Pelita Brunei - Rabu 7 Jan 2015

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

“BEGITU juga adalah penting untuk kita berwaspada pada mengambil perhatian berat terhadap pendatang-pendatang haram dan anasir-anasir yang ingin menyebarkan dakyah-dakyah palsu yang tidak bertanggungjawab bagi menggugat keamanan dan ketenteraman negara.” - Titah Sempena Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Ke-42 Bagi Daerah Temburong pada 18 Julai 1988.

“KEMUDIAN apabila engkau telah berazam (untuk berbuat sesuatu sesudah bermesyuarat) maka bertawakallah kepada Allah (melaksanakannya). Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal.” - (Sabda Ibnu Umar Radiallahuanhuma yang diriwayatkan oleh Al-Imam Ibnu Majah).

TAHUN 60 / BILANGAN 3

7 7FEBRUARI JANUARI 2015 / 1436

16

JABATAN PENERANGAN

EDISI RABU / PERCUMA

Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak Hospital RIPAS

Beroperasi 9 Januari WAD-WAD Pediatrik, iaitu Wad 26 dan 27 akan ditempatkan di tingkat lima, manakala Wad 28 dan 29 ditempatkan di tingkat enam. Semua pesakit kanak-kanak yang berada di Wad 1, 2, 3 dan PICU akan mula dipindahkan pada hari Jumaat ini dan anak-anak damit yang dirawat di NICU dan SCBU pula akan dipindah pada hari Sabtu, 10 Januari. Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 6 Januari. - Perkhidmatanperkhidmatan Pediatrik (Kanak-Kanak) serta Obstetrik dan Ginekologi (Perbidanan dan Pesakit Puan) akan mula berpindah ke Bangunan Blok Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak yang baharu Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) mulai 9 Januari ini. Ia adalah sebagai langkah pertama dalam proses pemindahan dan penggunaan pusat baharu tersebut. Satu Sidang Media telah diadakan bagi memaklumkan orang ramai mengenai pemindahan dan penggunaan pusat berkenaan. Ketua Pengarah Perkhidmatan Perubatan, Kementerian Kesihatan, Dr. Haji Zulaidi bin Haji Abdul Latif antara lain berkata, pemindahan itu termasuklah pemindahan pesakitpesakit yang berada di wad-wad Pediatrik serta Obstetrik dan Ginekologi (lokasi sekarang) ke wad-wad baharu yang telah ditetapkan di pusat berkenaan. "Klinik-klinik Pediatrik serta

Obstetrik dan Ginekologi yang baharu juga akan dibuka di sini. Pemindahan ini dibuat secara teratur dan beransur-ansur demi memastikan keselamatan dan keselesaan, kesejahteraan dan penjagaan pesakit-pesakit dapat diberikan secara berterusan," ujarnya. Bagi perkhidmatan-perkhidmatan Pediatrik atau Kanak-Kanak, lokasi Klinik Pediatrik akan berpindah ke tingkat bawah. Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) dan Special Care Baby Unit (SCBU) akan ditempatkan di tingkat dua. Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) dan Unit High Intensive Pediatric serta Unit APU ditempatkan di tingkat tiga. Ke muka 24

PENYERAHAN poster Pemindahan Perkhidmatan Ginekologi dan Pediatrik Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) ke Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak Hospital RIPAS disampaikan oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, Kementerian Kesihatan, Awang Haji Mahrub bin Haji Murni.

Tatacara baru pengeluaran Lesen Perniagaan dibarigakan Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali

Muka 4

Muka 8

DAERAH Tutong cari qari, qariah baru sebagai pelapis

PENDUDUK Kampung Putat semarak sambutan Maulud Nabi

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 5 Januari. - Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) telah memaklumkan garis pandu baru memulakan perniagaan untuk membarigakan tatacara baru pengeluaran Lesen Perniagaan untuk memudahkan memulakan perniagaan yang berkaitan dengan perintah Akta Lesen Rampaian (Pindaan) 2015. Pegawai Pentadbir Kanan KHEDN, Pengiran Haji Mohammad Ali bin Pengiran Haji Othman berkata, masyarakat dan orang ramai khususnya pemegang-pemegang lesen

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

perniagaan dan yang baru memohon Lesen Perniagaan akan dapat memahami dengan jelas tentang perubahan peraturan dan seterusnya akan memudah dan mempercepat proses mendapatkan perniagaan di negara ini. Beliau menjelaskan semua perniagaan boleh dimulakan setelah berdaftar di Bahagian Pendaftar Nama-Nama Perniagaan dan Bahagian Pendaftaran Syarikat-Syarikat (ROCBN) Kementerian Kewangan dan Lesen Perniagaan dikeluarkan. “Semua perniagaan yang dijalankan

akan dipantau melalui pemeriksaan lapangan oleh agensi penguat kuasa Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, setelah Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, selaku pihak berkuasa melesen menerima maklumat pendaftaran perniagaan dari ROCBN. Jika didapati pemegang lesen atau aktiviti perniagaan yang dijalankan gagal mematuhi syarat maka tindakan undang-undang akan dikenakan,” jelasnya pada Sidang Media mengenai garis pandu baru bagi memulakan perniagaan di bawah Akta Lesen Rampaian (Pindaan) 2015 di bangunan KHEDN. Ke muka 24

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.