PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
“BETA juga mengalu-alukan usaha Jabatan Perkhidmatan Pengurusan yang sedang giat menjalankan pengauditan pengurusan, bukan sahaja bagi mengetahui kekuatan dan kelemahan pengurusan dalam Perkhidmatan Awam tetapi juga untuk memberikan taraf bintang kepada pengurusan yang memenuhi kriteria-kriteria pengiktirafan.” - Titah Sempena Majlis Sempena Hari Perkhidmatan Awam Kali Ke-21, Tahun 1436 Hijrah / 2014 Masihi, pada 4 Safar 1436H bersamaan dengan 27 November 2014M.
TAHUN 59 / BILANGAN 149
“YA Tuhan kami! Ampunilah aku dan kedua ibu bapaku serta orang-orang yang beriman pada hari berlakunya hisab di hari kiamat.” - (Surah Ibrahim ayat 41).
3 3FEBRUARI DISEMBER2014 2014/ / 1436
10
JABATAN PENERANGAN
EDISI RABU / PERCUMA
Kebawah DYMM berkenan terima mengadap secara berasingan
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Menteri Kesihatan Malaysia, Yang Berhormat Datuk Seri D. S. Subramaniam (kiri), manakala gambar kanan, baginda berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Amerika Syarikat ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Daniel L. Shields III.
Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Hamzah Mohiddin BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 2 Disember. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap secara berasingan Menteri
Kesihatan Malaysia dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Amerika Syarikat ke Negara Brunei Darussalam yang akan menamatkan perkhidmatan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia mula-mula berkenan menerima mengadap Menteri Kesihatan Malaysia, Yang Berhormat Datuk Seri D. S. Subramaniam dan rombongan.
Yang Berhormat dan rombongan berada di negara ini dalam rangka lawatan selama dua hari bagi menghadiri Mesyuarat Dua Hala Ke-7 di antara Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Turut hadir di Majlis Mengadap tersebut ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof. Juga hadir ialah Ketua Setiausaha,
Kementerian Kesihatan Malaysia, Yang Berbahagia Datuk Farida binti Md Ali; Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Kementerian Kesihatan Malaysia, Yang Berbahagia Datuk Doktor Lokman Hakim bin Sulaiman; Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Cik Haznah binti Md Hashim. Sejurus selepas itu, Kebawah DYMM berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Amerika Syarikat ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang
Terutama Daniel L. Shields III yang akan menamatkan perkhidmatan. Tuan Yang Terutama telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikannya ke hadapan majlis Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 5 April 2011. Mengiringi TYT Daniel L. Shields di Majlis Mengadap tersebut ialah Timbalan Ketua Misi di Kedutaan Amerika Syarikat di Negara Brunei Darussalam, Tuan Mark Dieker. Majlis Mengadap berlangsung di Istana Nurul Iman.
Brunei – Malaysia kukuhkan kerjasama bidang kesihatan Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali JERUDONG, Selasa, 2 Disember. Persetujuan untuk menubuhkan satu lagi bidang kerjasama yang baru mengenai penguatkuasaan kesihatan ke arah mengenal pasti kepentingan rangka kerja kawal selia kesihatan yang berkesan dan pelaksanaan berterusan untuk melindungi kesihatan awam dan keselamatan adalah antara hasil yang dicapai dalam Mesyuarat Dua Hala Menteri-Menteri Kesihatan Negara Brunei Darussalam dan Malaysia Ke-7. Melalui mesyuarat tersebut, kedua-dua Menteri Kesihatan mengakui untuk mengukuhkan lagi aktiviti-aktiviti yang dikenal pasti dalam bidang-bidang kerjasama
khususnya dalam Pencegahan dan Kawalan Penyakit-Penyakit Berjangkit seperti Denggi dan ‘Tuberculosis’ yang menjadi kebimbangan bersama akibat kesan dan beban yang meningkat kepada masyarakat. Perkara tersebut merupakan hasil Mesyuarat Dua Hala yang terkandung di dalam Kenyataan Bersama yang disampaikan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof dan Menteri Kesihatan Malaysia, Yang Berhormat Datuk Seri Dr. S. Subramaniam pada Sidang Akhbar yang diadakan selepas berakhirnya mesyuarat berkenaan di Dewan Indera Kayangan, The Empire Hotel and Country Club, di sini. Menurut Yang Berhormat, mereka sangat berpuas hati dengan hasil mesyuarat berkenaan dan memuji usaha-usaha yang telah dilakukan
oleh pegawai-pegawai kanan dan Jawatankuasa Kumpulan Kerja Teknikal dalam pelaksanaan Pelan Kerja Bersama mengenai Kerjasama Kesihatan antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia serta menggariskan kepentingan dalam meneruskan kerjasama dalam Pertukaran Maklumat, Pembangunan Kapasiti, Penyelidikan dan Operasi Bersama. Ini tambah Yang Berhormat, meliputi Surveilans dan Kawalan Penyakit-Penyakit Berjangkit; Kawalan Kualiti dan Keselamatan Makanan; Kawalan Ubat-Ubatan dan Kosmetik; Pencegahan dan Kawalan Penyakit-Penyakit Tidak Berjangkit; Perkembangan Tenaga Manusia; Pemindahan Pesakit Melalui Sempadan; Perubatan Tradisional dan Komplimentari; Pelancongan Kesihatan dan Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Kejayaan Pelan Kerja Bersama mengenai Pemindahan Pesakit Melalui
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
Sempadan jelasnya, telah menghasilkan kepada penubuhan prosedur-prosedur dan garis panduan yang selaras termasuk rangkaian kerjasama yang baik dalam kalangan pegawai kesihatan, imigresen dan kastam kedua-dua buah negara bagi memastikan kemudahan pemindahan pesakit yang berkesan secara berterusan. Selain itu, para menteri turut mengukuhkan komitmen mereka bagi membanteras Penyakit-Penyakit Tidak Berjangkit (NCDs) dan dalam menangani faktor-faktor risiko yang berkaitan melalui aktiviti-aktiviti yang dikenal pasti akan dapat menggalakkan program-program promosi kesihatan kemasyarakatan yang melibatkan perkongsian dan penyertaan kumpulan-kumpulan masyarakat termasuk campur tangan dan pengurusan yang kos efektif mengenai NCDs. Mereka turut menyedari bahawa kesihatan dan kesejahteraan bukan
Muka 8 PERASMIAN Taman Tema Pendidikan 2014
hanya merangkumi kesihatan fizikal tetapi juga kesihatan mental, dan untuk itu bersetuju dengan kemasukan kesihatan mental dalam bidang kerjasama mengenai Pencegahan dan Kawalan NCDs. Ke muka 24
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn