Pelita Brunei Rabu 3 Ogos 2016

Page 1

''KAUM belia juga adalah ejen kepada perubahan. Namun dalam perkara perubahan ini, semua kita, lebih-lebih lagi kaum belia adalah dikehendaki supaya lebih bijak dan berhati-hati dalam menilai dan memilih perubahan itu. Kerana bukanlah semua perubahan itu baik, malah ada yang memerlukan kita supaya mengelaknya, iaitu jika perubahan itu membawa impak tidak baik atau tidak selaras dengan aspirasi bangsa.'' - Titah Sempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-9 Tahun 2014.

''DARI Abu Bakar Radhiallahuanhu, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan, kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik daripada kesihatan yang diberikan kepada seseorang selepas iman.'' - (Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah).

4.45

TAHUN 61 / BILANGAN 93

4.55

6.17

3 OGOS 2016 / 1437

6.40

29

12.28

3.48

6.36

7.49

JABATAN PENERANGAN

EDISI RABU / PERCUMA

Pegawai-Pegawai Bersara ABDB zahirkan rasa kesyukuran Oleh : Nooratini Haji Abas, Saerah Haji Abdul Ghani BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 1 Ogos. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berkenan berangkat ke Majlis Bersama Pegawai-Pegawai Bersara ABDB sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda Ke-70 Tahun. Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Dewan Berkshire Diraja, Kelab Polo Jerudong, di sini, dijunjung oleh Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Baa'sith bin Pengiran Datu Penghulu Pengiran Haji Apong; Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Mohammad bin Haji Daud dan Yang Dimuliakan Pehin Datu Harimau Padang Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Husin bin Ahmad, selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Majlis. Ke muka 3 KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berkenan bergambar bersama Pegawai-Pegawai Bersara ABDB ketika berangkat ke Majlis Bersama PegawaiPegawai Bersara ABDB sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda Ke-70 Tahun. - Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah (Lihat muka 3 dan 4).

Negara catat sejarah sertai Olimpik Rio Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Hernie Suliana Haji Othman BERAKAS, Isnin, 1 Ogos. Penyertaan Negara Brunei Darussalam ke Sukan Olimpik XXXI di Rio de Janeiro, Brazil mencatatkan sejarah baharu di mana buat pertama kalinya, negara akan diwakili oleh seorang atlet lelaki dalam acara badminton. Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam bersabda, atlet badminton kebangsaan negara telah pun menerima jemputan di bawah

'Tripartite Commission Invitation Places', iaitu kuota yang diberikan oleh Persekutuan Badminton Dunia (Badminton World Federation) melalui Jawatankuasa Antarabangsa Olimpik (Olympic International Committee IOC) yang mana pemilihannya berpandukan pada ranking point pemain bagi zon Benua Asia. Sabda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara tersebut disampaikan pada Majlis Penyerahan Bendera kepada Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan Olimpik Ke XXXI, Rio, Brazil oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn

Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof. Duli Yang Teramat Mulia turut mengingatkan ketiga-tiga atlet bahawa, walaupun penyertaan mereka dibiayai sepenuhnya oleh IOC, namun ia bukanlah suatu perkara yang diambil ringan. "Malah ia suatu tanggungjawab yang sangat berat kerana abiskita bukan sahaja menumpukan sepenuh perhatian ke atas persaingan dalam acara sukan masing-masing, malah bertanggungjawab menjaga nama baik Negara Brunei Darussalam," tegas DYTM. DYTM mengingatkan para atlet supaya akan sentiasa menjaga disiplin masing-masing dan menjauhi bahan-bahan terlarang serta mematuhi akta dan peraturan anti-doping yang dikuatkuasakan oleh Agensi Anti

Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217

Dadah Dunia (World Anti-Doping Agency - WADA). Di samping itu, DYTM juga menyarankan supaya atlet-atlet

tersebut sentiasa berwaspada dan menjaga keselamatan serta kesihatan masing-masing. Ke muka 6

Muka 5

Muka 6

DPMM berhari raya bersama warga AMBD

TIGA atlet negara sertai Sukan Olimpik di Brazil

Faksimile: 2381004

Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.