''BETA suka mengingatkan, bahawa perbuatan menghina Nabi atau menghina ugama dalam apa pun bentuknya adalah tidak akan ada titik noktahnya selama mana ada matahari dan bulan. Tinggal sahaja, kita amat perlu waspada dan bijaksana menghadapinya. Kita umat Islam tidak usahlah hilang punca, tetapi yang penting, suburkan ilmu ugama di dada dan mintalah kepada Allah supaya Dia menetapkan iman, agar kita tidak terpedaya dengan agenda-agenda jahat oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.'' - Titah Sempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-7 Tahun 2012.
''WAHAI orang-orang yang beriman! Apabila dikatakan kepada kamu : lapangkanlah tempat duduk di majlis-majlis (untuk orang lain), maka lapangkanlah, nescaya Allah memberi kelapangan untuk kamu. Dan apabila dikatakan : berdirilah, hendaklah kau berdiri, nescaya Allah meninggikan orang-orang yang beriman antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama beberapa darjat. Dan Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Mujadilah, ayat 11).
4.43
TAHUN 62 / BILANGAN 146
4.53
6.16
6 DISEMBER 2017 / 1439
6.40
12.12
17
3.34
6.07
7.21
JABATAN PENERANGAN
EDISI RABU / PERCUMA
Majlis Mengangkat Sumpah Menteri Kesihatan baharu Oleh : Rohani Haji Abd Hamid Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Mohd. Sahrizal Haji Said
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 4 Disember. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Mengangkat Sumpah bagi Menteri Kesihatan yang baharu. Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM). Majlis dimulakan dengan pembacaan Surat Perintah Lantikan oleh Grand Chamberlain, Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar. Ke muka 3 KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan Surat Perintah Lantikan kepada Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Haji Md. Isham bin Jaafar sebagai Menteri Kesihatan yang baharu pada Majlis Mengangkat Sumpah di Istana Nurul Iman. - Foto : Mohamad Azmi Awang Damit.
Pemandu teksi sapu disaran daftar secara sah Berita dan Foto : Mohamad Azmi Awang Damit
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 5 Disember. - Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Perhubungan mengingatkan orang awam bahawa adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 56 Akta Lalu Lintas (Road Traffic Act) Penggal 68 iaitu menggunakan kenderaan persendirian sebagai pengangkutan awam tanpa mempunyai lesen (permit). ''Melalui 13 operasi dan pemantauan mingguan yang dilakukan oleh penguatkuasaan
JPD, sebanyak 95 buah kenderaan telah dikeluarkan notis kerana dicurigai melakukan aktiviti teksi sapu,'' jelas Pemangku Pengarah Pengangkutan Darat, Pengiran Mohd. Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud semasa Sidang Media yang berlangsung di JPD, di sini. Jelasnya, pemandu teksi sapu yang didapati bersalah akan dikenakan denda sebanyak BND50 bagi kesalahan pertama; BND150 bagi kesalahan kedua; BND300 bagi kesalahan ketiga; BND500 bagi kesalahan keempat; bagi
E-mel:: pelita.brunei@information.gov.bn E-mel pelita.brunei@information.gov.bn
kesalahan kelima akan dihukum penjara enam bulan dan denda BND10,000 di samping dikenakan 9 mata demerit. Tambahnya, JPD juga mengingatkan orang ramai untuk tidak menggunakan khidmat teksi sapu walaupun ditawarkan harga murah, kerana ia boleh mengundang pelbagai perkara yang tidak diingini. Pemandu teksi sapu pula tegasnya, disaran untuk memberhentikan aktiviti yang menyalahi peraturan tersebut dan digalakkan untuk mendaftar menjadi pemandu teksi yang sah. Ke muka 4
Hotline:: 2382891 2382891 // 2383400 2383400 Smb. Smb: :217 Hotline 217
Muka 5
Muka 8
YANG Di-Pertua MMN terima kunjungan perpisahan
HUBUNGAN NBD - UK terus kukuh
Faksimile:: 2381004 Faksimile 2381004
Web:: www.pelitabrunei.gov.bn Layari Laman Web www.pelitabrunei.gov.bn