''AL-QURAN adalah cahaya Allah Subhanahu Wata'ala. Turunnya ke alam ini, menjadikan kegelapan bertukar jadi cahaya. Dunia yang sebelumnya gelap-gelita, menjadi terang-benderang kerananya. Inilah keramah dan mukjizat Al-Quran itu.'' - Titah Sempena Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Bagi Tahun 1436 Hijrah / 2015 Masihi.
''INGATLAH hari kiamat pada hari itu Kami memanggil tiap-tiap kumpulan manusia dengan nama imam (Kitab Amal) mereka, maka sesiapa yang diberikan kitab amalnya di tangan kanannya, maka mereka itu akan membaca kitab mereka dengan gembira dan mereka tidak akan dianiaya sedikit pun.'' - Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Israa', ayat 71.
5. 06
TAHUN 63 / BILANGAN 14
5. 16
6. 36
31 JANUARI 2018 / 1439
7. 00
12. 35
14
3. 56
6. 31
7. 43
JABATAN PENERANGAN
EDISI RABU / PERCUMA
Tanai amanah penuh setia dan tanggungjawab Oleh : Nur Amalia Alisha Daud Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 30 Januari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah menekankan amanah mestilah ditanai dengan penuh setia dan sikap bertanggungjawab. ''Tidak siapa pun yang boleh mengabaikan amanah. Kerana amanah itu adalah ia ibarat perjanjian suci kita dengan Allah Subhanahu Wata'ala,'' tegas titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah sedemikian semasa Pengisytiharan Rombakan dan Pelantikan Menteri-Menteri Kabinet dan Timbalan-Timbalan Menteri Yang Baharu yang berlangsung di Istana Nurul Iman. Rombakan dan pelantikan ini berkuat kuasa bermula Selasa, 30 Januari 2018 bagi tempoh selama lima tahun.
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa berkenan mengurniakan titah pada Pengisytiharan Rombakan dan Pelantikan Menteri-Menteri Kabinet dan Timbalan-Timbalan Menteri Yang Baharu, yang berlangsung di Istana Nurul Iman.
Sambutan HKK wadah pengukuhan keluarga Berita dan Foto : Hernie Suliana Haji Othman
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 30 Januari. - Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan (HKK) pada tahun ini akan diraikan pada 6 Mei dengan tema 'Keluargaku Penyayang Negara Gemilang'. Ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran betapa pentingnya kasih sayang di antara ketua dan ahli-ahli keluarga untuk menjana kebahagiaan dan keharmonian keluarga dan
rumah tangga yang sakinah, mawaddah dan warahmah. Sebagai persediaan untuk menyambut HKK Ke-7, Jawatankuasa Tertinggi Sambutan HKK telah mengadakan mesyuarat pertama di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Hadir bagi mempengerusikan mesyuarat ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu
E-mel:: pelita.brunei@information.gov.bn E-mel pelita.brunei@information.gov.bn
Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Halbi bin Haji Mohd. Yussof, selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan HKK. Dalam ucapan mukadimah, Yang Berhormat menekankan bahawa Sambutan HKK merupakan wadah untuk menyatukan usaha secara whole of nation bagi menyampaikan mesej mengenai kepentingan keharmonian dan pengukuhan keluarga untuk mengatasi segala cabaran. Ke muka 7
Hotline:: 2382891 2382891 // 2383400 2383400 Smb. Smb: :217 Hotline 217
Muka 7
Muka 9
PEMERINTAH ABDB terima kunjungan hormat
MA'RAD Al-Kutub UNISSA galakkan budaya ilmu
Faksimile:: 2381004 Faksimile 2381004
Web:: www.pelitabrunei.gov.bn Layari Laman Web www.pelitabrunei.gov.bn