Pelita Brunei - Sabtu 14 Jan 2015

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

“ANGGOTA masyarakat juga tidak ketinggalan untuk memainkan peranan dalam pembentukan masyarakat yang berdisiplin iaitu dengan memberikan kerjasama dengan melaporkan kepada pihak yang berwajib jika ternampak kumpulan-kumpulan belia ataupun anak-anak muda yang berkelakuan liar dan menyalahi peraturan-peraturan dan undang-undang negara. ” - Titah Sempena Pertandingan Membaca Al-Qur'an Peringkat Kebangsaan pada 2 Mac 1988.

“YA Tuhanku! Jadikanlah aku orang yang tetap mendirikan sembahyang dan (demikian juga) zuriat keturunanku. Ya Tuhan kami! Perkenankanlah doaku.” - (Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Ibrahim, ayat 40).

TAHUN 60 / BILANGAN 19

14 FEBRUARI 2015 / 1436

24

JABATAN PENERANGAN

EDISI SABTU / PERCUMA

Kebawah DYMM berkenan menerima mengadap

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Kesatuan Myanmar ke Negara Brunei Darussalam yang akan menamatkan perkhidmatan, Puan Yang Terutama Daw Yin Yin Myint (kiri) dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Filipina ke Negara Brunei Darussalam yang akan menamatkan perkhidmatan, Tuan Yang Terutama Nestor Z. Ochoa (kanan).

Oleh : Khartini Hamir Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Haji Ariffin Mohd. Noor BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 12 Februari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap secara

berasingan Duta-Duta Besar Istimewa dan Mutlak ke Negara Brunei Darussalam yang akan menamatkan perkhidmatan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia mula-mula berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Kesatuan Myanmar ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Daw Yin Yin Myint.

Puan Yang Terutama telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikannya ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 29 November 2012. Kebawah DYMM seterusnya berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Filipina ke Negara Brunei

ASEAN - mantapkan perlindungan kesihatan universal Siaran Akhbar Kementerian Kesihatan

9

HARI LAGI

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 12 Februari. - Mesyuarat Menteri-Menteri Mengenai Perlindungan Kesihatan Universal ASEAN yang bersidang di Republik Singapura pada 10 hingga 11 Februari lalu telah membuat tiga kesimpulan dan saranan yang perlu diambil perhatian bagi memantapkan lagi perlindungan kesihatan universal bagi rakyat dan penduduk negara masing-masing. Kesimpulan pertama ialah keperluan negara untuk membuat pelaburan bukan sahaja dalam sistem penjagaan kesihatan, tetapi juga di sektor pendidikan, infrastruktur asasi, pekerjaan, perumahan dan persekitaran serta mengenal pasti model yang bersesuaian bagi pembiayaan perlindungan kesihatan yang berupaya menghasilkan impak yang positif dan berkesan bagi menjamin kesihatan sepanjang hayat, kualiti kehidupan, kesejahteraan, produktif dan sekali gus perkembangan sosioekonomi yang berdaya tahan. Kedua, usaha-usaha dalam menangani cabaran-cabaran trend demografi penuaan dan untuk memastikan kedayatahanan Perlindungan Kesihatan Universal (Universal Health Coverage), ia memerlukan pendekatan yang holistik ke arah kesihatan sepanjang hayat dan disesuaikan dengan iklim, budaya dan norma amalan cara hidup sesebuah negara. Ke muka 24

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

Darussalam, Tuan Yang Terutama Nestor Z. Ochoa. Tuan Yang Terutama telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikannya ke hadapan majlis Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 5 April 2011. Majlis tersebut telah berlangsung di Istana Nurul Iman.

Manfaatkan jejantas penyeberangan BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 12 Februari. - Kementerian Pembangunan sangat mengalu-alukan penglibatan pihak swasta mahupun persendirian dalam membantu menyokong pembangunan negara khususnya dalam menangani masalah kesesakan lalu lintas dan pejalan kaki. Pihak kerajaan telah banyak membuat perancangan untuk membina jejantas bagi kegunaan orang awam di kawasan-kawasan tertentu. Orang ramai juga adalah diseru supaya memanfaatkan sepenuhnya jejantas yang disediakan dan tidak menyeberangi jalan raya kerana ia boleh mengundang bahaya. Ke muka 24

Muka 3

Muka 4

MUZAKARAH bincang pendidikan negara

RBD jana aktiviti perekonomian

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.