PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
''KITA tidaklah boleh lalai dan mencuaikan tanggungjawab ini. Di samping kita memperkaya nilai-nilai rohani, kita juga masih banyak tugas untuk bekerja lebih giat lagi ke arah pembangunan fizikal. Dalam soal ini, objektif kita ialah memenuhi keperluan-keperluan rakyat, bukannya untuk kepuasan segelintir orang sahaja.'' - Titah Sempena Menyambut Hari Keputeraan Baginda Ke-44 Tahun.
''TIDAKKAH kamu perhatikan air yang kamu minum? Adakah kamu yang menurunkan dari awan sebagai hujan atau Kami yang menurunkannya? Kalau Kami kehendaki Kami jadikan ia masin maka mengapakah kamu tidak bersyukur?'' - ( Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Waqi'ah, ayat 68 - 70).
3030FEBRUARI MAC 20162016 / 1437 /
TAHUN 61 / BILANGAN 39
21
JABATAN PENERANGAN
EDISI RABU / PERCUMA
DYTM berkenan menerima mengadap Oleh : Aimi Sani Foto : Hamzah Mohidin BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 29 Mac. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Timbalan Sultan berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Arab Saudi yang baru dilantik dan Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura yang baru dilantik ke Negara Brunei Darussalam. Duli Yang Teramat Mulia mula-mula berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Arab Saudi, Tuan Yang Terutama Dato Seri Setia Haji Awang Yusoff bin Haji Awang Ismail. Tuan Yang Terutama pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Pendidikan. TYT Dato Seri Setia Haji Awang Yusoff bin Haji Awang Ismail telah menerima Surat Watikah Pelantikan daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni AI-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 23 Mac 2016. Ke muka 2 DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Timbalan Sultan berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Arab Saudi, Tuan Yang Terutama Dato Seri Setia Haji Awang Yusoff bin Haji Awang Ismail.
Aplikasi iPad Kapal Karam Brunei dilancarkan Berita dan Foto : Mohamad Azmi Awang Damit
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 29 Mac. - Muzium Maritim Brunei Darussalam menempa satu lagi sejarah dengan pelancaran Aplikasi iPad dan Pek Pendidikan Kapal Karam Brunei (The Brunei Shipwreck). Hadir selaku tetamu kehormat dan
seterusnya menyempurnakan pelancaran ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof. Pengurus Am Total E & P Deep
Muka 3
Muka 6
BELIA hari ini pemimpin masa depan
PESERTA Latihan BRUSING Ke-24 diraikan
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn
Offshore Borneo B.V, Tuan Yves Grosjean, selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Kerja Majlis Pelancaran Aplikasi iPad dan Pek Pendidikan Kapal Karam Brunei dalam ucapan alu-aluannya menekankan bahawa pilihan untuk menggunakan aplikasi elektronik iPad bagi pembarigaan Pendidikan Kapal Karam Brunei adalah bertepatan dengan arus zaman teknologi moden dan minat para belia khususnya pelajar-pelajar. Tambahnya, aplikasi berkenaan diharap akan dapat membantu meningkatkan minat para pelajar untuk menerokai bidang maritim yang sememangnya sesuatu bidang baharu di Negara Brunei Darussalam dan seterusnya juga akan meningkatkan lagi jumlah tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi oleh para pelancong serta rakyat di negara ini. Ke muka 3
Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217
PEK Pendidikan Kapal Karam Brunei (The Brunei Shipwreck) yang dilancarkan bagi guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah.
Faksimile: 2381004
Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn