Pelita Brunei - Rabu 6 Jan 2016

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN ''SESUNGGUHNYA Allah tidak mengampuni dosa orang yang mempersekutukan-Nya dengan sesuatu dan mengampuni dosa, selain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah An Nisaa', ayat 116).

''ISLAM selama-lamanya adalah benar, dan Islam selama-lamanya tidak pernah membuat sebarang kesalahan. Adapun yang bersalah itu ialah orang. Jadi yang dicela bukanlah Islam, tetapi patut dicela ialah siapa yang mencela Islam.'' - Titah sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Tahun 1437 Hijrah / 2015 Masihi.

TAHUN 61 / BILANGAN 3

6 6FEBRUARI JANUARI 2016 / 1437

25

JABATAN PENERANGAN

EDISI RABU / PERCUMA

Mahasiswa ejen perubahan bantu pembangunan negara Tinjau hari pertama persekolahan 2016

MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman melawat ke beberapa buah kelas bagi menyaksikan pembelajaran yang dijalankan pada hari pertama musim persekolahan bagi tahun 2016.

Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Pendidikan

BERAKAS, Isnin, 4 Januari. - Dalam usaha melihat sejauh mana persediaan sekolah-sekolah dalam

menerima kemasukan para pelajar setelah menjalani percutian, Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin

Muka 4

BERUSAHA asas kehidupan, cara makmurkan bumi Allah E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn

Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman dan rombongan membuat lawatan di kedua-dua buah sekolah rendah di Kluster 3. Ke muka 3

Muka 5

MENDIDIK berpandukan Al-Qur'an Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217

Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Hernie Suliana Haji Othman TUNGKU, Isnin, 4 Januari. - Para mahasiswa disaran untuk bersedia, dengan minda yang terbuka, untuk menerima dan menyesuaikan diri kepada budaya dan iklim pembelajaran di universiti, sambil menghormati dan mematuhi perlembagaan, undangundang, peraturan dan nilai-nilai teras Universiti Brunei Darussalam (UBD). Kemasukan ke alam universiti merupakan proses peralihan. Ini bukan sahaja bermaksud peralihan dari alam persekolahan ke alam universiti, malah peralihan dari segi daya fikir dan minda (mindset). Untuk itu sebagai seorang mahasiswa UBD, mereka diseru untuk bekerja keras, tekun dan memberi tumpuan pada pelajaran serta mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri bagi potensi sepenuhnya, dan menjadi aset kepada negara kerana sumber yang paling berharga bagi sesebuah negara adalah rakyatnya yang berkemahiran dan berpendidikan. Sebagai rakyat negara ini, ujarnya, para mahasiswa mesti melengkapkan diri dengan kemahiran dan asas yang kukuh untuk menjadi ejen perubahan bagi membantu membangunkan negara. Timbalan Naib Canselor UBD, Profesor Madya Dr. Haji Azman bin Ahmad menekankan perkara tersebut semasa menyampaikan ucapan khasnya pada pembukaan Majlis Minggu Pelajar Baharu (Freshers' Week) Pengambilan Januari Tahun Akademik 2015 / 2016 di Dewan Canselor UBD, di sini. Beliau menyatakan, melalui program GenNEXT, iaitu program pembelajaran empat tahun di UBD, diharap dapat menanamkan dan memupuk sifat-sifat serta nilai-nilai kepimpinan, keusahawanan, inovasi dan kesedaran terhadap persekitaran yang akan membantu menjana pemikiran yang membawa perubahan transformasi ataupun transformational change yang diperlukan dalam perkembangan ekonomi negara. Tambahnya, UBD sejak penubuhannya 30 tahun lalu telah melalui pengalaman yang luas, penghijrahan dari segi sistem pengajaran dan pembelajaran, transformasi fizikal dan prasarana sekitar kampus yang semakin moden dan kondusif. UBD sekarang, jelasnya, telah menjadi sebuah universiti yang komprehensif dengan mempunyai lapan buah fakulti akademik, dua buah pusat perkhidmatan, dan lapan buah

Faksimile: 2381004

institut / pusat penyelidikan. Sepanjang pengajian di UBD, para mahasiswa disaran agar merebut pelbagai peluang yang disediakan, di samping mengutamakan kecemerlangan akademik serta perlu menjana 'nilai tambah' sebagai ilmu, pengalaman dan kemahiran inter-personal dengan menyertai dan menerokai pelbagai kegiatan ECA dan kokurikulum di UBD. ''Saya percaya abiskita sudah bersedia dan teruja untuk memulakan pengajian pilihan abiskita dengan penuh semangat, meneroka pelbagai peluang ilmu, pengalaman, memperkasa bakat kepimpinan, pengkajian, keusahawanan dan mencapai impian abiskita untuk menjadi insan yang holistik agar setelah tamat pengajian nanti, abiskita lahir sebagai graduan UBD yang serba boleh dalam pelbagai bidang,'' jelas Timbalan Naib Canselor UBD. Pada masa yang sama, tambahnya, para mahasiswa / mahasiswi juga diharap akan membentuk disiplin peribadi yang luhur, akhlak yang mulia dan menjadi pakar dalam bidang keilmuan duniawi dan ukhrawi, menjadi individu yang proaktif, berdaya tahan, berfikiran terbuka, mempunyai sikap kepimpinan dan peka terhadap perkara-perkara semasa, memiliki sikap siap sedia dalam bertindak balas dengan apa jua cabaran yang mendatang serta berpaksikan kepada nilai murni Melayu Islam Beraja (MIB). UBD, tambahnya, telah melaksanakan program GenNEXT yang direka bagi meningkatkan pengetahuan dan kompetensi para pelajar dalam beberapa bidang disiplin yang tertentu, termasuk pengetahuan meluas di luar bidang disiplin mereka. GenNext, jelasnya, melibatkan gabungan yang seimbang, melengkapkan pelajar dengan fleksibiliti dalam pilihan kerjaya dan menjadi asas untuk pembelajaran sepanjang hayat. Dalam tempoh empat tahun akan datang, UBD akan berusaha untuk memupuk pelajar dengan kemahiran yang utama dalam pemikiran kritikal, kemahiran komunikasi, analisis kuantitatif serta perspektif nasional dan global di mana tiga prinsip pembelajaran yang ditekankan dalam kurikulum adalah kepimpinan dan inovasi; keusahawanan dan kesedaran alam sekitar. Ke muka 12

Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Pelita Brunei - Rabu 6 Jan 2016 by Putera Katak Brunei - Issuu