulia. Oleh yang demikian, jelas Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, kepada para mahasiswa/mahasiswi yang terpilih supaya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menimba ilmu pengetahuan sepanjang mereka berada di KUPU SB supaya apabila mereka semua berada di lapangan nanti sebagai guru agama, mereka akan dapat memberikan pengajaran dan memberikan pendidikan yang berguna dan bermanfaat kepada anak-anak didik mereka demi mempertahankan kemurnian dan kesucian agama Islam di Negara Brunei Darussalam yang sama-sama kita cintai ini. Terdahulu, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka menjelaskan, Minggu Ta’aruf merupakan satu aktiviti yang lazim diadakan bagi meraikan kemasukan mahasiswa/mahasiswi baru. Ke muka 24
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
Muka 3
DPMM berkenan menerima mengadap
Muka 4
LAHIRKAN graduan celik ilmu, berpemikiran intelek
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn