PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
''DEMIKIAN juga, apa-apa yang sudah sedia ada, janganlah lalai daripada mengulang kaji. Mana-mana yang baik dikekalkan, tetapi jika terdapat sesuatu yang bertentangan dengan falsafah atau konsep MIB, maka itu semua tidaklah wajar didiamkan, melainkan ianya perlu diulang kaji semula dan diperbaiki.'' - Titah Sempena Majlis Konvokesyen Kali Ketiga Bagi Graduan Ijazah dan Majlis Konvokesyen Bagi Graduan Diploma Tertinggi Kebangsaan Kali Ke-24 ITB pada 18 Muharam 1437 Hijrah / 31 Oktober 2015 Masihi.
TAHUN 60 / BILANGAN 136
''DAN apa jua suruhan yang diberikan oleh Rasulullah kepada kamu maka terimalah (amalkanlah) dan apa jua yang kamu dilarang melakukannya maka tinggalkanlah.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Hasyr, ayat 7.
14 NOVEMBER 2015 / 1437
2
JABATAN PENERANGAN
EDISI SABTU / PERCUMA
Berkenan menerima tauliah pelantikan perwakilan asing
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan bergambar ramai bersama 13 Ketua-ketua Perwakilan luar negeri yang baharu dilantik ke negara ini yang tidak menetap . Majlis berlangsung di Istana Nurul Iman. - Foto : Masri Osman (Lihat muka 16 dan 17).
Hayati, praktikkan wasatiah Oleh : Aimi Sani Foto : Hernie Suliana Haji Othman, Dk. Nur Hafilah Pg. Osman
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 12 November. - Wasatiah bukanlah sesuatu perkara yang baharu diamalkan dalam kalangan negara Islam, bahkan ia sudah wujud sejak zaman nabi lagi, cuma kehadirannya sahaja yang baru disedari kebelakangan ini. Keseimbangan di antara dua ekstrem merupakan satu tuntutan di dalam pengamalan wasatiah itu sendiri yang mana kepentingannya juga tidak dapat dipertikaikan terutama di dalam memastikan ia dihayati
dan dipraktikkan di dalam amalan harian setiap individu. Perkara tersebut dinyatakan oleh Dekan / Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr. Hajah Mas Nooraini binti Haji Mohiddin ketika menyampaikan Ceramah Perdana Majlis Ilmu 2015 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas yang bertajuk 'Wasatiah Membentuk Keunggulan Wanita'. Di dalam kehidupan bermasyarakat jelasnya, wanita mempunyai peranan yang penting bagi pembentukan keluarga. “Islam memberikan hak yang adil dan kedudukan yang sama rata kepada mereka setanding dengan lelaki.
Muka 6
Muka 7
MAJLIS Ilmu satu pemangkin penting
PEMBENTUKAN CAIBA wujudkan rantau ekonomi kompetitif
Keunggulan wanita dinilai dengan kehebatan mereka mengimbangi antara tuntutan akhirat dan keperluan duniawi serta pengorbanan mereka dalam memperjuangkan agama Islam. Wanita mempunyai kelebihan
dan keistimewaan tersendiri kerana mampu melakukan banyak pekerjaan dalam satu masa. Bagi mencapai keseimbangan terhadap tanggungjawab dalam pembentukan keluarga dan kerjaya bagi wanita sama ada suri rumah tangga mahupun wanita berkarier, perlu menempuhi pebagai cabaran terlebih dahulu. Kesemua cabaran itu akan dapat diatasi dengan mengambil kira segala apa yang telah digariskan oleh ajaran
Islam melalui pendekatan wasatiah,� terang Dr. Hajah Mas Nooraini. Dr. Hajah Mas Nooraini seterusnya menjelaskan bahawa bagi wanita yang berkerjaya, terdapat perbezaan situasi keperluan bekerja di antara dulu dan sekarang yang mana meskipun Islam tidak melarang wanita untuk bekerja, namun wanita tersebut perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Syariah. Ke muka 32
Pertukaran dan pelantikan pegawai-pegawai kanan BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 11 November. Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan ini Jabatan Perdana Menteri (JPM) memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perkenan bagi pertukaran dan pelantikan ke atas beberapa orang pegawai-pegawai kanan. Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd. Yusof ditukar ke JPM menjadi Setiausaha Tetap (Media dan Kabinet), JPM. Setiausaha Tetap (Prestasi) Kementerian Kewangan, Awang Eddie bin Dato Paduka Haji Sunny ditukar ke Kementerian Pembangunan menjadi Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional) Kementerian Pembangunan. Pemangku Jurukira Agung, Kementerian Kewangan,
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
Awang Ahmaddin bin Haji Abd. Rahman dilantik menjadi Setiausaha Tetap (Prestasi) Kementerian Kewangan, di samping menjalankan tugasnya selaku Pemangku Jurukira Agung. Timbalan Setiausaha Tetap (Teknologi) Kementerian Pertahanan, Awang Haji Azhar bin Haji Ahmad ditukar ke Kementerian Perhubungan dan dilantik menjadi Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan. Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Awang Mohammed Riza bin Dato Paduka Haji Mohammed Yunos ditukar ke JPM menjadi Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Pentadbiran Awam), JPM. Pengarah Belanjawan di Kementerian Kewangan, Pengiran Hajah Siti Nirmala binti Pengiran Haji Mohammad dilantik menjadi Timbalan Setiausaha Tetap (Prestasi dan Compliance) Kementerian Kewangan. Tarikh pertukaran dan pelantikan pegawai-pegawai berkenaan berkuat kuasa mulai hari Khamis, 30 Muharam 1437 Hijrah bersamaan 12 November 2015.
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn