PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
''KESEJAHTERAAN masih saja boleh diraih dari keamanan, walaupun ekonomi global bermasalah. Dengan bermodalkan keamanan, kita masih saja ada peluang untuk memperbaiki keadaan, sama ada melalui usaha-usaha peningkatan ataupun setakat bertahan.'' - Titah Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-32, Tahun 2016.
''DAN ingatlah Tuhanmu dalam hatimu dengan rendah hati dan dengan perasaan takut dan bukan dengan suara yang nyaring pada waktu pagi dan petang, dan janganlah engkau menjadi daripada orang-orang yang lalai.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah al-A'raf ayat 205).
TAHUN 61 / BILANGAN 30
9 9FEBRUARI MAC 20162016 / 1437 /
29
JABATAN PENERANGAN
EDISI RABU / PERCUMA
Kebawah DYMM berkenan menerima mengadap Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 8 Mac. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Ibadah Republik Costa Rica, Tuan Yang Terutama Manuel A. Gonzalez Sanz yang sedang berada di Negara Brunei Darussalam dalam rangka Lawatan Kerja. Semasa Majlis Mengadap tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Tuan Yang Terutama Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Ibadah Republik Costa Rica telah berbincang mengenai isu-isu dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Costa Rica, serta bertukar-tukar pandangan tentang hal ehwal serantau dan antarabangsa. Menyertai bersama TYT Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Ibadah Republik Costa Rica pada Majlis Mengadap itu ialah Duta Besar Republik Costa Rica ke Republik Korea, Tuan Yang Terutama Rodolfo Solano Quiros. Turut hadir pada Majlis Mengadap tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng. Majlis tersebut telah berlangsung di Istana Nurul Iman.
BND5.6 bilion dibentangkan Jana pelbagai sumber ekonomi lebih sustainable, progresif
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Ibadah Republik Costa Rica, Tuan Yang Terutama Manuel A. Gonzalez Sanz.
Berangkat ke Majlis Ramah Mesra Perayaan Tahun Baharu Cina 2016
Laporan : Pg. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 8 Mac. - Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan terus meningkatkan lagi inisiatif-inisiatif untuk membina asas ekonomi yang lebih kukuh, stabil, seimbang berlandaskan dasar 'Pro-Investment' dengan matlamat untuk mencapai 'Fiscal Sustainability' dan mendukung dasar mempelbagai ekonomi negara bagi Tahun Kewangan 2016 / 2017 berdasarkan tema 'Mengukuhkan Iklim Perekonomian bagi Mendukung Pembangunan Berterusan.' Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim menjelaskan perkara itu ketika membentangkan Kertas Cadangan Rang Undang-Undang (2016) Perbekalan 2016 / 2017 pada Majlis Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-12 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis. Menurut Yang Berhormat, tema tersebut memberikan mesej yang cukup jelas akan penekanan kerajaan pada memudah cara aktiviti perniagaan dan pelaburan negara, dengan didukung oleh modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi; peningkatan produktiviti negara dan kesejahteraan awam. Kesemua ini adalah faktor-faktor penting dalam menyumbang dan mendukung pembangunan negara secara berterusan dan semua kementerian dan agensi kerajaan akan memberikan penekanan dan tumpuan perbelanjaan antaranya menyediakan prasarana perniagaan dan pelaburan yang lebih kondusif, memudah cara aktiviti perniagaan dan meningkatkan produktiviti sektor awam. Ke muka 9
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Perayaan Tahun Baharu Cina 2016 Masyarakat Tiong Hwa Negara Brunei Darussalam. - Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali (Lihat muka 3 dan 4).
Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217
Faksimile: 2381004
Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn