Pelita Brunei - Rabu 22 April 2015

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

“SEHUBUNGAN itu beta juga gembira, melihat latihan-latihan bersepadu yang diberikan kepada anak-anak muda untuk meningkatkan kemahiran perniagaan mereka. Penekanan kepada pendidikan teknikal dan vokasional yang dikuatkan oleh Kementerian Pendidikan adalah bertepatan pada masanya.” - Titah Pembukaan Persidangan Musim Permesyuaratan Ke-7 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) pada hari Isnin, 1 Mac 2011 bertempat di Bangunan MMN.

“MAKA jika kamu berpaling daripada perintah Allah tidakkah nanti kamu akan melakukan kerosakan di bumi dan memutuskan silaturahim dengan kaum kerabat kamu? Mereka itulah orang yang dilaknat oleh Allah, dan ditulikan pendengaran mereka serta dibutakan penglihatan mereka.” - (Surah Muhammad, ayat 22 - 23).

TAHUN 60 / BILANGAN 48

2222FEBRUARI APRIL 2015 2015 / 1436 /

3

JABATAN PENERANGAN

EDISI RABU / PERCUMA

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat melintasi Kawalan Kehormatan Statik yang dianggotai oleh 20 anggota Tentera Nasional Indonesia. - Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah.

Laporan : Hajah Zabaidah Haji Salat Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Azmah Haji Ahad dari Jakarta, Republik Indonesia JAKARTA, REPUBLIK INDONESIA, Selasa, 21 April. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei

Darussalam selamat berangkat tiba di Jakarta, Republik Indonesia bagi menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan Asia - Afrika 2015 (AACC) yang akan diadakan di sini pada 22 sehingga 23 April. Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan

Negara Brunei Darussalam di Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma, Jakarta dijunjung oleh Menteri Pendayagunaan Aparatur Negara dan Reformasi Birokrasi, Dr. Yuddy Chrisnandi; Ketua Protokol Negara Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Ahmad Rusdi serta Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nurul Qomar serta para pegawai kanan Kerajaan Republik Indonesia. Turut hadir menjunjung

keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng dan Kuasausaha Sementara Kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam ke Republik Indonesia, Awang Haji Ahmad Nasri bin Dato Paduka Dr. Haji Abdul Latif. Sejurus tiba, Kebawah DYMM seterusnya berkenan berangkat melintasi Kawalan Kehormatan Statik daripada 20 orang Anggota

Tentera Negara Indonesia sebelum menaiki kenderaan khas menuju ke Hotel Grand Hyatt Jakarta, tempat persemayaman baginda di sepanjang keberangkatan ke sini. Sejurus tiba di hotel tersebut, baginda dijunjung oleh Pengurus Am Hotel Grand Hyatt Jakarta, Mr. Peter Stettler, pegawai-pegawai kanan Kerajaan Negara Brunei Darussalam dan pegawai-pegawai dari Kedutaan Negara Brunei Darussalam di Jakarta serta kakitangan hotel. Ke muka 24

TKBBM kutip BND491,127.63 Oleh : Aimi Sani Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 20 April. - Sejumlah BND491,127.63 iaitu anggaran RM1,321.428 berjaya dikutip bagi Tabung Kemanusiaan Bencana Banjir Malaysia (TKBBM) sepanjang tempoh kutipan yang dijalankan selama tiga bulan bermula 10 Januari 2015 hingga 9 April 2015. Sehubungan dengan itu, satu Majlis Penyerahan Derma kepada TKBBM diadakan di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), di sini. Hadir bagi menerima penyerahan

derma tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah dan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman, selaku Penasihat Bersama TKBBM. Turut hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Setiausaha

Tetap KKBS, Dato Paduka Dr. Awang Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin; Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd. Yussof dan Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap KKBS, Awang Haji Amer Hamzah bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria. Majlis penyerahan derma tersebut diselajurkan dengan Mesyuarat Penutupan Tabung oleh Jawatankuasa Urus Setia TKBBM yang dipengerusikan oleh Setiausaha Tetap KKBS, Dato Paduka Dr. Awang Haji Affendy. Ke muka 4

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

Muka 3

Muka 6

PEMENANG Pertandingan Pidato terima hadiah

INISIATIF Sekolah Hijau pupuk pembangunan mampan

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Pelita Brunei - Rabu 22 April 2015 by Putera Katak Brunei - Issuu