Pelita Brunei Rabu 6 Julai 2016

Page 1

''Dari Abu Hurairah Radhiallahuanhu, bahawasanya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda : apabila seseorang manusia itu mati, akan terputuslah daripadanya segala amalannya melainkan tiga perkara : sedekah yang berterusan manfaatnya, ilmu yang dimanfaatkan, atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.'' - (Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim).

''SETIAP hikmah yang datang daripada Allah, adalah baik belaka. Semua itu bernama kebajikan. Hikmah senang, mungkin saja untuk menyukakan hati siapa yang diberi kesenangan itu, sementara hikmah susah pula adalah bertujuan lebih kepada memberikan pengajaran. Kedua-duanya membawa kepada kebajikan belaka.'' - Titah Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 1433 Hijrah / 2012 Masihi.

4.39

TAHUN 61 / BILANGAN 81

4.49

6.13

6 JULAI 2016 / 1437

6.37

12.26

3.51

6.37

7.52

JABATAN PENERANGAN

1

EDISI RABU / PERCUMA

Kesihatan rukun segala kebaikan Oleh : Ak. Jefferi Pg. Durahman, Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan titah sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 1437 Hijrah / 2016 Masihi di Istana Nurul Iman. (Lihat muka 2).

Anak bulan Syawal sahih kelihatan

Negara raikan Hari Raya hari ini Berita dan Foto : Mohamad Azmi Awang Damit

9 Hari Lagi

TUNGKU, Selasa, 5 Julai. - Umat Islam di negara ini akan mula meraikan Hari Raya Aidilfitri, 1 Syawal 1437 Hijrah bersamaan hari Rabu, 6 Julai 2016 Masihi berikutan anak bulan Syawal atau Hilal Syawal sahih kelihatan setelah dilakukan rukyah di beberapa lokasi di negara ini. . Di Daerah Brunei dan Muara, Menara DST dan Bukit Agok digunakan sebagai tempat merukyah anak bulan Syawal, sementara Bukit

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn

Ambok bagi Daerah Tutong dan Bukit Lumut bagi Daerah Belait. Antara yang berada di Menara DST ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah; Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan serta pegawai-pegawai kanan kerajaan. Ke muka 2

Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 5 Julai. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah dengan penuh berharap semua rakyat dan penuduk di negara ini akan mengambil perhatian terhadap apa jua perkembangan semasa, lebihlebih lagi yang berkaitan dengan perkara kesihatan, kerana kesihatan itu tidak syak lagi, adalah satu rukun untuk memperolehi segala kebaikan. Bertitah sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 1437 Hijrah / 2016 Masihi di Istana Nurul Iman di sini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menjelaskan baru-baru ini mengenai laporan Global Nutrition Report 2016 yang menempatkan Brunei Darussalam sebagai negara ranking tertinggi bagi obesiti di kalangan orang dewasa di rantau ini. Manakala, hasil kajian status kesihatan dan pemakanan kebangsaan Negara Brunei Darussalam sendiri pula, telah mendapati, bahawa tahap peningkatan berat badan berlebihan

dan obesiti adalah sangat tinggi, mencapai sehingga 61 peratus dewasa, titah baginda. Sementara kesan dari masalah ini, tambah baginda, telah pula dibutirkan sebagai lebih 30 peratus penghidap tekanan darah tinggi, 12.4 peratus penghidap diabetes dan 70 peratus penderita dari kolesterol tinggi. Perangkaan ini, titah baginda, amatlah mencemaskan dan perkara ini tidak boleh dipandang ringan lagi melainkan dari sekarang, rakyat dan penduduk negara ini perlu mendisiplinkan diri untuk mengatasi gejala ini dari terus meningkat. ''Caranya, kita mestilah cepat bertindak memupuk kesedaran, supaya semua orang menjalani gaya hidup sihat dan gaya pemakanan sihat. Ke arah ini, pihak-pihak yang berkenaan dalam kerajaan tidaklah boleh lengah lagi dari memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada masyarakat,'' tegas baginda lagi. Kebawah DYMM dalam titahnya juga menekankan, promosi dan motivasi mesti ditingkatkan dan tidak memadai hanya sekali dua sahaja ia dilakukan, tetapi perlu berterusan, sehingga kefahaman yang mendalam dapat benar-benar diresapi kepada masyarakat.

Berkenan hantar titah perutusan takziah BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 5 Julai. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan takziah kepada Penjaga Dua Masjid Suci, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud, Raja Arab Saudi berikutan dengan kejadian serangan bom di Jeddah, Madinah dan Qatif Arab Saudi baru-baru ini. Ke muka 2

Faksimile: 2381004

Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.