PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
''ORANG yang bersyukur dan pandai mengenang jasa adalah orang baik, dan malah Allah sangat menyukai mereka. Lagipun apabila kita memperingati detik bersejarah ini, kita bukan mengisinya dengan perkara sia-sia, tetapi dengan perkara-perkara yang disuruh oleh ugama sendiri, seperti berselawat dan berzikir atau mengadakan majlis-majlis ceramah dan kuliah.'' - Titah Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Tahun 1437 Hijrah / 2015 Masihi pada 12 Rabiulawal 1437H bersamaan 23 Disember 2015M.
''DAN sesiapa antara kamu yang murtad daripada agamanya (Islam), lalu dia mati sedang dia dalam keadaan kafir maka sia-sialah amalan mereka yang baik-baik di dunia dan di akhirat, mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Baqarah, ayat 217).
TAHUN 60 / BILANGAN 156
30 DISEMBER FEBRUARI 2015 / 1437
18
JABATAN PENERANGAN
EDISI RABU / PERCUMA
Wang zakat diagihkan bantu golongan memerlukan PENGAGIHAN wang zakat seumpama ini merupakan pengagihan tahunan yang telah dikendalikan oleh MUIB sejak beberapa tahun yang lalu dan akan diagihkan ke dalam buku akaun ketua keluarga masing-masing, manakala sebahagian kecilnya akan diserahkan secara tunai. Oleh : Aimi Sani Foto : Mohamad Azmi Awang Damit BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 29 Disember. - Sebagai usaha berterusan bagi membantu golongan susah dan kurang berkemampuan, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) telah mengagihkan wang zakat sejumlah BND165,600 (Seratus Enam Puluh Lima Ribu dan Enam Ratus Ringgit) kepada seramai 243 orang ketua keluarga dengan tanggungan seramai 414 orang anak yang bersekolah bagi perbelanjaan keperluan persekolahan menjelang awal tahun 2016. Anak-anak daripada golongan fakir dan miskin yang bersekolah akan menerima sebanyak BND400 setiap seorang bagi membolehkan mereka membeli keperluan dan peralatan persekolahan termasuk buku-buku kerja dan teks, pakaian seragam sekolah, beg dan persekolahan lainnya. Pengagihan wang zakat seumpama ini merupakan pengagihan tahunan yang telah dikendalikan oleh MUIB sejak beberapa tahun yang lalu dan akan diagihkan ke dalam buku akaun ketua keluarga masing-masing, manakala sebahagian kecilnya akan diserahkan secara tunai. Ke muka 24
TIMBALAN Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud juga selaku Naib Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) semasa menyampaikan agihan wang zakat kepada seorang penerima.
Penutupan perkhidmatan kaunter JPD Siaran Akhbar Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 29 Disember. - Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Perhubungan memaklumkan kepada orang ramai bahawa semua perkhidmatan kaunter di semua bahagian pembayaran di Ibu Pejabat JPD, Beribi, Jalan Gadong dan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan (VIC) serta di cawangan-cawangan JPD di Kompleks Latihan dan Ujian Memandu Litar JPD Sungai Akar, Cawangan Daerah Brunei dan Muara (Pejabat Lama), Cawangan Daerah Belait, Tutong dan Temburong hanya akan dibuka pada sebelah pagi iaitu pukul 8.00 hingga 11.30 pagi pada hari Khamis, 31 Disember 2015 dan akan ditutup pada sebelah petangnya. Penutupan tersebut adalah disebabkan oleh penutupan akhir tahun kewangan bank bagi tahun 2015. Sementara itu, semua perkhidmatan kaunter berkenaan dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan juga akan ditutup pada hari Jumaat, 1 Januari 2016 sempena Awal Tahun Masihi 2016 dan hari Sabtu, 2 Januari 2016 sebagai ganti sempena Awal Tahun Masihi tersebut. Bagaimanapun, perkhidmatan kaunter dan Pusat Pemeriksaan kenderaan tersebut akan beroperasi seperti biasa pada hari Isnin, 4 Januari 2016.
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn
Pencapaian pelajar Pra-STPUB, STPUB meningkat Siaran Akhbar Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam (JPI) BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 29 Disember. Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) telah mengeluarkan keputusan peperiksaan Pra-Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (Pra-STPUB) dan Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (STPUB) Tahun 1436 Hijrah / 2015 Masihi bagi calon-calon Pra-U 1 dan 2 di Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah (SMALHB) dan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB). Dengan jumlah 160 orang calon yang menduduki peperiksaan Pra-STPUB, seramai 157 orang calon iaitu 98.13 peratus telah memperoleh sekurang-kurangnya satu (1) pangkat Jayyid (Kepujian) dan daripada jumlah tersebut, seramai 86 orang calon (53.75 peratus) telah berjaya memperoleh sekurang-kurangnya pangkat Jayyid (Kepujian) dalam semua mata pelajaran yang diduduki iaitu peningkatan sebanyak 0.72 peratus. Sementara itu, seramai 177 orang calon iaitu 93.16 peratus dari 190 orang calon yang menduduki Peperiksaan STPUB telah lulus peperiksaan berkenaan. Daripada jumlah tersebut, 54 orang calon (28.42 peratus) telah berjaya memperoleh pangkat Mumtaz (Cemerlang)
Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217
Faksimile: 2381004
iaitu meningkat sebanyak 1.88 peratus. Sehubungan dengan itu, calon-calon yang menduduki peperiksaan-peperiksaan tersebut bolehlah mendapatkan slip keputusan mereka di sekolah masing-masing.
Muka 3
JANGAN abaikan ajaran Islam Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn