Pelita Brunei - Rabu 29 NOV 2017

Page 1

''WAHAI orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu dosa. Dan janganlah kamu mengintip (mencari-cari kesalahan) orang dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka sudah tentu kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Pengasih.'' - Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Hujurat, ayat 12.

''PERKHIDMATAN Awam adalah nadi utama yang menentukan kemajuan dan keutuhan sesebuah negara.'' - Titah Sempena Hari Perkhidmatan Awam Ke-24, Tahun 1439 Hijrah / 2017 Masihi.

4.40

TAHUN 62 / BILANGAN 143

4.50

6.13

29 NOVEMBER 2017 / 1439

6.36

12.10

10

3.31

6.04

7.18

JABATAN PENERANGAN

EDISI RABU / PERCUMA

SMS Brunei Prihatin bagi DANA kini bermula Oleh : Rohani Haji Abd Hamid Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas

MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman (dua, kanan), selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah DANA menyampaikan sumbangan DANA dalam bentuk replika kupon untuk pembelian peralatan dan keperluan persekolahan anak-anak yatim DANA bagi tahun 2018 kepada wakil Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awangku Hafis bin Pengiran Damit.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 28 November. SMS Brunei Prihatin bagi Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) adalah untuk meningkatkan rasa pemedulian dan kasih sayang dalam kalangan masyarakat terhadap golongan yang kurang bernasib baik dan yang memerlukan perhatian serta membantu anak-anak yatim. Sehubungan itu, Majlis Pelancaran SMS Brunei Prihatin bagi DANA Tahun 2017 - 2018 dan Penyampaian Sumbangan DANA dalam Bentuk Kupon untuk Pembelian Peralatan dan Keperluan Persekolahan Anak-Anak Yatim DANA bagi Tahun 2018 telah diadakan di Dewan Serbaguna, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Hadir selaku tetamu kehormat, Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah DANA. Ketua Pegawai Eksekutif DANA, Dato Paduka Awang Haji Eddie bin Dato Paduka Haji Sunny dalam ucapan alu-aluannya antara lain menjelaskan, projek SMS Brunei Prihatin bagi DANA akan berjalan selama 65 hari, yang bermula dari 28 November hingga 31 Januari 2018. "Bagi menjayakan SMS Brunei Prihatin bagi DANA, dua buah syarikat telekomunikasi telah bersedia memberi kemudahan perkhidmatan SMS, iaitu DST dan Syarikat Progresif Cellular Sendirian Berhad. Orang ramai yang berhasrat untuk membuat sumbangan mereka kepada anak-anak yatim melalui SMS Brunei Prihatin bagi DANA bolehlah memberi sumbangan melalui SMS," jelasnya. Ke muka 3

Kepentingan banteras pembiayaan pengganasan Oleh : Aimi Sani

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 28 November. - Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) melalui Unit Perisikan Kewangan (UPK) buat julungjulung kalinya telah mengadakan Persidangan Membanteras Pembiayaan Pengganasan di negara ini. Persidangan tersebut dihadiri oleh 200 peserta termasuk pegawai-pegawai kerajaan, pihak AMBD dan wakil-wakil daripada sektor swasta yang berkaitan. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada tetamu

kehormat majlis, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar. Dalam ucapan alu-aluannya, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Hamdan antara lain menegaskan, kepentingan membanteras pembiayaan pengganasan di Negara Brunei Darussalam selain menekankan lagi objektif utama persidangan tersebut iaitu untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang isu-isu pembiayaan pengganasan dalam kalangan pihak-

E-mel:: pelita.brunei@information.gov.bn E-mel pelita.brunei@information.gov.bn

pihak berkepentingan bagi meningkatkan pematuhan Negara Brunei Darussalam terhadap piawaian antarabangsa. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Kewangan, Dato Paduka Awang Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman juga selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Kebangsaan Bagi Membanteras Pembersihan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan (NAMLC); Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri, Awang Mohamed Riza bin Dato Paduka Haji Mohamed Yunos serta Ahli-ahli NAMLC yang lain. Ke muka 3

Hotline:: 2382891 2382891 // 2383400 2383400 Smb. Smb: :217 Hotline 217

Muka 9

Muka 20

KEMENTERIAN Kesihatan terus semarakkan Dikir Maulud

72 warga JKR terima Surat Lantikan dan Sijil Pertolongan Cemas

Faksimile:: 2381004 Faksimile 2381004

Web:: www.pelitabrunei.gov.bn Layari Laman Web www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Pelita Brunei - Rabu 29 NOV 2017 by Putera Katak Brunei - Issuu