Pelita Brunei - Rabu 4 OKT 2017

Page 1

'PARA guru adalah bertanggungjawab langsung terhadap pembentukan akhlak pelajar. Peranan mereka bukan setakat memperkaya sumber ilmu, tetapi juga untuk menjadi ikutan atau tauladan kepada anak didik. Iaitu guru. Kerana itu, guru tidaklah boleh berlepas tangan mengenai akhlak. Kerana akhlak itu sendiri adalah pakaian guru.'' - Titah Sempena Majlis Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam Ke-27 pada 5 Muharam 1439 Hijrah / 26 September 2017 Masihi.

''DAN ingatlah ketika Tuhan kamu memberitahu dengan sejelas-jelasnya demi sesungguhnya jika kamu bersyukur terhadap segala nikmat tentu Aku akan menambah nikmat itu kepada kamu dan demi sesungguhnya jika kamu kufur terhadap nikmat itu, maka sesungguhnya azab Ku sangat keras.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Ibrahim, ayat 7).

4.40

TAHUN 62 / BILANGAN 119

4.50

6.07

6.29

4 OKTOBER 2017 / 1439

12.10

13

3.23

6.11

7.20

JABATAN PENERANGAN

EDISI RABU / PERCUMA

Kebawah DYMM berkenan utus tahniah

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Korea, Tuan Yang Terutama Moon Jae-in, kerajaan dan rakyat Republik Korea bersempena dengan National Foundation Day. Kebawah DYMM juga berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Persekutuan Jerman, Tuan Yang Terutama Frank-Walter Steinmeier dan kepada Chancellor Republik Persekutuan Jerman, Puan Yang Terutama Angela Merkel, kerajaan serta rakyat Republik Persekutuan Jerman sempena dengan Day of German Unity.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 3 Oktober. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Korea, Tuan Yang Terutama Moon Jae-in, kerajaan dan

rakyat Republik Korea National Foundation Day.

bersempena

dengan

Di dalam titah perutusan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menzahirkan bahawa Negara Brunei Darussalam menganggap hubungannya dengan Republik Korea adalah sangat penting dan berharap dapat memperkukuhkan lagi hubungan dua hala dan bernilai yang telah sekian lama dinikmati oleh kedua-dua buah negara. Ke muka 5

Istiadat Perarakan Mengelilingi BSB Kegemilangan Kesultanan Brunei jadi tumpuan dunia Oleh: Pg. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor

Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta

1 Hari Lagi

Berkenan hantar titah perutusan takziah BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 3 Oktober. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan takziah kepada Presiden Amerika Syarikat, Tuan Yang Terutama Donald J. Trump berikutan dengan insiden tembakan yang berlaku di Las Vegas baru-baru ini. Dalam titah perutusan tersebut, Kebawah DYMM dan bagi pihak kerajaan dan rakyat Negara Brunei Darussalam menyampaikan ucapan takziah dan simpati yang amat mendalam, pada ketika yang menyedihkan dan berkabung ini kepada TYT Donald J. Trump dan kerajaan serta rakyat Amerika Syarikat, terutama sekali kepada keluarga dan rakan mangsa yang terlibat dalam kejadian ini. Baginda seterusnya menekankan bahawa Negara Brunei Darussalam berdiri teguh bersama-sama dengan negara-negara lain mengutuk kuat serangan tersebut dan seterusnya bersama dengan rakyat Amerika Syarikat dalam menentang kekejaman berkenaan.

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 4 Oktober. - Istiadat Perarakan Mengelilingi Bandar Seri Begawan merupakan acara kemuncak Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta yang akan berlangsung esok, 5 Oktober, sememangnya dinanti-nantikan oleh seluruh lapisan rakyat dan penduduk negara ini khasnya. Ke muka 5

E-mel E-mel:: pelita.brunei@information.gov.bn pelita.brunei@information.gov.bn

Hotline : 2382891 / 2383400 Smb. : 217

Faksimile : 2381004

Layari Laman Web : www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Pelita Brunei - Rabu 4 OKT 2017 by Putera Katak Brunei - Issuu