''WAHAI orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengadu nasib dengan batang-batang anak panah adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.'' - Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Ma'idah, ayat 90.
''DALAM perkara ukhrawi, kita dituntut berubah dengan meninggalkan segala macam perkara mungkar yang ditegah oleh Allah dan Rasul-Nya. Sementara dalam perkara duniawi, kita dikehendaki berubah untuk mencapai apa-apa yang terbaik dalam kehidupan.'' - Titah Sempena Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Tahun 1428 Hijrah bersamaan 2007 Masihi.
5.07
TAHUN 63 / BILANGAN 18
5.17
6.36
10 FEBRUARI 2018 / 1439
6.59
12.36
24
3.56
6.33
7.44
JABATAN PENERANGAN
EDISI SABTU / PERCUMA
Bertugaslah untuk negara Oleh : Aimi Sani
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 7 Februari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah mengingatkan bahawa Menteri-Menteri, TimbalanTimbalan Menteri dan Setiausaha-Setiausaha Tetap adalah barisan paling hadapan yang diamanahkan untuk mengisi kemerdekaan supaya kemerdekaan kita itu benar-benar bermakna. Cara mengisi kemerdekaan itu jelas titah baginda, tentu sahaja dengan kerja keras, bekerja dengan penuh tekun dan dedikasi. ''Kita adalah bangsa dan negara merdeka. Kita dituntut untuk berfikir dan bertindak sebagai
bangsa dan negara yang merdeka juga. Kemerdekaan akan kurang bererti dengan hanya membanggakan sahaja tetapi akan lebih bererti bila mana kita pandai mengisinya. Di manakah mengisi kemerdekaan itu dan oleh siapa? Tentu saja tidak lain oleh kita sendiri,'' titah baginda. Dengan yang demikian, janganlah berpaling daripada tugas, bertugaslah untuk negara bukan untuk diri sendiri. Sesiapa yang berkaitan dengan ekonomi misalnya, maka binalah ekonomi. Carilah jalan untuk pertumbuhannya bukan hanya setakat tahu menyekat atau melimit sahaja tetapi pastikan ia juga berkembang. Kita mesti cari jalan untuk ia berkembang maju, titah baginda pada Persidangan Khas Menteri-Menteri Kabinet yang berlangsung di Istana Nurul Iman. Ke muka 2
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan titah pada Persidangan Khas Menteri-Menteri Kabinet yang berlangsung di Istana Nurul Iman. - Foto : Mohamad Azmi Awang Damit.
Kibarkan bendera mulai 16 hingga 25 Februari Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 7 Februari. - Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-34, Tahun 2018 dan bagi memeriahkan lagi sambutan berkenaan, rakyat dan penduduk negara ini diarahkan supaya sama-sama mengibarkan bendera di rumah-rumah kediaman masing-masing dan bangunan-bangunan pejabat dan perniagaan serta pemasangan dan penyalaan lampu-lampu cucul di bangunanbangunan kerajaan dan sektor swasta mulai Jumaat, 30 Jamadiawal 1439 Hijrah bersamaan 16 Februari 2018 Masihi sehingga Ahad, 9 Jamadilakhir 1439H bersamaan 25 Februari 2018M. Dalam hubungan ini, Pengiran-Pengiran akan mengibarkan bendera peribadi, orang-orang yang dikurniakan gelaran akan mengibarkan bendera masing-masing dan bagi orang ramai pula akan mengibarkan Bendera Negara Brunei Darussalam.
E-mel:: pelita.brunei@information.gov.bn E-mel pelita.brunei@information.gov.bn
Mempertikaikan MIB, bukan purih Brunei Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 7 Februari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah menekankan tentang keperluan untuk menguatkan amalan konsep Melayu Islam Beraja (MIB) dan bukan untuk mempertikaikan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia mengingatkan untuk menjadi pemimpin, jangan sekali-kali cuba menganut ideologi atau sistem lain daripada ideologi dan sistem MIB. Kalau mahu jadi pemimpin yang baik, tegas Kebawah Duli Yang
Hotline:: 2382891 2382891 // 2383400 2383400 Smb. Smb: :217 Hotline 217
Maha Mulia hendaklah berpegang kuat pada prinsip MIB dan jangan jadi 'pemimpin mabuk kuasa' melakukan apa saja untuk kepentingan diri sendiri, lebih daripada kepentingan untuk negara. Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah pada Persidangan Khas Menteri-Menteri Kabinet yang berlangsung di Istana Nurul Iman. Antara tanda-tanda 'pemimpin mabuk kuasa' itu, titah baginda ialah licik mengatur rancangan atau strategi bagi kepentingan sendiri seperti mengamalkan kronisme dan nepotisme untuk mengkukuhkan kedudukan dan kuasa. Baginda yakin perbuatan seperti ini tidak mendatangkan sebarang kebaikan melainkan keburukan belaka pada negara dan tidaklah boleh dibiarkan terus berlaku. Dalam titah baginda juga mengingatkan agar Negara Brunei Darussalam bersih
Faksimile:: 2381004 Faksimile 2381004
daripada segala gejala negatif, jangan biarkan environment Brunei, iaitu kebajikan dicemari dengan apa jua bentuk keburukan termasuk ketidakjujuran dan kepalsuan. ''Akhirnya, kepada semua termasuk pihak perhubungan, pelancongan, belia dan sukan serta luar negeri, luruskanlah tujuan masing-masing. Jangan bengkok-bengkok. Tidak ada gunanya memilih jalan lain dari jalan kita yang sedia ada. Jalan kita ini sudah cukup bagus, kalau ia diikut, InsyaaAllah kita selamat,'' tegas baginda. Titah baginda lagi jalan yang unik lagi hebat itu ialah MIB dan MIB adalah pakaian Brunei yang dipakai sejak lebih daripada enam ratus tahun lagi. Jadi mengapa di dalam zaman yang dinamakan zaman moden ini ia mahu dipertikaikan? Yakinlah barang siapa yang mempertikaikan MIB, mereka itu bukan purih Brunei atau tidak berjiwa Brunei.
Web:: www.pelitabrunei.gov.bn Layari Laman Web www.pelitabrunei.gov.bn