Pelita Brunei - Rabu 2 Mac 2016

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

''CABARAN yang sangat berpotensi untuk membawa kepada perubahan. Kerana itu janganlan takut kepada cabaran. Cuma, cabaran itu mestilah dihadapi dengan bijaksana. Kebijaksanaanlah yang menentukan corak perubahan kepada yang lebih baik.'' - Titah Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-32, Tahun 2016 pada 13 Jamadilawal 1437 Hijrah / 22 Februari 2016 Masihi.

''DARI Othman bin Affan katanya : Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Barang siapa yang berwuduk, kemudian dia menyempurnakan wuduknya, maka keluarlah dosa-dosa dari jasadnya hingga dari kuku-kukunya.'' - (Riwayat Al-Imam Muslim).

TAHUN 61 / BILANGAN 27

2 2FEBRUARI MAC 20162016 / 1437 /

22

JABATAN PENERANGAN

EDISI RABU / PERCUMA

Berusaha kurangkan kadar kemasukan semula residivis Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Hernie Suliana Haji Othman

MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong memeriksa perbarisan pada Upacara Perbarisan sempena Memperingati Penubuhan Jabatan Penjara Ke-62.

Pencapaian Peperiksaan SSSRU 1436-1437 / 2015 meningkat Siaran Akhbar : Kementerian Hal Ehwal Ugama BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 29 Februari.- Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), selaku Urus Setia Lembaga Peperiksaan Pelajaran Ugama Brunei telah mengeluarkan keputusan Peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama (SSSRU) Darjah VI bagi tahun 1436-1437 / 2015. Daripada seramai 5,225 orang calon yang menduduki Peperiksaan SSSRU 1436-1437 / 2015, seramai 4,862 orang calon telah lulus dengan peratus pencapaian sebanyak 93.05% iaitu meningkat berbanding pencapaian calon tahun 2014. Daripada jumlah tersebut, seramai 3,393 (64.94%) calon memperoleh Pangkat Satu, 843 (16.13%) calon memperolehi Pangkat Dua dan 626 (11.98%) calon memperolehi Pangkat Tiga. Sementara itu, 58 daripada 144 buah sekolah / pusat peperiksaan yang mendaftar bagi peperiksaan ini iaitu 40.28% telah berjaya memperolehi pencapaian 100% lulus iaitu peningkatan sebanyak 5.97% berbanding tahun 2014. Calon-calon yang telah menduduki peperiksaan tersebut bolehlah mendapatkan slip penyataan keputusan mereka di sekolah ugama masing-masing pada hari Selasa, 21 Jamadilawal 1437 Hijrah bersamaan 1 Mac 2016 Masihi.

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn

TUTONG, Selasa, 1 Mac. - Jabatan Penjara merupakan tonggak dan pasak yang akan menentukan masa depan bekas banduan / penghuni di penjara agar dapat kembali ke pangkuan masyarakat sebagai warganegara berguna dan dapat pula menikmati kesejahteraan dan kemakmuran secara berterusan, iaitu selaras dengan hasrat dan matlamat Jabatan Penjara. Demikian dijelaskan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong semasa berucap selaku tetamu kehormat pada Upacara Perbarisan sempena Memperingati Penubuhan Jabatan Penjara Ke-62, 2016 yang berlangsung di Padang Kawad, Pusat Latihan, Jabatan Penjara, di sini. Terdahulu Yang Berhormat menjelaskan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) juga berusaha untuk mengurangkan kadar kemasukan semula bekas banduan (residivis) ke penjara mengikut sasaran KPI yang ditetapkan. Walaupun dengan trend kadar jenayah yang meningkat tambahnya, namun dengan berkat perancangan, kesungguhan, perpaduan dan kewibawaan setiap anggota penjara, nescaya kadar jenayah, khususnya indeks kemasukan banduan berulang kali akan dapat dikurangkan ke tahap paras yang dihasratkan melalui program-program yang terancang dan tersusun. Yang Berhormat menjelaskan, dalam meningkatkan kualiti program pemulihan ini, Jabatan Penjara tidak kendur-kendur berusaha bagi mengaplikasi program-program pemulihan yang baharu berasaskan kepada 'Evidenced-Based' dan Program Amalan Terbaik. Ke muka 3

BICTA 2016 tawarkan empat anugerah khas Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Hernie Suliana Haji Othman BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 29 Februari. - Anugerah ICT Brunei (BICTA) adalah menjadi platform bagi mengiktiraf pencapaian bakat-bakat ICT dari kalangan individu, pelajar dan pengusaha tempatan. Setiap tahun, anugerah itu mengenal pasti inovasi ICT tempatan yang terbaik serta memberi galakan dan peluang untuk mendapatkan kejayaan seterusnya dalam arena antarabangsa dan pasaran global melalui penyertaan dalam pertandingan ICT di peringkat antarabangsa yang dikenali sebagai Anugerah Asia Pasifik ICT Alliance (APICTA). Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Awang Haji Azhar bin Haji Ahmad yang juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Pandu BICTA

Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217

2016 menjelaskan perkara tersebut semasa menyampaikan ucapan alu-aluannya pada Majlis Pelancaran BICTA 2016 berlangsung di bangunan

Kementerian Perhubungan, di sini. Antara pencapaian negara di APICTA katanya ialah berjaya memenangi dua anugerah pemenang dan 17 anugerah merit termasuk tiga yang diterima di APICTA Sri Lanka pada tahun lalu. Ke muka 3

Muka 4

Muka 5

KHEU - Kementerian Haji Arab Saudi capai persetujuan

SUDUT Penerbitan Oman dedahkan warisan tradisi

Faksimile: 2381004

Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Pelita Brunei - Rabu 2 Mac 2016 by Putera Katak Brunei - Issuu