PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
“NAMUN kita orang Islam, masih perlu berhati-hati dalam perkara mengikut arus zaman dan usaha membangun bangsa. Sains dan teknologi tidak ada salahnya, malah Islam juga dalam sejarah ketamadunan manusia adalah menyumbang kepada kemajuan sains dan teknologi itu. Berapa banyak petunjuk-petunjuk saintifik dalam Al-Qur’an telah diguna pakai, tetapi ini, tidak pernah di'highlight' oleh sesiapa pun.” - Titah Sempena Perasmian Majlis Ilmu 2014 Sempena Hari Keputeraan Baginda Ke-68 Tahun, pada 4 Muharam 1436H bersamaan 28 Oktober 2014M.
“DARI Abu Malik Al-Ash’ari katanya: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Kebersihan itu sebahagian daripada iman.” - (Riwayat Al Imam Muslim).
TAHUN 59 / BILANGAN 137
55 FEBRUARI NOVEMBER 2014 2014 / / 1436
12
JABATAN PENERANGAN
EDISI RABU / PERCUMA
Perdagangan, pelaburan Brunei - Malaysia memuaskan Laporan : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Azmah Haji Ahad dari Kuala Lumpur, Malaysia PUTRAJAYA, MALAYSIA, Isnin, 3 November. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato Laila Utama Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak berpuas hati dengan peningkatan perdagangan dua hala dan juga aliran pelaburan antara kedua-dua negara. Perkara itu terkandung dalam Kenyataan Bersama setelah Rundingan Tahunan Ke-18 di antara Ketua-Ketua Kerajaan Negara Brunei Darussalam dan Malaysia, di Putrajaya, Malaysia, di sini. Kenyataan Bersama itu menjelaskan, kedua-dua pemimpin memberi sokongan kepada swasta kedua-dua negara untuk terus bekerjasama dalam mempercepatkan kerjasama pelaburan dan perdagangan dua hala untuk memperdalam integrasi ekonomi rantau ini ke arah merealisasikan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) pada 2015. Kedua-dua pemimpin juga menyambut baik pelaksanaan semasa Memorandum Persefahaman antara Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Malaysia mengenai Kerjasama dalam Pembangunan Sektor Koperasi yang ditandatangani pada 8 Disember 2013 yang akan memudahkan usaha bersama ke arah meningkatkan persekitaran perniagaan masing-masing, meningkatkan kapasiti usahawan dan menggalakkan pendedahan kepada pasaran serantau. Ke muka 3
Hak kaum wanita terus dilindungi GENEVA, SWITZERLAND, Rabu, 29 Oktober. - Usaha Negara Brunei Darussalam ke arah mempromosi dan melindungi hak wanita telah diteliti oleh Komiti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Bagi Penghapusan Diskriminasi Terhadap Wanita (United Nations Committee on the Elimination of Discrimination Against Women - CEDAW) semasa Persidangan Sesi Ke-59 Komiti berkenaan di Geneva, Switzerland. Sesi rebiu ini dijalankan berikutan penelitian UN CEDAW terhadap laporan 'Combined Initial and Second Report' Negara Brunei Darussalam yang telah dihadapkan pada bulan April 2013 lalu. Negara Brunei Darussalam telah menandatangani Konvensyen CEDAW pada 24 Mei 2006, berkuat kuasa pada tahun 1982 yang merupakan instrumen piawaian penting PBB bagi kaum wanita sejagat yang mana 180 negara menjadi ahli kepada CEDAW. Ke muka 9
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengadakan Perjumpaan Empat Mata bersama Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato Laila Utama Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak. - Foto : Azmah Haji Ahad. (Lagi berita dan gambar-gambar keberangkatan dimuatkan ke muka 3, 12, 13 dan 24).
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
Muka 4 & 5
Muka 6
SAINTIS Islam Mithali pemangkin pembangunan
DYTM berkenan menerima mengadap
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn