PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
“NEGARA memerlukan dasar-dasar ekonomi yang lebih teratur, mantap dan menarik serta juga iklim pelaburan yang kondusif yang berupaya menjadi pemangkin kepada pertumbuhan perekonomian secara keseluruhan.” - Titah Sempena Menyambut Perayaan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-26 pada hari Selasa, 9 Rabiulawal 1431H bersamaan 23 Februari 2010M.
“DIA (Allah) memberikan hikmah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan sesiapa yang diberikan hikmah itu, maka sesungguhnya dia telah diberikan kebajikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran melainkan orang-orang yang mempunyai akal yang dapat memikir dan memahaminya.” - (Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al-Baqarah ayat 269).
TAHUN 60 / BILANGAN 43
11 APRIL 2015 / 1436
21
JABATAN PENERANGAN
EDISI SABTU / PERCUMA
Laporan : Mohammad Rainie Haji Durani, Ak. Jefferi Pg. Durahman, Abu Bakar Haji Abdul Rahman, Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menerima junjung ziarah daripada paduka anakanda, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik sejurus selepas Akad Nikah Diraja sempurna dilaksanakan. - Foto : Masri Osman (Lihat muka 17, 18 dan 19).
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 9 April. - Negara Brunei Darussalam memahat satu lagi sejarah yang penuh beristiadat dan akan menjadi ristaan zamanberzaman apabila Istiadat Akad Nikah Diraja di antara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dengan Yang Mulia Dayangku Raabi'atul 'Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah telah selamat disempurnakan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji
Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja tersebut. Terdahulu keberangkatan tiba
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
baginda di Masjid Omar 'Ali Saifuddien di ibu negara dijunjung oleh Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji
Awang Abdul Aziz, Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid, Yang Berhormat Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Yahya, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Suhaili dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Ugama. Ke Muka 17
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn