PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
“KEWAJIPAN kita sekarang ialah berusaha untuk memastikan, bahawa segala nikmat ini akan berkekalan, dengan cara, kita mestilah konsisten memelihara keamanan, keharmonian, keadilan dan perpaduan tersebut. Kita jangan biarkan ia cacat walaupun sedikit.” - Titah Sempena Hari Raya Aidiladha Tahun 1435 Hijriah / 2014 Masihi.
“WAHAI orang-orang yang beriman! bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan kamu tetap sebagai orang Islam.” - (Surah Ali ‘Imran ayat 102).
TAHUN 59 / BILANGAN 126
11 OKTOBER 2014 / 1435
16
JABATAN PENERANGAN
EDISI SABTU / PERCUMA
Negara laksanakan dasar pendidikan seimbang Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali, Azmah Haji Ahad, Muhammad Asri Haji Awang Abas
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menyempurnakan pengurniaan Anugerah Pendidikan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien kepada Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Setia Pahlawan Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Ahmad bin Haji Jumat sempena Majlis Sambutan Hari Guru Ke-24 dan 100 Tahun Pendidikan Formal Negara Brunei Darussalam. Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas (Lagi berita dan gambar-gambar dimuatkan ke muka 12 , 13, 14 dan 15).
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 9 Oktober. -Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah, jarak 100 tahun boleh dijadikan penanda aras bagi kematangan satu-satu perkembangan. “Dalam tempoh tersebut, sistem pendidikan tentu sahaja telah mengalami banyak perubahan selaras dengan perkembangan dan tuntutan masa. Dengan pandangan jauh paduka ayahanda beta sendiri, Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, baginda itu telah melaksanakan dasar pendidikan seimbang dengan memberikan penekanan kepada pendidikan ugama Islam, di samping memajukan pendidikan biasa,” titah baginda pada Majlis Sambutan Hari Guru Ke-24 dan Sambutan 100 Tahun Pendidikan Formal Negara Brunei Darussalam di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menambah, dasar ini telah berjaya melahirkan cerdik pandai tempatan yang berkualiti. Dengan dasar pendidikan yang dilaksanakan selama ini, khasnya selepas kemerdekaan, adalah semakin mantap. Dasar berkenaan, titah baginda, bukan sahaja dapat melahirkan modal insan yang diperlukan malahan juga berjaya menyatupadukan rakyat dan penduduk dalam satu kesatuan yang kukuh berpaksikan Melayu Islam Beraja (MIB). Baginda menambah titah, dari sinilah, bertolaknya peranan guru, guru mestilah membuktikan kehebatan dengan memiliki daya kepimpinan yang berwibawa, di samping juga mempunyai pengetahuan yang luas. Di sinilah hebatnya guru itu, sehingga mereka terus disanjung dan dihormati. Guru patut memberitahu, titah baginda, supaya tidak leka dan juga perlu bekerja keras bagi mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran yang menjurus kepada kemahiran-kemahiran Abad Ke-21. Ke arah itu, titah baginda, Kementerian Pendidikan wajarlah merangka strategi dan pendekatan lebih baik dalam Sistem Pendidikan Negara. Ke muka 24
Merealisasi visi ASEAN Laporan : Khartini Hamir Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor dari Bali, Republik Indonesia untuk memenuhi ekspektasi rakyat yang semakin meningkat.
BALI, REPUBLIK INDONESIA, Jumaat, 10 Oktober. - Sejak beberapa tahun kebelakangan, rantau ini dan rakyatnya telah menikmati pembangunan pesat serta peningkatan positif dalam aspek kualiti urus tadbir yang mana adalah
Pada masa yang sama, dunia juga telah mencapai kemajuan yang substantif terutamanya dalam bidang sosioekonomi di mana penduduknya menikmati taraf hidup yang lebih tinggi, penjagaan kesihatan dan pendidikan yang lebih baik. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul
Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ketika bertitah pada Majlis Pembukaan Rasmi Forum Demokrasi Bali (BDF) Ke-7 di Pusat Persidangan Antarabangsa Bali, seterusnya mengongsikan beberapa pandangan mengenai bagaimana perubahan landskap serantau sejak tiga dekad lalu telah, pada asasnya, menukar cara kerajaan-kerajaan melibatkan rakyat mereka masing-masing.
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
Muka 6
HALA tuju Wawasan Brunei 2035 dibincangkan Ke muka 24 Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn