Pelita Brunei - Rabu 29 Okt 2014

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

“PENINGKATAN kapasiti tenaga manusia dalam jurusan kejuruteraan dan teknologi akan dapat mendukung agenda negara dalam Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik atau STEM. Ini juga akan membantu menggalakkan pertumbuhan inovasi.” - Titah Sempena Majlis Konvokesyen Kali Kedua Bagi Graduan Ijazah Sarjana Muda Tempatan dan Majlis Konvokesyen Bagi Graduan Diploma Teringgi Kebangsaan Kali Ke-23 Institut Teknologi Brunei pada 28 Zulhijah 1435 bersamaan 23 Oktober 2014.

“DAN hendaklah engkau menentapkan hukuman di antara mereka mengikut apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau mengikut hawa nafsu mereka serta berwaspadalah terhadap mereka supaya mereka tidak memesongkan engkau dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu.” - (Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al Maa-idah ayat 49).

TAHUN 59 / BILANGAN 134

2929FEBRUARI OKTOBER2014 2014/ / 1436

5

JABATAN PENERANGAN

EDISI RABU / PERCUMA

Gunakan ilmu selayaknya

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ketika berkenan mengurniakan titah pada perasmian Majlis Ilmu 2014.

Oleh : Ak. Jefferi Pg. Durahman

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan paduka anakanda baginda, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel ketika menyaksikan demonstrasi sains pada Pameran Majlis Ilmu 2014. - Foto : Hamzah Mohiddin (Berita lanjut dan gambar-gambar dimuatkan ke muka 12 dan 13).

Penyusuan ibu dapat menyelamatkan nyawa Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 27 Oktober. - Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan bersabda, para ibu perlu menerima pemakanan yang baik agar anak-anak damit mereka membesar semasa dalam kandungan dan selepas dilahirkan. Justeru adalah amat mustahak pemakanan ibu dan anak damit diberi perhatian sebagai bahagian yang penting dalam dasar-dasar kesihatan global dan kebangsaan. Bersabda semasa menyempurnakan Majlis Perasmian Forum Rakan Kongsi Penyusuan Susu Ibu Satu Asia Ke-10, Yang Teramat Mulia menggariskan penyusuan ibu telah terbukti dapat menyelamatkan nyawa berjuta-juta anak damit dan kanak-kanak di seluruh dunia dalam membantu mereka terhindar daripada penyakit berjangkit dan yang tidak berjangkit seperti obesiti dan kencing manis apabila mereka dewasa. Bagi tujuan itu, YTM menggesa agar memberi sokongan penuh terhadap semua inisiatif ke arah penyusuan ibu yang eksklusif dan optima termasuk meningkatkan kesedaran para keluarga dan penjaga bagi faedah yang akan menyumbang kepada kesihatan dan kebajikan para ibu anak-anak damit yang baru lahir dan kanak-kanak. Ke muka 4 E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

Muka 3 MENERIMA mengadap rombongan Diraja Johor Darul Ta'zim

Muka 5 TIADA pelanggaran keselamatan berlaku

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 28 Oktober. - Sains dan teknologi itu akan menjadi salah, apabila ia dianggap semata-mata cetusan kudrat manusia tanpa digabungkan dengan ketuhanan. Pada hal sains dan teknologi itu cuma secebis ilmu sahaja, sedang ilmu itu pula adalah milik Allah, bukan milik siapa-siapa, ia dikurniakan kepada manusia selaku nikmat dan untuk digunakan dengan cara yang selayaknya. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menekankan perkara itu ketika bertitah menyempurnakan perasmian Majlis Ilmu 2014 Sempena Hari Keputeraan baginda Ke-68 Tahun, berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini. “Menyebut nikmat, Allah telah mengingatkan kita, bahawa kita ini akan ditanya pada hari kiamat kelak, bagaimana dan untuk apa nikmat itu telah digunakan. (Boleh rujuk ayat akhir Surah At-Takaathur),” titah baginda. Jika ketuhanan tidak digabungkan dengan sains dan teknologi, titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia, aplikasinya kepada kehidupan akan memisahkan kita daripada ketuhanan dan akhirnya manusia akan angkuh dan ingkar terhadap Tuhannya. Menurut titah Kebawah DYMM, peringatan Allah Ta'ala dalam hal ini sangat menggerunkan, melalui kejadian Kaum 'Aad yang mewarisi ilmu dan kemahiran, tetapi mereka membangun dengan angkuh dan ingkar, tidak mengakui ketuhanan dalam pembangunan mereka itu. Demikian juga Nabi Allah Hud 'Alaihissalam telah diutus kepada kaum baginda, supaya mereka kembali kepada jalan yang lurus, tetapi mereka tetap angkuh dan ingkar, lalu Allah membinasakan mereka sebinasa-binasanya. Terdahulu, baginda menghargai tema yang dipilih iaitu ‘Sains dan Teknologi Pemangkin Pembangunan dan Meningkatkan Kualiti Kehidupan Ummah’ dan berharap melalui Majlis Ilmu 2014 ini sama ada melalui perbincangan dalam seminar, ceramah dan simposium mahupun kesan persembahan Pameran Majlis Ilmu 2014 akan memberi faedah yang banyak kepada kita.

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.