''DAN tidak diterima orang-orang yang selalu melakukan kejahatan hingga apabila salah seorang daripada mereka hampir mati, dia berkata : Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini, sedang taubatnya itu sudah terlambat, dan tidak pula diterima taubat orang-orang yang mati sedang mereka dalam kekafiran. Bagi mereka kami sediakan azab yang pedih.'' - Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah An-Nisa, ayat 18.
''MEREKA tidak boleh lari dari memimpin dan memberikan kefahaman kepada rakyat tentang tanggungjawab ini. Dan sehubungan itu mereka juga mestilah menunjukkan contoh bahawa mereka adalah pengurus dan pentadbir yang betul-betul bersih.'' - Titah Sempena Menyambut Tahun Baharu Masihi 2008.
5.07
TAHUN 63 / BILANGAN 17
5.17
6.36
7 FEBRUARI 2018 / 1439
6.59
21
12.35
3.56
6.32
7.44
JABATAN PENERANGAN
EDISI RABU / PERCUMA
DPMM berkenan menerima mengadap ketua-ketua perwakilan asing
DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan menerima mengadap secara berasingan ketua-ketua perwakilan asing yang akan menamatkan perkhidmatan, iaitu Duta Besar Istimewa dan Mutlak Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Hisham bin Abdul Wahab bin Abdullah Zaraa (kiri) dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Islam Iran ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Abdolhamid Fekri (kanan).
Oleh : Aimi Sani Foto : Masri Osman
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 5 Februari. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal
Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan menerima mengadap secara berasingan ketua-ketua perwakilan asing yang akan menamatkan perkhidmatan. Majlis berlangsung di Qashr Al-Meezaan. Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota mula-mula berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Hisham bin Abdul Wahab bin
Abdullah Zaraa. Tuan Yang Terutama telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikannya ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 26 Januari 2015. Duli Yang Teramat Mulia seterusnya
berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Islam Iran ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Abdolhamid Fekri. Tuan Yang Terutama telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikannya ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam juga pada 26 Januari 2015.
Klinik Undang-Undang diperkenalkan, kukuhkan akses keadilan Berita : Ihsan Radio Televisyen Brunei Foto : Ihsan Media Permata
Muka 3
Muka 6
METERAI MoU ke arah pembangunan bola sepak negara
HUJAN lebat menjejaskan Sekolah Ugama Kampung Rambai
E-mel:: pelita.brunei@information.gov.bn E-mel pelita.brunei@information.gov.bn
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 6 Februari. - Sebagai sebahagian daripada komitmen Negara Brunei Darussalam kepada keharmonian undang-undang di negara-negara anggota ASEAN, mahkamah telah mengenal pasti mekanisma penyelesaian yang efektif adalah komponen penting komuniti ekonomi, termasuk Penyelesaian Pertikaian Alternatif
Hotline:: 2382891 2382891 // 2383400 2383400 Smb. Smb: :217 Hotline 217
(ADR). Yang Amat Arif Dato Seri Paduka Awang Haji Kifrawi bin Dato Paduka Haji Kifli berkata, ADR berpotensi untuk menjimatkan masa dan penghasilan apabila ditadbir dengan betul dan menyediakan pelbagai kaedah sebagai alternatif kepada ligitasi tradisional. Bagi menyokong usaha tersebut,
Faksimile:: 2381004 Faksimile 2381004
tujuh Pegawai Kehakiman menamatkan Kursus Latihan Dalam Pengantaraan dan diperakui sebagai Pengantara yang diiktiraf oleh Pusat Pengantaraan Singapura. Ketua Hakim Negara menyatakan perkara tersebut semasa Pembukaan Tahun Undang-Undang 2018 yang berlangsung di Bangunan Mahkamah Tinggi di ibu negara. Ke muka 6
Web:: www.pelitabrunei.gov.bn Layari Laman Web www.pelitabrunei.gov.bn