Pelita Brunei - Sabtu 11 Jul 2015

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

''TERUTAMA para peserta di bawah umur, beta adalah melihat, bahawa mereka ini mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang Al-Qur'an. Semoga mereka akan terus berkembang untuk meraih kegemilangan lebih bermakna, selaku anak bangsa mewakili zamannya.'' - Titah Sempena Majlis Sambutan Nuzul Al-Qur'an Bagi Tahun 1436 Hijrah / 2015 Masihi.

''DAN berikanlah kaum kerabat haknya (kebaikan dan hubungan silaturahim) dan begitu juga orang miskin serta orang musafir (yang terputus perbelanjaannya, iaitu zakat dan sedekah) dan janganlah engkau membazir (membelanjakan hartamu pada jalan yang menyalahi syara'). Sesungguhnya orang-orang yang membazir (membelanjakan harta pada jalan yang menyalahi syara') itu ialah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat kufur kepada Tuhannya.'' - (Firman Allah dalam Surah Al Israa', ayat 26-27).

TAHUN 60 / BILANGAN 82

11 JULAI 2015 / 1436

24

JABATAN PENERANGAN

EDISI SABTU / PERCUMA

Lebih 8,500 terima Kurnia Kebawah Peribadi Kebawah DYMM DYMM utamakan kebajikan, kesejahteraan rakyat Oleh : Haji Mahmud Hafidzie Haji Ali Mashod Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas

PENYAMPAIAN Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Kepada Golongan Tertentu Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 2015 disempurnakan oleh anakanda-anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, selaku wakil peribadi baginda. - Foto : Masri Osman (Lihat muka 2, 3, 4 dan 5).

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 10 Julai. - Rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam berasa bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana telah mengurniakan rahmat dan nikmat yang tidak terhingga dengan dapat meneruskan kehidupan untuk melakukan amal-amal soleh sebagai bekalan yang akan dibawa ke akhirat nanti. Antara nikmat besar yang dinikmati di negara yang bertuah ini ialah dikurniakan seorang raja yang beriman lagi berdaulat, adil, pemedulian dan bijaksana dalam mentadbir negara. Salah satu kewajipan umat Islam yang diperintahkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala ialah mentaati ulul amri yang mana ulul amri tertinggi di negara ini ialah raja yang kita kasihi. Perkara tersebut antara yang terkandung dalam teks Khutbah Sembahyang Fardu Jumaat yang disampaikan oleh para imam di seluruh masjid di negara ini. Sememangnya rakyat dan penduduk negara ini telah mencurahkan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada baginda yang bukan hanya satu kewajiban, tetapi disebabkan oleh rasa kasih dan cinta rakyat kepada raja yang sangat kasih dan mengambil berat akan rakyat baginda. "Bukti kasih baginda itu dapat dilihat di mana baginda sangat mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan rakyat sehingga dapat hidup aman dan bahagia," ujar para imam pada khutbah tersebut. Jelas khutbah itu lagi, sememangnya baginda adalah seorang raja yang berjiwa rakyat yang sering bercemar duli mengadakan lawatan ke daerah-daerah, mukim dan kampung, sekolah-sekolah, kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan bahkan juga berkenan berangkat meninjau ke tempat-tempat berlaku musibah. Ke muka 24

Perintah Penyimpanan Rekod (Perniagaan) 2015 BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 9 Julai. Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan bagi Perintah Penyimpanan Rekod (Perniagaan) 2015. Menurut Siaran Akhbar Kementerian Kewangan, perintah tersebut bertujuan untuk menggalakkan peniaga-peniaga mengamalkan penyimpanan rekod yang baik (good record keeping practice) dan memberikan kawalan dalaman (internal control) yang lebih baik kepada peniaga bagi memantau kemajuan perniagaan. Perintah itu menghendaki setiap individu yang

mengusahakan atau menjalankan mana-mana perniagaan (termasuk perdagangan, ketukangan, pekerjaan, profesion, kerjaya dan apa-apa aktiviti yang dijalankan untuk tujuan keuntungan) untuk menyimpan dan menyelenggarakan rekod setiap transaksi perniagaan. Rekod tersebut hendaklah disimpan selama tempoh sekurang-kurang lima tahun dari tarikh transaksi itu dibuat. 'Rekod' yang dimaksudkan di dalam perintah itu adalah termasuk buku akaun yang merekodkan semua transaksi perniagaan, penerimaan dan pembayaran, invois, baucar, resit dan dokumen yang berkenaan untuk mengesahkan jumlah-jumlah dalam buku akaun.

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

Muka 4 7,821 orang terima Kurnia Peribadi Kebawah DYMM

Muka 5 705 orang menerima Kurnia Peribadi Kebawah DYMM di Daerah Temburong

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.