Pelita Brunei - Rabu 5 Ogos 2015

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

''ILMU ugama dan Al-Qur'an yang dimiliki dengan ala kadar, tidak akan membantu untuk melahirkan generasi yang hebat, kerana yang hebat itu ialah ugama dan Al-Qur'an jua. Sebab itu beta sering menekankan supaya ugama dan Al-Qur'an dipelajari dengan bersunggu-sungguh. Tentukanlah dasar dan matlamat yang hendak dituju, bukan membuat dasar yang melemahkan ugama.'' - Titah Sempena Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Negara Bagi Tahun 1436 Hijrah / 2015 Masihi.

''WAHAI orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian daripada (hartakamu) yang baik-baik (hasil daripada) apa yang kamu usahakan dan sebahagian daripada apa yang Kami telah keluarkan untukkamu.'' - Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Baqarah ayat 267.

TAHUN 60 / BILANGAN 93

5 5FEBRUARI OGOS 2015 2015 / 1436 /

19

JABATAN PENERANGAN

EDISI RABU / PERCUMA

Kebawah DYMM berkenan menerima mengadap Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Hernie Suliana Haji Othman BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 3 Ogos. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Setiausaha Komiti Wilayah Hainan, Parti Komunis China dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Hainan, Tuan Yang Terutama Luo Baoming, di Istana Nurul Iman. Mengiringi Tuan Yang Terutama Luo Baoming ialah Setiausaha Agung Pejabat Hal Ehwal Asing dan Luar Negeri China, Wilayah Hainan, Wang Sheng; Setiausaha Agung Jabatan Perhutanan Wilayah Hainan, Guan Jinping; Pengerusi Pentadbiran Zon Pembangunan Ekonomi Yangpu, Wilayah Hainan, Zhang Lei; Setiausaha Jawatankuasa Perbandaran Danzhou CPC dan Timbalan Setiausaha Zon Pembangunan Ekonomi Yangpu, Komiti Hainan di CPC, Yan Chaojun; Setiausaha Komiti Daerah Ledong, CPC, Lin Beichuan dan Pengerusi Zhejiang Hengyi Sendirian Berhad, Qiu Jianlin. Turut hadir pada Majlis Mengadap tersebut ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China di Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Yang Jian. Juga hadir pada Majlis Mengadap ialah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Setiausaha Komiti Wilayah Hainan, Parti Komunis China dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Hainan, Tuan Yang Terutama Luo Baoming.

ASEAN komited lindungi hak asasi manusia Laporan : Mohammad Rainie Haji Durani Foto : Hamzah Mohidin dari Kuala Lumpur, Malaysia KUALA LUMPUR, Isnin, 3 Ogos. - Menteri-Menteri Luar ASEAN mengulangi komitmen tegas dalam menggalakkan dan perlindungan hak asasi manusia serta kebebasan asasi terhadap masyarakat di ASEAN, susulan pembentukan

Komuniti ASEAN menjelang akhir tahun ini. Perkara tersebut ditegaskan oleh Menteri Luar Negeri Malaysia, Yang Berhormat Dato' Paduka Sri Anifah bin Haji Aman semasa mempengerusikan Sesi Bersemuka Menteri-Menteri Luar ASEAN bersama Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR), berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia, di sini. Ke muka 3

Muka 12 dan 13

Perasmian Mesyuarat Menteri Luar ASEAN Ke-48

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

Projek Jambatan DBM - Temburong mengikut jangkaan Berita dan Foto : Hezlinawati Haji Abdul Karim TEMBURONG, Isnin, 3 Ogos. - Projek pembinaan Jambatan Penghubung di antara Daerah Brunei dan Muara dan Daerah Temburong berjalan seperti yang dijangkakan yang mana projek CC2 telah pun ditenderkan dan syarikat terbabit telah membuat persediaan awal untuk memulakan kerja-kerja mereka. Sementara itu kontraktor-kontraktor yang berjaya bagi mengendalikan projek CC3 dan CC4 akan diumumkan sedikit masa lagi. Demikian dijelaskan oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman ketika ditemui oleh media pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015 Yang Berhormat Menteri Pembangunan bersama warga jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pembangunan yang berlangsung di Dewan Kemasyarakatan Mukim Bokok, Rancangan Perumahan Negara Kampung Rataie, Mukim Bokok. Yang Berhormat juga menjelaskan bahawa projek dijangkakan siap hujung tahun 2018 dan kerja-kerja akan bermula sebaik saja kerja-kerja tanah dan kerja-kerja penimbukan selesai dimulakan oleh pihak-pihak berkenaan. Terdahulu, Ketua Cawangan Jabatan Tanah Daerah Temburong, Awang Haji Abdul Majid bin Haji Mohd. Nawi, selaku Pengerusi majlis menjelaskan bahawa selaku pegawai dan kakitangan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, para pegawai dan kakitangan jabatan-jabatan di bawah KementerianPembangunan di daerah ini akan sentiasa komited dalam menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan dan akan berusaha untuk meningkatkan prestasi kerja mereka dari semasa ke semasa. Ke muka 24

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.