PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
''PADA hari ini kita bercakap mengenai hijrah dan sekiranya umat Islam berjaya keluar daripada kepompong kemiskinan, maka bermakna inilah hijrah yang paling bersejarah untuk mereka.'' - Titah Sempena Menyambut Tahun Baharu Hijrah 1430.
''WAHAI orang-orang yang beriman, bahawasanya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah semuanya kotor keji dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya, moga-moga kamu berjaya.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Maa-idah, ayat 90).
TAHUN 61 / BILANGAN 19
13 FEBRUARI 2016 / 1437
4
JABATAN PENERANGAN
Perutusan tahniah sempena Hari Kebangsaan Iran
EDISI SABTU / PERCUMA
Kebawah DYMM berkenan hantar perutusan takziah BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 10 Februari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menghantar titah perutusan takziah kepada Chancellor, Federal Republic of Germany, Puan Yang Terutama Angela Merkel berikutan dengan kejadian pelanggaran kereta api di Bavaria baru-baru ini. Dalam titah perutusan baginda kepada Chancellor, Federal Republic of Germany, PYT Angela Merkel, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berasa sedih mengetahui mengenai kehilangan nyawa berikutan dengan kejadian tersebut. Baginda bagi pihak kerajaan baginda dan rakyat Negara Brunei Darussalam menyampaikan ucapan takziah yang amat mendalam kepada rakyat dan kerajaan Republik Jerman terutamanya kepada keluarga mangsa-mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut.
Lita'aarafu untuk saling mengenali Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Islam Iran, Tuan Yang Terutama Hassan Rouhani serta kerajaan dan rakyat Republik Islam Iran sempena Hari Kebangsaan Iran.
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 11 Februari.Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Islam Iran, Tuan Yang Terutama Hassan Rouhani sempena Hari Kebangsaan Iran. Dalam titah perutusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia itu, baginda merakamkan ucapan tahniah kepada Presiden Republik Islam Iran, TYT Hassan
Rouhani, kerajaan dan rakyat Republik Islam Iran bersempena menyambut Hari Kebangsaan tersebut dan seterusnya berharap akan berpeluang untuk mengukuhkan lagi hubungan persahabatan yang sungguh bernilai yang dinikmati oleh kedua-dua buah negara dan rakyat pada tahun-tahun akan datang. Pada mengakhiri titah perutusan baginda itu, baginda menyampaikan salam muhibah dan semoga TYT akan sentiasa berada di dalam sihat walafiat dan bagi negara dan rakyat Republik Islam Iran akan sentiasa maju dan makmur.
Bersepadu merealisasikan Wawasan Negara 2035 Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Masri Osman BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 10 Februari. - Semua pihak perlu bersungguh-sungguh dan bersepadu ke arah merealisasikan Wawasan Negara 2035 untuk dikenali di seluruh dunia sebagai negara yang memiliki rakyat berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya serta kehidupan berkualiti tinggi dengan ekonomi dinamik dan berdaya tahan. Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn
Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof berkata, penglibatan semua pihak sangat perlu dilaksanakan demi untuk membolehkan kita mencapai hasrat murni wawasan tersebut. ''Ke arah pencapaian wawasan tersebut, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) seperti Ahli-Ahli Yang Berhormat sudah maklum, mempunyai peranan dan tanggungjawab yang penting melalui empat bidang tugas utama di bawahnya,'' ujar Yang Berhormat pada Sesi Muzakarah dan Dialog Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) dengan KKBS yang berlangsung di Bilik Persidangan, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas. Ke muka 4
Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 10 Februari. - Perbezaan sifat, watak dan identiti di antara suatu kaum, bangsa dan umat adalah sunnatullah sebagai ciri keturunan manusia ciptaan Allah Subhanahu Wata'ala yang mana perbezaan itu bertujuan lita'aarafu untuk kita saling kenal-mengenali. Masing-masing dengan ugama anutannya yang mana perkara tersebut tidak layak terus-menerus diperselisihkan, dan perbezaan itu tidak patut jadi faktor permusuhan sebaliknya tepat dengan tujuan Allah untuk menjadi faktor saling mengenali dan menghormati perbezaan yang ada itu. Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman menegaskan perkara itu semasa merasmikan Seminar Antarabangsa Pendidikan Usuluddin (SAPU) 2016 sempena Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) Kelima 1436 Hijrah / 2015 Masihi, di sini. Yang Berhormat berkata, dalam konteks berbeza puak, kaum dan bangsa kita diseru agar memelihara diri daripada saling bermusuhan dan ceroboh-mencerobohi sama ada terhadap sesama kaum, bangsa atau umat dan juga terhadap kaum, bangsa dan umat lain yang ditakdirkan kita saling berbeza menurut yang diciptakan dan dijadikan oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Ke muka 3
Muka 6
Muka 7
PENGAGIHAN bendera kecil pupuk semangat kebangsaan
SEMAI semangat patriotik warga UBD
Faksimile: 2381004
Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn