Pelita Brunei Rabu 8 April 2015

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

“ OLEH itu, janganlah latih diri mengamalkan rasuah, tetapi perangilah rasuah secara habis-habisan. Selamatkan bangsa dan negara dari rasuah. Rasuah adalah penyakit. Rasuah adalah pemusnah kebahagiaan. Mereka yang melakukan rasuah adalah penjenayah. Hukumlah mereka seadilnya.” - Titah Sempena Keberangkatan Baginda Ke Ibu Pejabat Polis Diraja Brunei pada hari Selasa, 31 Mac 2015 Masihi bersamaan 10 Jamadilakhir 1436 Hijrah.

“DARI 'Aisyah Radhiallahu 'Anha ia berkata : Telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Perkahwinan itu adalah Sunnahku, sesiapa yang tidak suka mengikut Sunnahku maka bukanlah dia dari golongan umatku.” - (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah).

TAHUN 60 / BILANGAN 42

8 8FEBRUARI APRIL 2015 2015 / 1436 /

18

JABATAN PENERANGAN

EDISI RABU / PERCUMA

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah sebagai wakil Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga bagi Istiadat Perkahwinan Diraja di antara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dengan Yang Mulia Dayangku Raabi'atul 'Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah yang telah diadakan di Lapau. - Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali (Lihat muka 13 dan 14).

Utamakan pemilihan makanan selamat

Muka 15 -16

Istiadat Menghantar Tanda Diraja sempurna dilaksanakan

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 7 April. - Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd. Yusof berkata, Sambutan Hari Kesihatan Sedunia yang disambut tahun ini memilih tema ‘Makanan Yang Selamat’ (Safe Food). Menurutnya, tema ini dipilih untuk meningkatkan kesedaran orang awam betapa pentingnya memastikan pengendalian, penyediaan dan pemilihan makanan yang selamat. “Hasil dapatan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan kira-kira dua juta

kematian yang berlaku setiap tahun secara global, yang kebanyakannya terjadi dalam kalangan kanak-kanak, diakibatkan oleh pengambilan makanan yang tidak selamat. Ini adalah disebabkan oleh makanan yang dicemari bakteria, virus, parasit atau bahan kimia yang berbahaya seperti racun perosak, yang berisiko dan memudaratkan kesihatan,” jelas Menteri Kesihatan dalam perutusannya sempena Sambutan Hari Kesihatan Sedunia yang jatuh pada hari ini. Isu-isu yang berkaitan dengan keselamatan makanan di Negara Brunei Darussalam, tegas Yang Berhormat, bukan saja dipertanggung-

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

jawabkan semata-mata kepada pihak kerajaan, malahan memerlukan komitmen multisektor yang berkaitan seperti pengeluar, pengimport, penyedia dan penjual makanan, bagi memperkesankan lagi pengawalan kualiti dan keselamatan makanan yang terjamin di negara ini. Kementerian Kesihatan, dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, jelas Yang Berhormat, sentiasa memantau secara berterusan bagi memastikan status kebersihan dan keselamatan makanan di negara ini, ke arah menjamin dan melindungi kesihatan awam, mengikut undangundang yang sedia ada, amalan terbaik serta piawaian antarabangsa, termasuk

garis panduan WHO. Mana-mana pihak yang tidak mematuhi peraturan-peraturan dari aspek kesihatan, ujar Menteri Kesihatan, akan diambil tindakan sewajarnya. Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan, jelas Yang Berhormat, ingin menasihatkan dan menyarankan kepada orang ramai supaya berhati-hati dan peka mengenai dengan penyediaan dan pemilihan makanan, khususnya dari aspek kebersihan, keselamatan dan kualiti makanan, bagi bersama-sama bertanggungjawab dalam menghindarkan sebarang risiko dan kemudaratan kepada kesihatan.

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Pelita Brunei Rabu 8 April 2015 by Putera Katak Brunei - Issuu