''KAUM belia memang digalakkan untuk melakukan apa jua perkara yang bermanfaat, terutama untuk meneroka bidang-bidang baru atau sanggup membuat kerja-kerja lasak, seperti turun ke sawah di bawah panas matahari dan lain-lain. Ini semua sangatlah berguna kepada belia, selaku ejen masyarakat. Menyebut belia ejen masyarakat, adalah penting bagi mereka itu, untuk memiliki jati diri dan sikap yang mantap. Kerana tanpa jati diri dan sikap, seorang belia itu tidak akan dipandang hebat.'' - Titah Sempena Majlis Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-10 Tahun 2015.
''DAN makanlah yang halal lagi baik daripada rezeki yang Allah kurniakan kepada kamu dan bertakwallah kepada Allah yang kepada-Nya sahaja kamu beriman.'' - (Firman Allah dalam Surah Al-Maa'idah, ayat 88).
4.46
TAHUN 62 / BILANGAN 96
4.56
6.17
12 OGOS 2017 / 1438
6.40
19
12.26
3.43
6.34
7.46
JABATAN PENERANGAN
EDISI SABTU / PERCUMA
Berkenan menerima Surat-Surat Tauliah Pelantikan daripada Ketua-Ketua Perwakilan baharu Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 10 Ogos. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima Surat-Surat Tauliah Pelantikan daripada Ketua-Ketua Perwakilan baharu ke Negara Brunei Darussalam. Majlis berlangsung di Istana Nurul Iman. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mula-mula berkenan menerima Surat Tauliah Pelantikan daripada Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Richard Stephen Lindsay. Ke muka 2 KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima Surat Tauliah Pelantikan daripada Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Richard Stephen Lindsay.
Kewibawaan, profesionalisme dapat meyakinkan masyarakat Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 10 Ogos. - Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) bertanggungjawab untuk menguatkuasakan undang-undang dan memelihara kepentingan
orang ramai bagi mengekalkan ketenteraman, keselamatan dan kesejahteraan Negara Brunei Darussalam. Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB),
54 Hari Lagi E-mel E-mel:: pelita.brunei@information.gov.bn pelita.brunei@information.gov.bn
Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd. Tawih bin Abdullah berkata, tugas-tugas yang dilaksanakan walaupun secara individu akan mencerminkan kewibawaan dan tahap profesionalisme PDB di mata masyarakat tempatan mahupun para pengunjung dari negara-negara luar. Terdahulu Yang Dimuliakan Pehin menjelaskan, dengan tamatnya latihan ini, mereka semua sudah mencapai tahap anggota polis yang terlatih dan seharusnya sudah bersedia untuk menjalankan tugas-tugas am PDB. Ke muka 13
Hotline : 2382891 / 2383400 Smb. : 217
Faksimile : 2381004
Muka 4 & 5
DPMM tinjau strategi pembelajaran dua buah sekolah
Layari Laman Web : www.pelitabrunei.gov.bn