PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
''USAHA gigih dan kerja kuat diperlukan dalam membangun negara. Semua kita, tanpa ada kecualinya, mestilah tekun dan gigih, lebih-lebih lagi generasi muda selaku Tunas Bangsa, mereka itu perlu menjadi paksi kepada perubahan-perubahan besar yang bermanfaat.'' Titah Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam 1429 Hijrah / 2008 Masihi.
''DARI Ibnu Umar Radiallahuanhuma ia berkata, telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada golongan mereka (kaum yang diserupainya itu).'' - (Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar Radiallahuanhuma).
TAHUN 60 / BILANGAN 147
9 FEBRUARI 9 DISEMBER 2015 2015 / / 1437
27
JABATAN PENERANGAN
EDISI RABU / PERCUMA
Sektor penerbangan terus berkembang maju Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 7 Disember. - Perkhidmatan Penerbangan Awam di Negara Brunei Darussalam tidak syak lagi telah banyak menyumbang kepada perkembangan dan pembangunan rakyat dan penduduk di negara ini baik dari segi sosial, ekonomi dan hubungan antarabangsa. Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat berkata, yang paling ketara ialah hubungan dan pergolakan antara sesebuah negara juga terus dinamik dengan pertumbuhan rangkaian perkhidmatan penerbangan awam antarabangsa atau air connectivity yang turut membawa negara-negara dunia ke era globalisasi dengan pertalian sosial, ekonomi dan politik yang sepadu atau integrated. ''Kemanfaatan atau outcome dari sumbangan penerbangan awam ialah suasana serantau dan antarabangsa yang aman, selamat dan sejahtera. Saya rasa dengan perkembangan teknologi yang cepat, suasana ini akan terus berkembang sehingga ke tahap di mana hubungan antara negara menjadi lancar tanpa sempadan menjadi komunikasi tanpa sempadan,'' jelas Yang Berhormat pada Majlis Sambutan Hari Penerbangan Awam 2015 yang berlangsung di Dewan Ketibaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Berakas, di sini.
Hubungan Jepun - Brunei semakin berkembang kukuh
Ke muka 24
Semua pelajar di Lancaster selamat Siaran Akhbar Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di United Kingdom BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 8 Disember. - Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di United Kingdom memaklumkan bahawa kesemua 24 penuntut yang dilaporkan sedang mengikuti pengajian di Lancaster adalah selamat dari terjajas dari Taufan Desmond (Storm Desmond). Perkara ini telah dijelaskan melalui Siaran Akhbar Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di United Kingdom, di mana dari keramaian tersebut, 18 orang pelajar telah selamat dipindahkan ke Brunei Hall, London pada 7 Disember dan seramai enam orang pelajar lagi disahkan tidak berada di kawasan Lancaster. Dalam masa yang sama, pihak Suruhanjaya Tinggi juga menjelaskan bahawa pihaknya sentiasa memantau keadaan penuntut-penuntut lain yang berada |di kawasan yang turut terjejas oleh taufan tersebut. Pada masa ini dilaporkan bahawa penuntut-penuntut berkenaan adalah di dalam keadaan selamat. Pihak Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di United Kingdom akan terus memantau keadaan penuntut-penuntut yang berada di United Kingdom dan Northern Ireland.
Muka 5 Muka 6
PERKHEMAHAN Belia Harapan 3 :
Latih belia, beliawanis hadapi cabaran
PROGRAM Mudik Mesra Belia berakhir
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn
MENTERI Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar memotong kek bersama Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun, Puan Yang Terutama Noriko Iki pada Majlis Resepsi bagi merayakan Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Yang Ke-82 Duli Yang Maha Mulia Emperor Akihito, Emperor Jepun.
Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 7 Disember. Hubungan diplomatik di antara Jepun dan Negara Brunei Darussalam semakin berkembang dan kukuh sejak sekian lama. Berucap pada Majlis Resepsi bagi merayakan Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Yang Ke-82 Duli Yang Maha Mulia Emperor Akihito, Emperor Jepun, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun, Puan Yang Terutama Noriko Iki berkata, hubungan dua hala pelbagai bidang antara kedua-dua buah negara seperti sumber asli yang kemudiannya beralih kepada ekonomi menerusi teknologi dan teknik terkini syarikat-syarikat Jepun. "Saya begitu percaya bahawa syarikat-syarikat Jepun boleh menyumbangkan perkembangan dan kepelbagaian kepada ekonomi Negara Brunei Darussalam sekali gus membuka lebih banyak lagi peluang pekerjaan," katanya.
Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217
Faksimile: 2381004
Selain itu, tambah Puan Yang Terutama, beberapa program pertukaran belia dan pelajar seperti Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara (SSEAYP) dan Japan - East Asia Network of Exchange for Students and Youths (JENESYS) juga menjadikan hubungan Jepun dan Brunei bertambah erat. Kedutaan Jepun di Negara Brunei Darussalam telah mengadakan Majlis Resepsi bagi merayakan Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Yang Ke-82 Duli Yang Maha Mulia Emperor Akihito, Emperor Jepun. Hadir bagi mewakili Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Menteri Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar. Majlis bermula dengan nyanyian lagu kebangsaan daripada kedua-dua buah negara. Acara kemuncak majlis ialah Upacara Memotong Kek yang disempurnakan bersama-sama oleh PYT dan Yang Berhormat, diikuti dengan penyampaian cenderahati kenangan.
Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn