Pelita Brunei - Rabu 3 JANUARI 2018

Page 1

''GENERASI belia adalah merupakan sumber tenaga besar negara-negara ASEAN. Dengan bilangan mereka berjumlah 211 juta, menjadikan mereka berupaya untuk menggerakkan pembangunan dalam negara masing-masing. Kejayaan menggembeling tenaga belia akan menambahkan lagi kekuatan dan ketahanan negara.'' - Titah Sempena Majlis Musabaqah Tilawah Al-Quran Belia Asia Tenggara Kali Ke-8, Tahun 1439 / 2017.

''DAN Dia telah mengurniakan kepada kamu segala apa yang kamu pohonkan kepada-Nya, dan jika kamu menghitung nikmat Allah tentulah kamu tidak terkira banyaknya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat kufur.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Ibrahim, ayat 34).

4.56

TAHUN 63 / BILANGAN 2

5.06

3 JANUARI 2018 /

6.29

1439

6.53

12.26

16

3.47

6.20

7.34

JABATAN PENERANGAN

EDISI RABU / PERCUMA

Jumlah ketibaan pelancong 2017 meningkat Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Azmah Haji Ahad, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 2 Januari. - Tahun 2017 menjadi tahun yang menakjubkan bagi sektor pelancongan Negara Brunei Darussalam, yang mana mengikut data Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), pada penghujung 2017, jumlah kedatangan pelancong ke negara ini meningkat sebanyak 10 peratus berbanding dengan peningkatan 0.3 peratus pada 2016. Perkara tersebut dinyatakan oleh Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong semasa berucap pada Majlis Malam Penghargaan sempena Festival Disember Brunei 2017 pada 31 Disember lalu. Statistik yang diperolehi dari Jabatan Kemajuan Pelancongan merekodkan, Negara Brunei Darussalam mencatatkan seramai 154,980 jumlah ketibaan pelancong antarabangsa melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB) dari Januari hingga Julai 2017 di mana bulan Januari merekodkan jumlah tertinggi, iaitu seramai 25,625 diikuti seramai 23,934 pada bulan April dan 22,670 pada Mei tahun yang sama. Sementara itu, Malaysia merupakan negara teratas yang merekodkan jumlah ketibaan pelancong yang tertinggi ke negara ini dari Januari hingga Julai 2017, iaitu seramai 35,364 pelancong, diikuti Republik Rakyat China yang mencatatkan 27,857, Republik Indonesia seramai 14,858, Republik Filipina seramai 14,731 dan Republik Singapura seramai 8,519 pelancong. Ke muka 9

Gangguan bekalan air di kawasan RPN Mengkubau Siaran Akhbar : Jabatan Kerja Raya

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 1 Januari. - Jabatan Kerja Raya ingin memaklumkan bahawa gangguan bekalan air yang sedang melanda para penduduk yang tinggal di kawasan Rancangan Perumahan Negara (RPN) Mengkubau adalah disebabkan oleh kerja pembaikan paip kecemasan berhampiran Loji Rawatan Air Mengkubau. Paip pembekalan air rosak disebabkan oleh kegagalan cerun di kawasan tersebut sejak awal pagi lagi. Paip yang terjejas adalah satu-satunya saluran pengedaran yang membekalkan air kepada semua zon di dalam kawasan

RPN Mengkubau. Atas kesulitan tersebut, pihak jabatan ingin memohon maaf atas insiden yang tidak diduga dan mengucapkan terima kasih terutama kepada para penduduk yang menetap di kawasan yang terjejas atas pemahaman dan kesabaran mereka. Jabatan Kerja Raya juga ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja pembaikan masih berterusan dan kerjasama daripada penduduk yang tinggal di kawasan yang terjejas untuk segera melaporkan kepada talian Darussalam 123 untuk sebarang masalah yang berkaitan dengan air.

E-mel:: pelita.brunei@information.gov.bn E-mel pelita.brunei@information.gov.bn

PESURUHJAYA Polis, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam (tengah) semasa hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Bacaan Yaa Siin, Tahlil dan Doa Kesyukuran Bersempena Sambutan Hari Polis Ke-97 Tahun 2018 yang diadakan di Surau Polis Ibu Pejabat Polis Gadong.

Pasukan PDB kini berusia 97 tahun Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Masri Osman

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 2 Januari. - Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) telah mengadakan Majlis Bacaan Yaa Siin, Tahlil dan Doa Kesyukuran Bersempena Sambutan Hari Polis Ke-97 Tahun 2018 yang diadakan di Surau Polis Ibu Pejabat Polis Gadong, di sini. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam.

Muka 3

Ke muka 9

MRSB sambut kedatangan 2018 dengan Zikrullah

Hotline:: 2382891 2382891 // 2383400 2383400 Smb. Smb: :217 Hotline 217

Faksimile:: 2381004 Faksimile 2381004

Muka 5

KEPERLUAN sekolah anak-anak diutamakan

Web:: www.pelitabrunei.gov.bn Layari Laman Web www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Pelita Brunei - Rabu 3 JANUARI 2018 by Putera Katak Brunei - Issuu