PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
''URUS tadbir perlu dinamik untuk membawa kita kepada perubahan-perubahan yang baik. Jika tidak, maka urus tadbir seperti itu adalah lemah dan tidak mampu untuk menyampaikan kepada sasaran yang dihajati.'' - Titah sempena Hari Perkhidmatan Awam Kali Ke-21, Tahun 1436 Hijrah / 2014 Masihi, pada 4 Safar 1436H bersamaan dengan 27 November 2014M
''WAHAI orang-orang yang beriman! bersabarlah kamu menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan, kuatkanlah kesabaran kamu dalam menghadapi orangorang kafir dan bersiap sedialah dengan kekuatan pertahanan di sempadan negari kamu serta bertaqwalah kepada Allah, supaya kamu berjaya mencapai kemenangan''. - Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Ali-Imran ayat 200.
TAHUN 60 / BILANGAN 66
3 FEBRUARI 3 JUN 2015 2015 / 1436 /
JABATAN PENERANGAN
16
EDISI RABU / PERCUMA
Berkenan menerima mengadap Rombongan Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan Oleh : Haniza Abdul Latif Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 2 Jun. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Rombongan Kerajaan dari Negeri Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Majlis Mengadap berlangsung di Istana Nurul Iman, di sini. Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima mengadap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan, Yang Berhormat Dato' Dr. Ahmad Yunus bin Hairi dan Ketua Hakim Syar'ie, Negeri Selangor, Yang Amat Arif Tuan Dr. Mohd. Na'im bin Mokhtar yang dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Negara Brunei Darussalam. Hadir di majlis mengadap ialah Pembantu EXCO, Pejabat EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Yang Berhormat Tuan Razaly bin Hassan dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Yang Berbahagia Dato' Haji Haris bin Kasim. Turut hadir di majlis tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman; Mufti Kerjaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned; Pemangku Ketua Hakim Syar'ie, Yang Arif / Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Awang Haji Salim bin Haji Besar; Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Haji Muhammad Juanda bin Haji Abd. Rashid dan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof.
AMBD keluarkan notis baru kawal hutang BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 29 Mei. - Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) telah mengeluarkan beberapa Notis Requlatori yang baru. Notis-notis ini dikeluarkan dengan tujuan untuk mengawal hutang isi rumah yang boleh menjadi sumber kelemahan kepada sosial ekonomi negara dengan menggalakkan institusi-institusi kewangan untuk memberi pembiayaan yang lebih bertanggungjawab dan beretika; mempromosikan dan meningkatkan kebolehan pengurusan hutang (financial debt management) dalam kalangan orang ramai bagi kepentingan ekonomi dan kewangan; dan menjaga kepentingan orang ramai sebagai pelanggan. Bagi bank-bank, syarikat-syarikat kewangan dan Perbadanan Tabung Amanah Islam Brueni (TAIB), notis-notis ini termasuk pengenalan mekanisme keseluruhan nisbah khidmat hutang atau 'Total Debt Service Ratio' (TDSR) kepada pelanggan-pelanggan yang ingin mengambil kemudahan pembiayaan. TDSR ini akan menghadkan jumlah pembayaran balik hutang bulanan peminjan bagi memastikan ianya mempunyai baki gaji atau pendapatan yang mencukupi untuk dirinya dan keluarga bagi keperluan pembelanjaan seharian. Ianya juga akan menggalakkan individu itu untuk menguruskan hutang mereka dengan lebih cekap. TDSR yang ditetapkan oleh AMBD adalah 60 peratus bagi pelanggan yang mempunyai gaji bersih minima sebanyak BND1,750. Bagi pelanggan yang mempunyai gaji kurang daipada BND1,750, TDSR akan tertakluk kepada dasar dalaman institusi kewangan masing-masing. Walau bagaimanapun institusi-institusi kewangan adalah dikehendaki untuk memastikan pembiayaan yang diberikan tidak membebankan pelanggan. Ke muka 24
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Rombongan Kerajaan dari Negeri Selangor Darul Ehsan, Malaysia yang terdiri dari Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan, Yang Berhormat Dato' Dr. Ahmad Yunus bin Hairi dan Ketua Hakim Syar'ie, Negeri Selangor, Yang Amat Arif Tuan Dr. Mohd. Na'im bin Mokhtar yang dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Negara Brunei Darussalam.
Pengagihan buah kurma : Beri perhatian orang susah, kurang berkemampuan Oleh : Aimi Sani TUNGKU, Selasa, 2 Jun. Pengurniaan buah kurma peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam amat sinonim apabila sahaja tiba bulan Ramadan. Justeru itu, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, selaku Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) bersabda mengingatkan pihak-pihak yang diamanahkan supaya membuat pengagihan tersebut untuk melaksanakannya dengan sempurna
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
dan teratur ke arah memastikan hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia untuk melihat setiap umat Islam di negara ini berbuka puasa dengan kurma kurnia peribadi baginda itu dapat ditunaikan dengan sebaikbaiknya. Semasa bersabda pada Majlis Pelancaran Pengagihan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena bulan Ramadan 1436 Hijrah / 2015 Masihi, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik menyeru supaya perhatian yang khusus juga diberikan oleh pihak-pihak tertentu dalam pengagihan buah-buah kurma tersebut kepada golongan orang-orang susah dan kurang berkemampuan, termasuklah juga dalam kalangan orang-orang tua. Ke muka 24
Muka 4
Muka 5
JADIKAN peristiwa Isra' Mi'raj sebagai panduan
UNISSA jalin kerjasama dengan UIM
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn