Pelita Brunei - Sabtu 10 Okt 2015

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

''MATLAMAT kita adalah jelas untuk menjadikan negara ini benar-benar pro-bisnes. Dengannya, insyaaAllah, ekonomi kita akan dapat berkembang dan berdaya maju serta banyak lagi peluang pekerjaan dapat diwujudkan.'' - Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 2014.

''DARI Ibnu 'Abbas Radiallahu'anhuma, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Tiada hijrah selepas pembukaan Mekah, tetapi yang masih berterusan ialah jihad dan niat.'' - (Hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari).

TAHUN 60 / BILANGAN 121

10 OKTOBER 2015 / 1436

26

JABATAN PENERANGAN

EDISI SABTU / PERCUMA

E-Referendum bukan cara pemilihan yang betul Oleh : Khartini Hamir Foto : Hamzah Mohidin BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 8 Oktober. - Pemilihan atlet-atlet kebangsaan untuk mewakili negara ke sukan-sukan serantau dan antarabangsa hendaklah melalui proses pemilihan yang lazim dibuat oleh Jawatankuasa Tertinggi Penilaian dan Pemilihan Atlet Kebangsaan dan bukannya dibuat secara 'E-Referendum', yang dikelilingkan kepada ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi melalui e-mel, seperti yang dibuat ke atas pemilihan atlet Sukan Belia Komanwel 2015. Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNOC) bersabda menekankan bahawa cara 'E-Referendum' berkenaan bukanlah satu cara yang betul. Ianya, sabda Duli Yang Teramat Mulia, seolah-olah hanya melepaskan batuk di tangga dan memaksa untuk membuat keputusan secara persendirian tanpa hujah-hujah yang kukuh dan DYTM berharap ia tidak akan dijadikan budaya di masa-masa akan datang. Ke muka 12

Panglima TNI dianugerahkan Bintang Kebesaran D.P.K.T

Sambutan Awal Tahun Hijrah 1437 pada 13 Oktober 2015 BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 8 Oktober. - Dalam masa kurang seminggu sahaja lagi, umat Islam di negara ini khasnya dan umat Islam di seluruh dunia amnya akan menyambut ketibaan Awal Tahun Hijrah 1437. Di Negara Brunei Darussalam yang majoriti penduduknya beragama Islam seperti lazimnya akan menyambut ketibaan awal tahun baharu Hijrah secara besar-besaran bagi menyebarkan lagi syiar Islam, di samping menyemarakkan sambutan memperingati peristiwa Hijrah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dari Mekah Al-Mukarramah ke Madinah Al-Munawwarah. Sambutan Awal Tahun Hijrah 1437 akan berlangsung pada hari Selasa (malam Rabu), 1 Muharam 1437H bersamaan 13 Oktober 2015 Masihi dengan membaca Doa Akhir Tahun 1436H pada hari tersebut, iaitu 29 Zulhijah 1436H sebelum masuk waktu Maghrib dan diikuti dengan membaca Doa Awal Tahun 1437H selepas masuk waktu Maghrib di masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat seluruh negara. Sehubungan itu, orang ramai adalah dialu-alukan hadir ke masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat yang berdekatan bagi sama-sama menyemarakkan lagi Sambutan Awal Tahun Hijrah 1437 tersebut dengan tumpuan sambutan di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah. Ke muka 24

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berkenan mengurniakan Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam 'Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang Darjah Pertama (D.P.K.T)' yang membawa gelaran 'Dato Paduka Seri' kepada Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI), Yang Terhormat Jenderal TNI Gatot Nurmantyo.

Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali

Muka 3

Muka 5

BERKENAN menerima mengadap sempena Puja Usia

BERANGKAT rasmikan 'Orchids of Brunei'

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 8 Oktober. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berkenan menerima mengadap dan mengurniakan Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam 'Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

Yang Amat Gemilang Darjah Pertama (D.P.K.T)' yang membawa gelaran 'Dato Paduka Seri' kepada Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI), Yang Terhormat Jenderal TNI Gatot Nurmantyo, di Cheradi Laila Kechana, Istana Nurul Iman, di sini. Hadir pada Majlis Mengadap tersebut ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat; Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nurul Qomar. Ke muka 24

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Pelita Brunei - Sabtu 10 Okt 2015 by Putera Katak Brunei - Issuu