Pelita Brunei - Rabu 8 Jul 2015

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

“Al-QUR'AN adalah cahaya Allah Subhanahu Wata'ala. Turunnya ke alam ini, menjadikan kegelapan bertukar jadi cahaya. Dunia yang sebelumnya gelap-gelita, menjadi terang-benderang kerananya. Inilah keramah dan mukjizat Al-Qur'an itu.” - Titah Sempena Majlis Sambutan Nuzul Al-Qur'an Bagi Tahun 1436 Hijrah / 2015 Masihi.

“BARANGSIAPA berpuasa di bulan Ramadan diikuti puasa enam hari di bulan Syawal adalah menyerupai puasanya itu puasa setahun.” (Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Ayyub Al-Ansari).

TAHUN 60 / BILANGAN 81

8 FEBRUARI 8 JULAI 2015 / 1436

21

JABATAN PENERANGAN

DPPW menerima mengadap perpisahan Duta Besar Republik Czech

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan berkenan menerima mengadap Duta Besar Republik Czech yang tidak menetap, Tuan Yang Terutama Tomas Smetanka yang akan menamatkan perkhidmatannya, di Balai Penghadapan Bukit Kayangan.

Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 6 Julai. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi

Waddien, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan berkenan menerima mengadap Duta Besar Republik Czech yang tidak menetap, Tuan Yang Terutama Tomas Smetanka yang akan menamatkan perkhidmatannya, di Balai Penghadapan Bukit Kayangan di sini. TYT Tomas Smetanka berpejabat di Jakarta dan berkhidmat sebagai Duta Besar Republik Czech yang tidak menetap ke Negara Brunei Darussalam sejak bulan Oktober 2012.

Lebih BND43 juta bayaran Pencen Umur Tua Oleh : Pg. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 7 Julai. - Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah membelanjakan lebih BND43 juta pembayaran Pencen Umur Tua (PUT) dan elaun sejak bulan Januari hingga Jun 2015. Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) menjelaskan, jumlah pembayaran terkumpul PUT adalah berjumlah BND40,201.750, Pencen Orang Buta (POB) BND480,114, Elaun Orang Gila (EOG) BND1,420,135; manakala BND1,654,000 adalah Pencen Hilang Upaya (PHU).

Daerah Brunei dan Muara mencatatkan jumlah terbesar iaitu BND28,369,414 dalam kategori penerima-penerima berkenaan, diikuti dengan Daerah Belait BND9,271,184; manakala Daerah Tutong sebanyak BND4,555,540 dan Daerah Temburong BND1,559,861. Dalam pada itu juga, JAPEM menjelaskan wang PUT itu sehingga bulan Jun 2015 diberikan kepada 28,415 warga tua seluruh negara, manakala elaun POB, 220 orang; EOG, 770 orang dan PHU, 1,103 orang. Skim Pembayaran Pencen Tua dan Orang-Orang Cacat telah berkuat kuasa pada 1 Januari 1955, sebagaimana yang dihasratkan oleh Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien iaitu Sultan Brunei Ke-28 supaya skim ini dimasukkan dalam Rancangan Kemajuan Negara Yang Pertama. Ke muka 24

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

Muka 4

AMMTC bincangkan isu berkaitan pendatang asing

Muka 9

KEMENTERIAN Kesihatan bantu pesakit memerlukan

EDISI RABU / PERCUMA

MUIB agihkan lebih BND8 juta wang zakat BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 7 Julai. - Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) mengagihkan lebih BND8 juta wang zakat kepada dua kumpulan asnaf iaitu Fakir Miskin dan Mualaf sebagai persiapan mereka dalam sama-sama memeriahkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tiba. Daripada jumlah wang zakat tersebut, BND4,806,800 diagihkan kepada seramai 5,638 orang Fakir Miskin yang terdiri daripada 1,482 ketua keluarga dan 4,156 tanggungan, dan BND3,345,000 diagihkan kepada seramai 3,266 Muallaf yang terdiri daripada 2,676 ketua keluarga dan 590 tanggungan. Seperti pada tahun-tahun yang lalu, MUIB telah mengagihkan wang zakat kepada Fakir Miskin yang berdaftar di MUIB yang menerima agihan wang zakat bulanan seperti keperluan asasi, persekolahan dan sewa rumah. Demikian juga agihan wang zakat itu diberikan kepada Mualaf mengikut garis pandu yang telah ditetapkan. Agihan wang zakat kepada Fakir Miskin dan Mualaf ini mula diagihkan pada 2 Julai 2015 melalui buku-buku akaun mereka masing-masing di bank-bank yang berkenaan. Dengan adanya agihan zakat itu dapatlah mereka sama-sama bergembira meraikan hari lebaran pada tahun ini.

Penglihatan Hilal Syawal pada 16 Julai 2015 BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 6 Julai. - Penglihatan anak bulan (Hilal) Syawal tahun 1436 Hijrah akan dilakukan di seluruh negara pada petang hari Khamis, 29 Ramadan 1436 Hijrah bersamaan 16 Julai 2015 Masihi. Sehubungan itu, Hakim-Hakim Syar’ie dan pegawai Mahkamah-Mahkamah Syariah, Jabatan Kehakiman Negara, Jabatan Perdana Menteri bersama pegawai-pegawai dari Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan dan Jabatan Mufti Kerajaan akan berada di tempat-tempat yang telah ditetapkan untuk merukyah anak bulan Syawal 1436H. Tempat-tempat yang telah ditetapkan untuk merukyah anak bulan Syawal 1436H iaitu Menara DST, Bangunan Ibu Pejabat DST, Lebuhraya Tungku, Daerah Brunei dan Muara (DBM); Bukit Agok, Jerudong, DBM; Bukit Lumut, Daerah Belait dan Bukit Ambok, Daerah Tutong. Berikutan dengan itu, pengumuman 1 Syawal (awal Syawal bagi tahun 1436H / 2015M) akan disiarkan melalui Radio Televisyen Brunei sebaik-baik sahaja rukyah pada petang tersebut diperoleh pihak berkenaan. Orang ramai adalah diminta memberikan kerjasama supaya tidak mendekati tempat-tempat tersebut.

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Pelita Brunei - Rabu 8 Jul 2015 by Putera Katak Brunei - Issuu