Pelita Brunei - Sabtu 12 Mac 2016

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

''PERHATIAN perlu diberikan bagaimana memperkasa ekonomi oleh kerajaan sendiri termasuk bagi sektor swasta. Pada setakat ini dasar kerajaan ialah memperkasa sektor swasta. Kerajaan telah mengambil langkah-langkah konkrit untuk membantu memperbaiki persekitaran perniagaan. Ini termasuk infrastruktur, perundangan yang pro-bisnes.'' - Titah Sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-12 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) 2016.

TAHUN 61 / BILANGAN 31

''MEREKA tidur sedikit sahaja pada waktu malam. Dan pada waktu sahur mereka beristighfar.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Adz-Dzariyat, ayat 17-18).

12 MAC 2016 / 1437

3

JABATAN PENERANGAN

EDISI SABTU / PERCUMA

Kebawah DYMM berkenan menerima mengadap Oleh : Aimi Sani Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 9 Mac. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Republik Islam Iran, Tuan Yang Terutama Dr. Mohammad Javad Zarif yang sedang berada di Negara Brunei Darussalam dalam rangka Lawatan Kerja. Semasa Majlis Mengadap tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Tuan Yang Terutama Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Republik Islam Iran telah berbincang mengenai isu-isu dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Islam Iran serta bertukar-tukar pandangan tentang hal ehwal serantau dan antarabangsa.

Menyertai bersama TYT Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Republik Islam Iran pada Majlis Mengadap itu ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Islam Iran ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Abdolhamid Fekri. Turut hadir pada Majlis Mengadap tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng. Majlis Mengadap tersebut telah berlangsung di Istana Nurul Iman.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Republik Islam Iran, Tuan Yang Terutama Dr. Mohammad Javad Zarif.

Berkenan menerima mengadap

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan menerima mengadap isteri Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Republik Islam Iran, Puan Ashraf Imaniye.

Oleh : Hezlinawati Haji Abdul Karim Foto : Mohamad Azmi Awang Damit

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 9 Mac. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak

Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan menerima mengadap secara

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan menerima mengadap isteri Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam di Washington, Amerika Syarikat, Datin Dayang Hajah Rafiah binti Mohd. Arif.

berasingan isteri Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Republik Islam Iran dan isteri Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam di Washington, Amerika Syarikat. Mula-mula Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan menerima mengadap isteri Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Republik Islam Iran,

Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217

Puan Ashraf Imaniye. Hadir semasa Majlis Mengadap tersebut ialah isteri Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Islam Iran ke Negara Brunei Darussalam, Puan Fatemah Fekri. Juga hadir ialah isteri Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua),

Faksimile: 2381004

Datin Paduka Tan Bee Yong. Seterusnya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri berkenan menerima mengadap isteri Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam di Washington, Amerika Syarikat, Datin Dayang Hajah Rafiah binti Mohd. Arif. Majlis-majlis Mengadap tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman.

Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Pelita Brunei - Sabtu 12 Mac 2016 by Putera Katak Brunei - Issuu