PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
“MEMBINA masjid perlulah menepati ciri-cirinya, bukan setakat membina semata-mata. Janganlah kita setakat meletakkan bangunan dengan reka bentuknya yang berlebih kurang sahaja sehingga apabila siap kelak, ia akan kelihatan seperti sebuah kontena besar layaknya.” - Titah Sempena Majlis Sambutan Isra' dan Mi'raj Bagi Tahun 1435H / 2014M.
“DAN Allah mewajibkan ke atas manusia mengerjakan ibadat haji ke Baitullah iaitu bagi sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepadanya.” - (Firman Allah Subhanahu Wata’ala di dalam Surah Ali ‘Imran ayat 97).
TAHUN 59 / BILANGAN 123
4 OKTOBER 2014 / 1435
9
JABATAN PENERANGAN
EDISI SABTU / PERCUMA
Brunei hargai hubungan mesra dengan Korea dan Jerman
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Korea, Puan Yang Terutama Park Geun-hye bersempena Hari Kebangsaan Pengasasan Republik Korea dan perutusan tahniah kepada Presiden Republik Persekutuan Jerman, Tuan Yang Terutama Joachim Gauck serta kerajaan dan rakyat Republik Persekutuan Jerman bersempena dengan 'Day of Unity' negara tersebut.
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 3 Oktober. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Korea, Puan Yang Terutama Park Geun-Hye, serta kerajaan dan rakyat Republik Korea bersempena dengan Hari Kebangsaan Pengasasan Republik Korea. Di dalam perutusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia kepada PYT Presiden Republik Korea, baginda sangat menghargai persahabatan mesra dan kerjasama yang sudah lama terjalin yang dinikmati oleh kedua-dua buah negara selama 30 tahun yang lepas. Baginda juga gembira bekerja dengan PYT
dalam meningkatkan kerjasama serantau termasuk melalui kerja bersama dalam Sidang Kemuncak Asia Timur. Justeru itu, Kebawah DYMM seterusnya berharap untuk berjumpa dengan PYT Park Geun-Hye pada akhir tahun ini bagi mengukuhkan lagi rakan perkongsian dua hala dan serantau, di samping meraikan ulang tahun ke-30 hubungan diplomatik di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Korea dan juga ulang tahun ke-25 hubungan dialog ASEAN-Republik Korea. Pada mengakhiri perutusan baginda itu, baginda menyampaikan salam muhibah kepada PYT Park Geun-Hye. Sementara itu, Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam juga
berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Persekutuan Jerman, Tuan Yang Terutama Joachim Gauck, serta kerajaan dan rakyat Republik Persekutuan Jerman bersempena dengan 'Day of Unity' negara tersebut. Di dalam perutusan Kebawah DYMM kepada Tuan Yang Terutama, baginda amat menghargai persahabatan mesra dan kerjasama erat yang dikongsi oleh kedua-dua buah negara dan seterusnya berharap untuk mengukuhkan pertalian bernilai ini melalui kerja bersama secara dua hala dan antarabangsa. Pada mengakhiri perutusan itu, baginda menyampaikan salam muhibah semoga Republik Persekutuan Jerman dan rakyatnya akan menikmati kemajuan dan kesejahteraan yang berterusan. Sementara itu, Duli Yang Teramat Mulia
Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan juga berkenan menghantar perutusan tahniah kepada Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Republik Korea, Tuan Yang Terutama Yun Byung-Se dan Menteri Persekutuan bagi Hal Ehwal Luar Negeri Republik Persekutuan Jerman, Tuan Yang Terutama Frank-Walter Steinmeier. Dalam perutusan kepada TYT Yun Byung-Se, Duli Yang Teramat Mulia mengucapkan tahniah kepada TYT, dan kerajaan serta rakyat Republik Korea sempena Hari Kebangsaan Pengasasan negara itu. Ketika kedua-dua buah negara meraikan 30 tahun hubungan dua hala yang erat, DYTM mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan rakyat negara itu atas persahabatan dan kerjasama yang sangat bernilai. DYTM turut meluahkan penghargaan atas alu-aluan mesra dan layanan baik yang diterima ketika lawatan DYTM baru-baru ini dan seterusnya mengucapkan selamat menyambut perayaan Hari Pengasasan yang mengembirakan. Manakala dalam perutusan kepada TYT Frank-Walter Steinmeier, DYTM mengucapkan tahniah kepada kerajaan dan rakyat Republik Persekutuan Jerman sempena 'Day of Unity' negara itu dan sangat menghargai kerjasama dan persahabatan mesra yang telah lama terjalin di antara kedua-dua buah negara. DYTM tidak sabar untuk terus bekerjasama dengan TYT dalam tahun-tahun yang akan datang. DYTM turut berterima kasih kepada TYT atas sumbangan negara itu kepada Dialog ASEAN-EU dan menyampaikan salam muhibah kepada TYT serta rakyat negara itu sempena perayaan tersebut.
Brunei-Korea nikmati 30 tahun hubungan diplomatik SEOUL, REPUBLIK KOREA, Rabu, 1 Oktober. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali
Muka 5
AWANG Mohamad Ramli muncul johan Musabaqah
Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan bersama Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Republik Korea, Tuan Yang Terutama Yun Byung-se, telah membincangkan hubungan dua hala di antara Brunei Darussalam dan Republik Korea. Duli Yang Teramat Mulia bersabda menyampaikan penghargaan kepada kerajaan Republik Korea di atas sambutan baik yang telah diberikan semasa ketibaan DYTM di Seoul dan melahirkan penghargaan di atas hubungan persahabatan karib dan kerjasama dalam pelbagai bidang yang sudah terjalin di antara kedua-dua buah negara, DYTM memuji kerjasama dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Korea pada sektor awam
Laporan : Noraisah Muhammed Foto : Azmah Haji Ahad dari Seoul, Republik Korea dan swasta yang meliputi perjanjian minyak dan gas, pembinaan kapal, pembinaan jambatan, pertanian dan perikanan dan pengeluaran beras. DYTM bersabda demikian semasa perjumpaan DYTM bersama TYT Yun Byung-se sempena lawatan rasmi DYTM selama lima hari atas undangan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Republik Korea. Keberangkatan lawatan DYTM telah diiringi oleh Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam. Di perjumpaan itu, DYTM bersabda
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
bahawa hampir 15 tahun sejak lawatan terakhir DYTM ke Republik Korea, kedua-dua buah negara memikirkan mengenai apa yang akan dibawa kepada era baru dan kini hasilnya telah dapat disaksikan. DYTM juga melahirkan rasa kagum dengan perubahan-perubahan dan perkembangan yang begitu mendadak yang setentunya memberikan satu visi dan kegembiraan kepada Asia. Menurut DYTM, kita boleh menyaksikan semua rakan kongsi serantau, politik, komersial, kebudayaan dan perdagangan di mana kita berada di dalam pertubuhan antarabangsa seperti A.C.D, FEALAC
dan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Bukan Kerajaan. DYTM bersabda, bahawa hubungan kedua-dua buah negara sangat jelas seperti perkembangan dua hala dalam bidang pendidikan yang mana lebih ramai pelajar Brunei berminat untuk belajar dan mendapatkan biasiswa di Korea. Dari segi sukan, sabda DYTM, jurulatih-jurulatih sukan dari Korea telah memberikan satu tugasan yang cemerlang dalam sukan bola sepak dan taekwando di Negara Brunei Darussalam. Manakala dalam bidang kebudayaan pula, rakyat kedua-dua buah negara menikmati drama dan musik seperti persembahan 'Nanta' yang diadakan baru-baru ini sebahagian aktiviti ulang tahun. Ke muka 24
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn