PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
“KECEKAPAN pemimpin dan pengurusan, terutama kecekapan menangani situasi di luar dugaan adalah antara perkara yang sangat perlu diberikan fokus yang cukup. Di bidang tatacara, peraturan dan undang-undang pula, beta adalah ingin melihat supaya pelaksanaannya lebih efisien dan berkesan. Kerana, perkara berkaitan dengan disiplin, pada misalnya adalah perkara pokok untuk perkhidmatan yang berintegriti.” - Titah Sempena Majlis Sempena Hari Perkhidmatan Awam Kali Ke-21, Tahun 1436 Hijrah / 2014 Masihi, 27 November 2014.
“YA ALLAH, kurniakanlah selawat kepada Muhammad, hamba-Mu dan Rasul-Mu, sebagaimana Engkau telah mengurniakan selawat kepada Ibrahim. Dan kurniakanlah barakah kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah mengurniakan barakah kepada Ibrahim dan kepada keluarga Ibrahim.” - (Hadis riwayat Al Bukhari).
TAHUN 59 / BILANGAN 161
3131FEBRUARI DISEMBER2014 2014/ /1436
Kebawah DYMM berkenan utus takziah BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 30 Disember. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan takziah kepada Presiden Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Joko Widodo berikutan dengan insiden nahas kapal terbang Air Asia QZ 8501. Di dalam perutusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia itu, baginda amat bersedih dan terharu mendengar berita mengenai insiden nahas kapal terbang itu dan menyampaikan ucapan takziah dan simpati yang mendalam kepada Tuan Yang Terutama, kerajaan dan rakyat Republik Indonesia, terutama sekali kepada keluarga-keluarga mangsa-mangsa yang terlibat. Baginda berharap semoga keluarga-keluarga mangsa-mangsa nahas tersebut akan terus tabah dan bersabar dalam menghadapi musibah ini dan berdoa semoga Allah Subhanahu Wata’ala akan melimpahkan rahmatNya ke atas roh-roh mangsa.
9
JABATAN PENERANGAN
EDISI RABU / PERCUMA
Tinjau kemajuan tapak projek
MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman semasa meninjau lebih dekat kerja-kerja pemasangan paip bersebelahan dengan Jambatan Sungai Tutong (kanan).
Kem kekal PKBN projek ikon Temburong
Oleh : Abu Bakar Haji Abdul Rahman Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas
Berita dan Foto : Hezlinawati Haji Abdul Karim Muka 5
TEMBURONG, Isnin, 29 Disember. - Projek pembinaan kem kekal Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) merupakan satu projek ikon ataupun di antara projek ikon yang akan dan sedang dilaksanakan di Daerah Temburong. Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah dalam pendekatan bersama media sejurus selepas membuat lawatan ke tapak binaan projek berkenaan di Mukim Batu Apoi. Secara khusus mengenai kem kekal PKBN, jelas Yang Berhormat akan menjadi ikon dari beberapa aspek antaranya bangunan tersebut akan menjadi bangunan mercu tanda kepada Daerah Temburong. Selain itu, ujar Yang Berhormat lagi bangunan kem kekal PKBN itu nanti juga akan memberi tarikan bukan sahaja kepada penduduk di daerah ini malahan juga pelawat-pelawat tempatan mahupun negara jiran yang melalui jalan di daerah ini. “Dan saya juga telah memaklumkan bahawa projek ataupun bangunan kekal PKBN ini akan menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi di Daerah Temburong. Dalam mana bukan saja ia akan merupakan pusat latihan kepada PKBN tetapi melalui jadual hari keluarga PKBN yang diadakan setiap minggu sepanjang tempoh latihan diadakan ia akan membawa lebih daripada seribu ahli keluarga,” jelasnya. Ke muka 24
PENERIMA biasiswa bertekad menyumbangkan bakti
BERAKAS, Selasa, 30 Disember. Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman mengadakan lawatan kerja ke ‘Coastal Pipe Project' dan projek pembinaan ‘Flyover’ di Daerah Brunei dan Muara (DBM) dan Daerah Tutong. Mula-mula Yang Berhormat telah mengadakan lawatan ke
site office di Kampung Terunjing bagi mendengarkan taklimat mengenai perkembangan ‘Coastal Pipe Project’ iaitu bagi membekal dan memasang paip utama baru dari Bukit Barun ke DBM iaitu sepanjang Lebuhraya Tutong - Brunei Muara hingga ke tangki bekalan air utama yang berada di Jalan Penghubung Berakas, Lambak Kanan iaitu kira-kira 60 kilometer. Ke muka 3
Kenaikan pangkat dan pelantikan jawatan
Muka 13
PESERTA Program Muhasabah Diri terima sijil
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 29 Disember. - Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri dengan ini memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan bagi Pengarah Kemajuan di Jabatan Kerja Raya (JKR), Awang Chua Pheng Keong dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Pengarah di JKR, Kementerian Pembangunan mulai 19 Ogos 2014 dan Pengarah Pengangkutan di Kementerian Perhubungan, Dr. Awang Haji Sufry bin Haji Awang Ladi, ditukar dan dilantik sebagai Pengarah Pengangkutan Darat di Jabatan Pengangkutan Darat, Kementerian Perhubungan mulai 1 Disember 2014.
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn